BAB 2

Romance Completed 15739

Marrisa adalah seorang workaholic. Kerjanya adalah segala-galanya. Atas sebab itulah dia mampu menjawat jawatan pengurus sumber manusia di usianya yang baru mencecah 25 tahun. Ada juga terdengar ura-ura syarikat mahu menghantar Marrisa ke London untuk menyambung mastersnya. Memang dia seorang yang rajin dan perfectionist.

Zahin juga lebih suka berurusan dengan Marrisa yang sangat memudahkan kerjanya. Di luar pula Marrisa adalah seorang yang pendiam tapi bila datang nakalnya, huh! Boleh pecah jiwa menahan perasaan. Bab mengenakan orang nombor satu!

“Tak ada seleralah.” Jawab Marrisa.

“Baik makan, kejap lagi kita ada meeting. Tak tahu pukul berapa nak habis. Kau tahulah Datuk tu macam manakan?” Zahin kelihatan puas hati bila Marrisa mula menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tak apalah walau perlahan pun. Mereka masih ada masa sebelum meeting itu. Kini giliran Zahin pula yang merenung Marrisa yang sedang makan dan mengelamun itu. Zahin memang menyimpan perasaan suka pada Marrisa. Tapi hanya suka, bukan cinta.

Semalam dia talah pun berjumpa wanita pujaan hatinya. Dia yang pulang agak lewat semalam terjumpa dengan seorang wanita yang kelihatan duduk mencangkung di hadapan tayar belakang keretanya. Rupa-rupanya wanita itu tak tahu menukar tayarnya sendiri. Dengan sedikit sindiran, Zahin mula menukar tayar itu. Wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Preity itu kelihatan sedikit terpegun melihat Zahin. Zahin pun apa lagi mulalah membuat kerjanya dengan gaya yang lebih macho. Sebelum pulang mereka bertukar nombor telefon.

Malam itu sedang mereka berbalas pesanan ringkas Preity memberitahu yang dia tinggal serumah dan bersahabat baik dengan Nadia pekerja bawahannya dan Marrisa. Preity ada juga bertanya yang benarkah Marrisa itu teman tapi mesranya. Dia mengiakan sahaja. Memang sebelum ini Marrisalah satu-satunya teman perempuan yang dia ada. Jadi Marrisa adalah kawan yang special. Hanya kawan, tapi special. Fahamkan? Entahlah dia sendiri pun tak tahu.

Zahin mengeliat sedikit sambil keluar dari bilik mesyuarat itu. Duduk terlalu lama menyebabkan seluruh tubuhnya terasa sengal. Marrisa kelihatan melangkah laju ke biliknya tanpa sempat Zahin menahan. Zahin melihat jam tangan, sudah pukul sepuluh! Patutlah Marrisa kelihatan terburu-buru. Kalau dia berlama entah pukul berapa dia akan sampai ke rumah. Hati Zahin mula di landa rasa risau. Marrisa akan memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya.

Marrisa keluar dari keretanya setelah memakirkannya di luar rumah. Dia mengetuk tingkap kereta yang berhenti di sebelahnya. Zahin menurunkan tingkap keretanya. “Terima kasih. Sekarang aku dah sampai. Pergilah balik.” Marrisa sedikit bengang bila Zahin beria-ia mahu menghantarnya pulang. Bukan dia sombong, tapi dia juga risaukan Zahin yang terpaksa berpatah balik untuk ke rumahnya. Zahin terpaksa melalui perjalanan yang dua kali ganda jauhnya dari biasa.

Zahin tersengih sahaja, dia tahu Marrisa marah tapi itu tak penting. Yang penting jiwanya tenang. “Tak akan selagi kau tak masuk.”

“Yelah.” Marrisa malas memanjangkan cerita. Belum sempat Zahin menggerakkan keretanya, ada pesanan masuk ke telefon bimbitnya.

Dah sampai beritahu aku.

Pesanan ringkas dari Marrisa rupanya. Rupa-rupanya Marrisa risaukan dirinya. Zahin tersenyum dan membalas pesanan itu. Selepas itu Marrisa memarahinya kerana memandu sambil memegang telefon. Terasa seronok pula bila ada orang yang risaukannya.

Mereka bertiga sedang enak menjamu selera. Sambil itu riuh meja itu dengan suara bertingkah dengan gelak ketawa dari mereka bertiga. Tanpa mereka sedari ada sorang lelaki yang dari tadi tak beralih memandang mereka.

“Rissa, sibuk betul kau kebelakangan ni. Bulan ni baru sekali kami dapat makan malam sekali dengan kau. Kalau tidak entah kau makan atau tidak di pejabat tu.” Nadia tiba-tiba bersuara bimbang.

“Awak mana tahu. Kerja pengurus macam kami memang selalu sibuk.” Ada sepinggan makanan dan cawan minuman diletakkan di meja itu. Mereka serentak mengangkat muka.

Zahin hanya tersenyum melihat wajah terkejut tiga sahabat itu. “Assalamualaikum,” Zahin menegur mereka. “Boleh saya duduk?” tanyanya. Melihat anggukan mereka, dia terus menarik kerusi. Nasib baik mereka benarkan, kalau tidak pasti dia malu.

Zahin memandang mereka yang masih diam. Tadinya meja itu rancak dengan bunyi, tapi kini senyap sunyi. “Kenapa diam? Sambunglah cakap. Kata dah lama tak makan sama.” Zahin meluahkan pertanyaan.

“Macam mana Encik Zahin boleh ada kat sini?” tanya Nadia.

“Saya naik kereta saya lah.” Selamba sahaja jawapan itu keluar dari mulut Zahin. Nadia pula menyesal mengeluarkan pertanyaan itu. Mestilah dia ada di sini secara tak sengaja. Kalau tidak takkanlah kedua kawannya juga kelihatan terkejut melihat Zahin. “Kenapa? Tak suka saya kat sini?” Zahin bertanya.

“Eh tak… Kami cuma sedikit terkejut sahaja.” Preity menjawab bagi pihak mereka.

Mereka kemudian semakin selesa dengan kehadiran Zahin. Mereka sudah mula bergurau senda dengan Zahin dan macam-macam cerita yang keluar tentang kisah silam mereka bertiga. Yang paling banyak terbongkar rahsia tentulah Preity dan Marrisa yang sedikit kepoh itu. Nadia pula sesekali menambah, menyedapkan cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience