BAB 3

Romance Completed 15739

Setelah itu mereka semakin kerap keluar bersama. Zahin semakin jatuh sayang kepada Preity tapi dia tetap belum dapat berterus terang dengan Preity dan Marrisa. Dia dan Marrisa juga semakin rapat. Marrisa bagaikan tempat untuknya meluahkan perasaan. Sikap Marrisa yang begitu mengambil berat benar-benar membuatkannya menjadi selesa dengan perhatian gadis itu. Tapi itu tak bermakna yang dia sudah jatuh cinta dengan Marrisa.

“Zahin, aku tanya sikit boleh?” Marrisa melontarkan soalan semasa mereka sedang menjamu selera berdua di restaurant berhampiran dengan pejabat mereka. Kebetulan meeting hari itu berakhir dengan cepatnya. Tapi tetap selepas office hour. Marrisa sudah biasa di hantar pulang oleh Zahin, sebab itu mereka tak lagi tergesa-gesa untuk pulang.

“Tanyalah.” Zahin dapat mengesan keseriusan nada Marrisa itu. Marrisa yang di kenali adalah seorang yang seimbang, office dan peribadi tak pernah di campur adukkan. Jadi dia tahu yang Marrisa di luar office ini sedang membangkitkan soal hati dan perasaan.

“Apa sebenarnya perasaan kau terhadap aku dan Preity?” benarlah seperti tekaan Zahin tadi. Marrisa bertanya tentang hatinya.

“Seorang cinta dan seorang lagi kawan.” Ringkas dan mengelat jawapan itu.

“Siapa cinta dan siapa kawan? Kami sendiri tak dapat bezakan. Terus-terang Zahin, kami cintakan kau. Tapi kami lebih sayangkan persahabatan kami. Tolonglah, sebelum cinta makin bercambah, tolonglah berterus-terang. Kami tak akan berbalah sekarang, kalau kau cepat memilih.” Sedikit merayu kata-kata yang di tuturkan Marrisa.

Zahin pula yang terkedu, begitu berani Marrisa menyuarakan rasa cintanya. Sedangkan dia, masih teragak-agak walau hatinya sudah lama memberi jawapan. Terasa semangatnya membara untuk berterus-terang dengan Marrisa sekarang. Belum sempat dia mahu membuka mulut, dia teringat. Adakah dia akan kehilangan perhatian Marrisa yang begitu mengambil berat tentangnya? Dapatkah Preity menggantikan Marrisa yang prihatin? Dia tahu, kalau dia memilih salah satunya, yang seorang lagi pasti akan memutuskan terus hubungan dengannya.

“Bagi aku masa Rissa. Aku sedang keliru.” Itu sahaja yang dapat dia katakan saat ini.

Permintaannya di tunaikan, mereka tidak lagi keluar bersama. Preity juga. Pesanan ringkas juga sudah jarang. Datuk bagaikan sepakat memberinya ruang untuk berfikir, dia tak lagi menamatkan mesyuarat di lewat malam. Kadang-kala belum pun habis office hour. Zahin sudah pun dapat keputusannya, dia rasakan yang dia mampu bertahan tanpa cinta Preity. Tapi dia tak mampu kalau terpaksa kehilangan Marrisa yang begitu mengambil berat. Orang pertama yang begitu kisahkan seorang anak yatim sepertinya.

Zahin memerhatikan Marrisa yang sedang leka menikmati keindahan waktu petang di taman bunga itu. Sengaja hujung-hujung minggu begini dia membawa Marrisa ke Cameron Highland. Tidaklah asyik ke tempat yang sama sahaja. Sesekali mahu juga berjalan jauh. Sungguh dia tak menyesal memilih Marrisa. Cuma kadangkala bila berjumpa Preity i, hatinya mula rasa berbelah bahagi. Tetapi mengenangkan bahagia yang di dapatinya bersama Marrisa, cepat-cepat rasa itu di buang jauh.

“Rissa sayang, dah lewat ni. Jom balik hotel.” Zahin memanggil kekasih hatinya.

“Ala Zahin. Kita tunggu sampai matahari terbenam boleh?” manja sahaja suara wanita itu. Satu lagi sifat yang baru Zahin temui.

“Apa sahaja untuk Rissa sayang.” Zahin terus bersetuju. Tahu yang gadis itu amat menyukai keindahan alam semula jadi.

“Apa?” terjerit Zahin bila menerima perkhabaran itu. Marrisa di depannya sudah rasa serba salah.

“Sayang, kita baru jadi tiga bulan. Takkan dah kena berpisah?” Zahin melahirkan rasa tak puas hatinya.

“Rissa tak tahu dear, Rissa pun baru dapat surat ni tadi.” Marrisa serba salah. Dia juga tak sanggup mahu berpisah degan Zahin. Bukan sekejap, tapi dua tahun. Macam-macam boleh terjadi.

“Kalau tolak?” tanya Zahin.

“Buang kerja.” Jawab Marrisa. Dia sudah awal-awal lagi mencari apa kesannya jika dia menolak tawaran sambung belajar ke London yang di taja syarikat itu.

Zahin mengeluh. Marrisa semakin serba salah. “Macam mana kalau Rissa berhenti kerja saja. Rissa cari kerja di tempat lain.”

“No! sayang tak perlu berkorban sejauh itu. Tak sayang ke dengan segala hasil, titik peluh sayang untuk sampai ke tahap ini? Zahin yang perlu berkorban. Zahin percayakan sayang. Pergilah! Zahin janji, lepas sahaja sayang balik dari sana, Zahin akan hantar rombongan meminang ke rumah sayang. Kita akan terus memeterai janji kita sayang. Lepas ni, mana sahaja sayang pergi, harus bersama Zahin.” Zahin membuat keputusan. Yakin sekali dia, dia tahu Marrisa tak akan menduakannya. Tapi masalahnya, Zahin itu mampukah untuk setia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience