BAB 4

Romance Completed 15739

Dua bulan setelah Marrisa pergi, rasa segalanya begitu hambar sekali. Sungguh dia rindukan kekasihnya itu. Bukan mereka tak pernah berhubung, tapi rasanya tak cukup kalau sekadar merenung muka masing-masing di depan laptop setiap hari. Dia mahu makan bersama, pulang bersama dan lakukan semua yang sering mereka lakukan bersama.

Tiga bulan Marrisa pergi, rasa kehilangannya sudah semakin berkurangan. Semakin biasa dengan ketiadaan Marrisa. Malah kadangkala dia terlupa rutinnya bersembang dengan Marrisa di laman skype. Mula rasa hambar pada hubungannya dengan Marrisa. Tapi dia tetap melayan wanita itu dengan baik bila mereka berbicara.

Empat bulan setelah Marrisa pergi. Dia langsung menutup akaun skypenya. Tanpa apa-apa amaran fac Marrisa juga di block. Pastilah begitu kerana dia sudah punya pengganti. Rasa lebih bahagia dari semasa bersama Marrisa. Kalau dari dulu dia tahu, takkan dia memilih Marrisa berbanding Preity. Kini dengan Preity juga dia bahagia.

Marrisa yang berada di London hilang arah seketika. Tiada cara lain, dia menelefon Nadia di Malaysia. Khabar yang deritahu Nadia membuat Marrisa semakin kecewa. Begitukah? Begitukah akhirnya cinta mereka? Beginikah? Beginikah cara Zahin memutuskan hubungan mereka? Tak mampukah walau sepatah Zahin mengatakan yang dirinya tidak lagi di perlukan? Tak bolehkah Zahin yang selama ini berlagak gentleman itu memutuskan hubungan mereka dengan cara gentleman juga?

Seminggu Marrisa tak keluar ke kelas. Dia hanya duduk di bilik dan menangis. Rasa sedih kerana putus cinta. Rasa di khianati oleh teman baiknya sendiri. Rasa tertipu dengan cinta palsu seorang lelaki. Ada hikmahnya dia tercampak jauh di bumi London ini. Barulah dia tahu yang Zahin tak ikhlas mencintainya. Di sini dia mampu menanam semula semangat yang hilang. Sedikit demi sedikit dia melangkah bangun. Pelajaran pula tak di biarkan terabai.

Marrisa baru pulang dari kelasnya, telefon di atas meja diambil. Nombor Nadia di Malaysia di dail. Dia mendapat email dari Nadia. Katanya ada perkara mustahak yang mahu di beritahu kepadanya. Lama menanti Nadia mengangkat telefon. Mungkin Nadia sudah tidur memandangkan sekarang ini Malaysia sudah mencecah jam 2 pagi. Akhirnya Nadia menjawab juga telefonnya. Rupa-rupanya Nadia juga menanti telefonnya. Tadi dia cuma ke toilet.

Marrisa mengesat air matanya yang dari tadi tak berhenti mengalir. Sejak perkhabaran dari Malaysia tadi menyentuh gegendang telinganya sehinggalah sekarang. Air mata itulah menjadi temannya. Dia sudah berazam untuk tidak lagi menangis demi lelaki itu, tapi kini dia tak lagi mampu mengawal air matanya sendiri.

“Zahin dan Preity nak kahwin bulan depan.” Kata-kata Nadia tadi saling bertingkah dengan janji Zahin sebelum dia berangkat ke sini. “Sayang balik, kita kahwin.” Itulah kata-kata Zahin. Mudah! Begitu mudah membuat janji, dan begitu mudah memungkirinya.

Ku dengar kau cinta sangat padanya

Ku dengar hatimu kini miliknya

Dia kan menjadi teman sehidup dan semati

Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa

Terpaksa ku terima itu hakikatnya

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta

Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu

Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima

Semakin ku sakit, semakin kau bahagia

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta

Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu

Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima

Semakin ku sakit, semakin kau bahagia

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Lagu dari Hafiz itu betul-betul mengena dirinya sekarang. Semakin laju air matanya mengalir. Ah! Mendengar lagu sedih semasa sedang bersedih memang bukan therapy yang baik. Lantas laman youtube itu di padam. Marrisa mengemas barang dan buku-bukunya lalu di bawa keluar. Petang-petang begini biarlah dia membawa diri ke padang. Sekurang-kurangnya dia akan malu untuk menangis di depan orang ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience