BAB 7

Romance Completed 15739

Perlahan-lahan Marrisa mengangguk. Dia mahu mengahwini lelaki yang mencintainya itu. Lebih mudah begitu. Lama-lama pasti dia mampu mencintai lelaki itu. Dia cuma perlu belajar dan mencuba. Hidup ini kan ibarat latihan practical. We live to make mistake and to correct it back. Datuk Zamani dan Aril kelihatan gembira dengan keputusannya itu. Dia juga semakin yakin bila di bantu dengan solat Istikharah dan jeritan Nadia yang kegembiraan.

Selepas mereka berjumpa dengan Datin Hasinah yang begitu mesra itu, maka persiapan perkahwinan mereka pun mulalah di buat. Dalam masa dua bulan, semuanya siap. Terima kasih kepada bakal ibu mertua yang sanggup memberikan seluruh perhatian kepada persiapan perkahwinan mereka. Kalau nak di harap pada dia dan Aril memang entah bila akan siap. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba. Bertemankan Nadia di kiri dan mama mertuanya di kanan, Marrisa sedia menanti lafaz akad oleh Aril. Dengan sekali lafaz sahaja, dirinya sah menjadi isteri Zaril Haris Datuk Zamani. Menitik juga air matanya, tapi segera di kesat Nadia yang setia di sisinya. Kata Nadia, dulu semasa dia menikah, Marrisalah yang menemaninya. Kini gilirannya pula. Cuma untuk menjadi pengapit dia tak boleh. Takkan nak bagi pengapit yang tengah mengandung kot. Kalau baru dua tiga bulan tak apalah juga. Ini sudah enam bulan. Sudah nampak jelas perutnya ke depan.

Mujur Naimah mahu menjadi pengapitnya. Aril pula tak punya saudara perempuan untuk di buat pinjam. Untuk Aril pula, katanya mahu mengambil seorang sepupunya yang tak pernah Marrisa tahu. Tapi kata Aril dia kenal dengan sepupunya itu. Katanya lagi, sepupunya itu adalah salah seorang dari pekerja syarikat mereka. Marrisa malas mahu memikirkannya, tunggu sahaja lah esok.

Marrisa mengirai rambutnya yang lembab. Mahu mengeringkannya dengan tuala. Dia cari juga pengering rambut di dalam bilik ini, tapi tak berjumpa. Sambil menyikat dan mengeringkan rambutnya, Marrisa membuka laptopnya. Mahu menyambung kerja yang masih belum siap. Selepas ini dia dan Aril mahu bercuti tanpa memikirkan kerja. Aril masih belum masuk ke bilik itu. Tak penatkah dia? Tapi lebih baik begitu, dadanya rasa sedikit berdebar mengenangkan yang kini Aril sudahpun menjadi suaminya. Lelaki yang punya segala hak ke atas hidupnya kini.

Aril yang berada di depan pintu sudah berkali-kali mahu membuka pintu dan masuk ke dalam. Tapi takut dia akan menganggu Marrisa. Baru sahaja dia berkira-kira mahu membuka pintu itu setelah sesi memotivasikan diri sendiri untuk kali ke berapa malam ini, pintu sudah pun terbuka. Marrisa sudah menjengulkan kepalanya keluar.

“Nak ke mana?” tanya Aril.

“Nak cari abanglah. Dah lewat ni, tak nak tidur ke? Esok banyak benda nak kena buat.” Marrisa berterus terang. Panggilan itu pula sudah lama di gunakan sejak pertama kali dia di bawa berjumpa dengan Datin Hasinah. Kerana Datin Hasinah yang menegur sebab itu dia ikutkan sahaja.

“Hai tak sabar ke?” tanya Aril nakal.

Berubah merah wajah Marrisa, malu! Dia masuk semula ke dalam bilik. Terus mukanya di sembamkan ke bantal. Aril masuk dan terus baring di sebelah isterinya. Bahu Marrisa di sentuh dan serentak itu Marrisa bagaikan tersentak. Aril tersengih sahaja melihat itu. Masih belum mahu berhenti.

“Baik sayang bangun, kalau tak siap lah sayang.” Kata-kata itu sengaja di bisikkan pada Marrisa.

Mendengarkan kata-kata itu Marrisa segera bergolek ke tepi katil. Belum sempat tubuhnya jatuh, kakinya segera menahan. Dia sudah pun jauh dari gapaian tangan Aril. Dia bangun dan menghampiri dinding. Takut sangat dengan Aril. Namun Aril masih belum mahu berhenti. Dia menghampiri tubuh yang sedang mencari ruang untuk melepaskan diri. Tapi dia lebih cekap, Marrisa sudah pun terperangkap dalam dakapannya.

Marrisa tidak pula menolak, takut dosalah. Aril merenggangkan sedikit pelukannya, mahu menatap wajah isterinya itu. Marrisa hanya membiarkan, wajahnya di tundukkan sedikit. Malu rasanya untuk membalas pandangan suaminya yang memang pakar dalam bab renung-merenung ni. Terasa pipinya di usap perlahan dan dagunya di angkat sedikit. Pasti Aril mahu Marrisa membalas renungan matanya. Terus sahaja Marrisa memandang ke arah mata lelaki itu.

“Sayang…” suara itu kedengaran menggoda.

“Hmm?” itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Marrisa.

“Sayang… Abang nak mandi.” Masih lagi dengan nada menggoda dan mengada.

Marrisa baru teringat yang dia belum menyediakan pakaian dan tuala untuk suaminya itu. Tugasnya yang pertama sebagai isteri. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Aril, tapi tak berhasil. “Bang lepaslah, macam mana Rissa nak siapkan baju abang?”

Aril dengan berat hati melepaskan pelukannya di pinggang isterinya itu. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia membawa isterinya itu terus ke katil. Mahu di biarkan tubuh itu terus melekat ke tubuhnya hingga ke pagi. Tapi mengenangkan tubuhnya yang tidak selesa dalam pakaian yang telah di pakai sejak petang tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience