BAB 10

Romance Completed 15739

Marrisa mengurut tengkuk melihat timbunan fail di atas mejanya. Sampai bertaburan di lantai. Ceh over je. Sebenarnya itu meja si CEO. Meja dia cuma separuh dari fail yang menimbun itu. Macam manalah suaminya mahu membuat kerjanya. Fail-fail itu di ambil dan di susun mengikut betapa penting dan urgentnya document itu.

“Sayang…” suara itu muncul bersama pelukan di tubuhnya. Mujur pintu sudah di tutup, kalau tidak malu sahaja di lihat orang yang di luar.

“Sayang tengoklah kerja abang banyak sangat.” Marrisa tersenyum mendengar rengekkan itu. Tubuhnya di pusing menghadap suaminya itu.

“Rissa tahu abang, biar Rissa selesaikan kerja Rissa dulu ya. Nanti Rissa tolong abang.” Pujuk Marrisa. Pipi suaminya itu di usap lembut, satu kucupan dia berikan. Tersenyum juga akhirnya suaminya itu.

Marrisa menuju ke bilik suaminya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia sempat solat maghrib dahulu bersama Aril tadi. Aril masih dengan kerjanya yang masih bertimbun. Semuanya harus di selesaikan malam ini. Marrisa mula membantu suaminya. Hampir pukul dua pagi baru mereka dapat menarik nafas lega. Inilah akibatnya pergi bercuti di saat rezeki melimpah ruah.

Dalam perjalanan pulang mereka berbual-bual sedikit. Sekadar mahu memastikan Aril tidak terlelap semasa memandu. Tangan Aril pula sudah merayap-rayap mencari tangan isterinya. Sudah penat Marrisa melarang, namun tetap juga Aril berdegil. Sudahnya di biarkan sahaja. Bukan tak yakin dengan kemampuan Aril, cuma kadang-kadang kita perlu berusaha untuk mengelakkan kecelakaan.

Sampai sahaja di rumah, mereka terus bersiap-siap untuk tidur. Makin lewat mereka tidur takut tak terbangun pula esok pagi. Sudahlah mereka ada meeting penting esok pagi. Meeting bersama pengurus cawangan di seluruh Malaysia. Aril juga tak banyak kisah dan begitu mudah untuk masuk tidur. Kalau tidak dia pasti akan menyuruh Marrisa mengurut tubuhnya dahulu, barulah dia dapat melelapkan matanya.

Sekali lagi dia bertemu dengan Zahin di mesyuarat itu. Zahin kelihatan mahu bercakap dengannya dan Marrisa pula melarikan diri. Sungguh dia rasa takut dengan tingkah Zahin itu, dia kelihatan menakutkan dengan mata tajam memburu Marrisa. Marrisa juga merasakan tiada perlunya bicara antara mereka selain dari hubungan kekeluargaan yang mengikat mereka. Aril pula langsung tidak kisah dengan aksi mereka yang kadang-kadang nampak sangat sedang kejar-mengejar. Adakah suaminya itu tahu tentang kisah silam mereka? Kalau tahu tak takutkah dia membiarkan isterinya ini di kejar? Atau tak cukup kuatkah cintanya terhadap Marrisa? Persoalan-persoalan itu bermain-main di mindanya. Sedikit sebanyak timbul juga sangsinya terhadap suaminya itu.

Sehingga meeting itu berakhir pun Zahin tak dapat mendekatinya. Kerana ikutkan hati yang marah Marrisa tak langsung kembali ke pejabatnya. Dia hanya menghantar mesej kepada suaminya mengatakan yang dia mahu keluar ke rumah Nadia. Padahal Nadia tidak pun berada di rumah. dia dan suaminya mahu berbulan madu untuk kali ke lapan. Memang tiap-tiap bulan mereka akan keluar bercuti empat atau lima hari.

Marrisa melangkahkan kakinya masuk ke panggung wayang. Di waktu bekerja begini banyak tempat yang kosong. Dia memilih tempat di tengah-tengah panggung wayang, tempat yang tak pernah dia cuba. Selalunya pasti di memilih tempat di tepi dinding. Tiba-tiba terasa ada orang yang meduduki tempat di sebelahnya. Mulanya Marrisa tak mahu mengambil tahu tentang orang tu, tapi bila jarak mereka terlalu rapat sehingga bahu bersentuhan, Marrisa menoleh ke arah orang itu. Aril! Mahu tak terkejut melihat suaminya sedang tersenyum manis menatap wajahnya. Marrisa yang masih marah langsung memalingkan mukanya. Tak mahu memandang lelaki itu.

Tiba-tiba terasa tangannya di sulam, Marrisa segera menarik tangannya. Namun tak berdaya. Genggamannya terlalu kuat sehingga sedikit menyakitkan. Lalu Marrisa membiarkan sahaja sehinggalah cerita itu habis di tayangkan. Mereka berjalan berpimpinan keluar dari panggung wayang itu. Selepas itu mereka berjalan-jalan di sekitar shopping kompleks yang semakin ramai pengunjungnya. Maklumlah waktu pejabat sudah habis.

Sejak keluar dari panggung wayang tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Marrisa. Aril pula sudah mencuba bertanya Marrisa, tapi cuma gelengan dan anggukkan sahaja yang dia terima. Kebal betul isterinya itu, malah taktik biasanya pun tidak menjadi. Sudahnya dia membawa isterinya pulang, tak sanggup lagi menerima cold treatment dari isterinya itu.

Sampai sahaja di rumah mereka menunaikan solat asar berjemaah. Aril sengaja mengajak isterinya berbincang selepas solat. Biar sejuk sedikit hati isterinya itu. Dia mendudukkan isterinya itu ke katil. Dia menatap wajah isterinya yang mencuka.

“Sayang marah abang?” tanya Aril.

“Tak nak cakap pasal tu. Sekarang biar Rissa yang tanya abang.” Tegas kata-kata itu. Aril menganggukkan sahaja kepalanya. Takut pula isterinya makin melenting. Sekarang biar dia ikutkan sahaja kata-kata isterinya ini.

“Abang masih sayangkan Rissa?” soalan pertama isterinya.

“Mestilah sayang. Abang cintakan sayang, makin lama makin kuat. Semakin hari semakin dalam cinta abang pada sayang.

“Kalau benar, kenapa abang biarkan sahaja Zahin kejar Rissa tadi? Rissa rasa mustahil kalau abang tak nampak.” Sayu pula kata-kata Rissa kali ini. Bukankah tugas suami menjaga isterinya?

Kali ini serba salah pula riak yang di tunjukkan oleh Aril. “Abang kesian dengan Zahin. Dia merayu untuk bercakap dengan sayang. Abang dah banyak buat salah dengan dia Rissa. Abang tak mampu menolak permintaannya.” Aril kelihatan menyesal juga.

“Abang tahu pasal kisah silam kami?” Marrisa mula bertanyakan soalan sensitive.

“Tahu, Zahin dah cerita.”

“Apa sebenarnya terjadi pada Preity?”

“Mereka sudah bercerai sebaik Preity melahirkan anaknya. Preity tak sanggup bersama Zahin yang masih cintakan sayang.” Tenang sahaja jawapan Aril menyebabkan Marrisa semakin berang.

“Kalau abang tahu, mengapa abang biarkan dia? Bukankah itu tandanya yang abang memang dah tak mahukan Rissa?” air mata Marrisa mula mengalir. Semakin lama semakin laju.

Aril yang melihat mula terpana, berkali-kali dia menepis air mata itu. Tak mahu pipi isterinya di basahi. Dia tak pernah meelihat dan tak pernah ingin melihat. “Tak sayang, abang cuma mahu Zahin cakap apa yang dia mahu. Abang mahu dia selesaikan apa yang masih belum selesai antara kalian. Bukan sebab abang tak cintakan sayang. Nadia dah katakan pada abang yang sayang dah tak ada perasaan pada Zahin. Sebab tu lah abang benarkan. Zahin nak tahu kenapa sayang tiba-tiba putuskan hubungan dengannya.”

“Apa? Itu yang Zahin katakan? Rissa yang putuskan hubungan antara kami? Abang percaya?” nada suaranya kelihatan tak puas hati benar dengan pernyataan Aril itu. Aril pula cuma mengangguk lurus dengan semua pertanyaan itu.

“Zahin yang putuskan hubungan kami. Dia yang tutup akaun email dan facnya. Dia yang kahwin senyap-senyap. Nasib baik Rissa ada Nadia yang mahu berterus-terang. Seba itu Rissa mampu move on. Dia berani fitnah Rissa macam tu dan senang-senang abang percaya? Betulkah abang kahwini Rissa kerana cinta?” marahnya Marrisa bersama air mata. Setelah mendengar kata-kata Aril, dia jadi sangsi dengan kasih suaminya itu. Di tambah pula dengan kejadian pagi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience