BAB 5

Romance Completed 15739

Akhirnya habis juga pelajarannya selama dua tahun di bumi London ini. Esok dia akan berangkat pulang ke Malaysia. Nadia dan tunangnya sudah berjanji untuk menjemputnya di lapangan terbang esok. Nadia begitu gembira bila mendengar yang dia bakal pulang. Nadia sanggup mencarikan rumah buatnya. Apatah lagi Nadia bakal melangsungkan perkahwinannya bulan depan. Sudah di pujuk dan di rayunya Marrisa agar menjadi pengapitnya. Demi melihatkan Nadia sebagai satu-satunya kawan yang dia ada kini, Marrisa bersetuju sahaja.

Kedua mereka berpelukan sebaik sahaja bertemu. Erman, tunang Nadia cuma memerhati. Takkan dia nak peluk sekali kot. Sabar, sebulan je lagi. “Ya Allah. Cantiknya kau sekarang ni Rissa.” Tegur Nadia. Kulit Marrisa yang dulunya putih kini sudah melepak. Tubuh yang dulu hanya pandai menyarung t-shirt dan jeans, selain pakaian pejabat, kini sudah pandai menggayakan skirt labuh dan blause. Tudung yang dulu hanya pandai sarung, kini sudah berbelit. Kasut yang dulu silent, kini sudah berketuk-ketak. Fahamkan? Maknanya dia pakai highheels 4 inch la tu.

“Kau pergi sana belajar mengandam eh?” tanya Nadia.

“Haah, kau tak payahlah bayar andam. Biar aku je yang make upkan kau,” balas Marrisa dan mereka terus berbual-bual. Mereka terlalu leka sehingga tak sedar sudah meninggalkan Erman dan luggage milik Marrisa. Erman menggaru kepalanya, nampaknya akulah yang kena bawak ni? Kata hatinya.

Nadia melambai Erman yang sedang memandu keretanya meninggalkan rumah Marrisa dengan wajah masam. Masih merajuk dengan sikap Nadia yang langsung melupakan dirinya setelah berjumpa Marrisa. Sabar bang, sebulan je lagi. Kata hati Nadia pula. Sesekali suka juga melihat wajah memuncung Erman. Comel!

“Kenapa yang kau tersengih lagi tu Nadia?” tanya Marrisa.

“Tak ada apa. Jom masuk. Aku dah penuhkan peti ais rumah kau ni dengan makanan. Aku tahu kau tak rajin nak masak. Tapi mana tahu aura orang balik London.” Nadia membebel entah apa benda lagi. Dia hanya mendengar. Sekurang-kurangnya hilang sedikit rindunya pada Malaysia. Dia yang memang sudah tak punya keluarga sejak ibubapa dan adik-beradiknya meninggal dunia akibat kebakaran di rumahnya. Di kala dia tanpa arah tujuan, dua orang sahabatnya itu lah yang menghulur tangan. Lalu tinggallah mereka bertiga bersama.

Tapi kini seorang demi seorang meninggalkannya. Lumrah manusia yang di jadikan berpasangan, Marrisa tidak menolak hakikat itu. Sebagai menyambut kepulangannya ke Malaysia, Nadia sudah berjanji mahu menemaninya di rumah ini dan seterusnya terus membawa Marrisa pulang ke rumah ibu bapanya di kampung. Marrisa telah pun menangguhkan kemasukkannya untuk mula bekerja sehingga selepas majlis Nadia.

Marrisa memegang tangan Nadia yang sudah sejuk itu, tahu rakannya itu sedang cemas. Nadia yang sudah cantik dalam persalinan pengantinnya cuba mengukir senyum, tapi tak jadi. Macam baru belajar senyum pulak Nadia ni. Marrisa menahan tawa di hati. Marrisa juga tak tahu mahu berbuat apa, dia sendiri sedang cemas. Preity dan Zahin ada di luar. Hatinya masih terasa sakit akibat perbuatan mereka. Preity juga tidak masuk ke bilik pengantin itu walau dia sudah lama sampai. Tidak mahu melibatkan Nadia dalam permasalahan mereka, Marrisa membawa diri keluar dari bilik itu.

Marrisa duduk di bilik Naimah, adik Nadia. Dia dapat tahu dari Naimah yang Preity i sudah pun masuk ke bilik Nadia. Dari Naimah juga dia mendapat tahu yang Preity sedang hamil. Semakin ku sakit, semakin kau bahagia…

Bezanya antara dia dan video klip Hafiz itu adalah, dia sudah bersedia dengan kejutan dari mereka ini. Dia memang sudah tak berharap pada Zahin, tapi sedikit sebanyak rasa sakit itu tetap ada. Paluan kompang yang di palu dari luar rumah menyebabkan Marrisa kalut seketika. Naimah pula baru sampai di hadapan pintu bilik itu untuk memanggilnya. Hampir berlari dia dan Naimah mendapatkan Nadia yang sudah menanti di depan pintu bilik, tak sabar nampak nak sambut suami.

Marrisa menjalankan tugasnya menemankan Nadia di atas pelamin itu sebaik mungkin. Pandangannya hanya di tumpukan pada Nadia. Mahu memandang ke arah tetamu, takut bertembung dengan Zahin. Mahu memandang ke arah Erman, jejaka yang menjadi pengapit Erman itu pula yang memandang tajam ke arahnya.

Selepas selesai acara makan beradap, si pengantin membuat tour dalam kawasan khemah tetamu itu. Erman dan Nadia memperkenalkan saudara-mara masing-masing. Marrisa pula duduk bersendirian. Tiba-tiba ada orang yang menarik kerusi di hadapannya, lalu duduk di situ. Marrisa tidak pula mahu mengambil tahu. Sangkanya tetamu yang mahu menjamu selera.

“Assalamualaikum, saya Aril. Boleh saya duduk sini?” tanya lelaki yang sudah pun duduk di hadapannya itu.

“Awak dah duduk pun kan?” sedikit sinis bicara Marrisa. Salam lelaki itu di jawab dalam hati.

“Mestilah saya dah duduk. Awak nampak saya berdiri ke?” saja mahu melawak bodoh nampaknya. Marrisa memalingkan mukanya ke arah lain. Malas mahu melayan lelaki yang menjadi pengapit Erman tadi.

Satu perkara yang baru dia tahu tentang Erman adalah, lelaki itu adalah anak orang kaya. Lihat sahaja keadaan kaum keluarganya yang hadir. Dengan pakaian mahal, kereta mewah. Beruntung betul Nadia. Kisah cintanya juga tak mendapat tentangan dari keluarga mertua. Malah dengan desakan keluarga Erman jugalah mereka kini bersatu.

Sedang matanya melilau mencari Nadia yang di larikan oleh Erman itu, matanya bertembung pandang dengan Zahin. Lelaki itu kelihatan merenung tajam ke arahnya, bagaikan marah dengannya. Kenapa pula lelaki itu yang marah? Orang yang sepatutnya marah adalah Marrisa. Malas mahu mengambil tahu dia memandang semula ke hadapan, namun malang bila matanya tertangkap pula dalam renungan Aril. Rupanya lelaki itu masih di sini.

Aril pula mengalih pandangan, melihat ke arah pandangan Marrisa tadi. Marrisa ikut memandang ke sana. Zahin sudah pun tiada, Marrisa menarik nafas lega. Dia bangun dari duduknya, mahu masuk ke dalam rumah. Rasa rimas dengan pakaian dan make up yang terover dari biasa. Aril cuma melihat, sekarang memang bukan masa yang sesuai. Badannya juga rasa melekit. Erman yang kelihatan masih belum puas mengepit isterinya itu cuma di beri isyarat sahaja. Mahu segera pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience