BAB 12

Romance Completed 15739

“Aril aku minta maaf. Sebenarnya apa yang aku cerita pada kau semuanya bohong. Yang sebenarnya aku yang putuskan hubungan kami, bukan Rissa. Aku dan Preity bukanlah tak pernah bahagia. Cuma sejak Preity mengandung dia tak ambil peduli sangat pasal aku. Sebab tu aku mula cari Rissa balik. Maafkan aku Aril. Rissa tak bersalah dalam hal ni, malah dialah mangsa yang sebenarnya. Aku balik dulu.” Laju sahaja langkah kaki Zahin meninggalkan mereka selepas itu.

Selepas kereta Zahin hilang dari pandangan giliran Marrisa pula meninggalkan suaminya di luar. Dia terus menuju ke dapur dan menyiapkan makan malam mereka. Aril datang menyertai isterinya tapi tak di layan. Sepatah kata pun tak keluar dari bibir isterinya itu. Aril terus bersabar menghadapi karenah isterinya itu. Hinggalah selepas solat isyak. Aril menahan isterinya yang sudah mula membuka laptopnya.

“Sayang, sekarang cuba beritahu abang. Apa salah abang?” tanya Aril.

“Abang baru nak tanya?” Marrisa membalas soalan suaminya dengan soalan juga. Berbaur sindiran yang pastinya.

“Sayang, please. Abang betul-betul tak tahu apa yang menyebabkan sayang jadi dingin macam ni. Kalau sebab Zahin tadi, kan abang dah cakap yang abang tak berdendam pun dengan sayang. Abang tak akan sia-siakan sayang.” Nadanya di tekankan sedikit. Sudah semakin hilang sabar nampaknya Aril.

“Baiklah kalau abang betul-betul nak tahu. Rissa kecewa dengan abang. Sebabnya abang tak percayakan Rissa. Cuba abang ingat selama kita bertunang dan selepas kita kahwin kecuali tadi, pernah tak Rissa tipu abang? Pernahkah Rissa tak jawab telefon? Lainlah kalau Rissa tak dengar. Tapi pernahkah Rissa saja-saja nak tutup telefon? Pernah Rissa tukar nombor tiba-tiba? Pernah?” soal Marrisa bertalu-talu. Aril menggelengkan kepalanya sebanyak soalan Marrisa itu. Memang Marrisa tak pernah tiba-tiba ignore panggilan darinya. Tengah tidur pun di gagahkan juga dirinya menjawab telefon. Soal tipu pula memang tak pernah dia menipu, kecuali tadi lah. Sebelum ini mana dia pergi, dia pasti akan cakap. Kalau tak percaya sangat boleh pergi ikut dia senyap-senyap.

“Kemudian abang begitu mudah percayakan orang lain. Agaknya nanti, kalau ada orang fitnah Rissa, tanpa banyak soal abang ceraikan Rissa. Kalaupun abang tak percayakan Rissa, boleh tak abang siasat dahulu satu-satu perkara. Kenapa kalau dalam syarikat, setiap keputusan syarikat abang fikir dalam-dalam, abang siasat sampai ke akar umbi? Tapi bila melibatkan rumah tangga sendiri abang tak nak buat perkara yang sama. Rissa ni terlalu mudah abang dapat sampai langsung tak penting dan bermakna dalam hidup abang?” Marrisa meluahkan perasaannya. Mungkin orang akan kata dia terlebih fikir atau apa. Tapi inilah perkara-perkara yang membebankan benaknya dari tadi.

“Tak sayang, abang minta maaf. Lain kali abang akan lebih berhati-hati. Abang tahu isteri abang isteri yang baik. Tak pernah melawan, tak pernah menipu. Sentiasa mendahulukan abang dalam setiap perkara. Abang tahu semua tu, tapi abang tak boleh kawal perasaan abang. Entah kenapa abang mudah percaya cakap orang bila dengan sayang. Mungkin sebab abang tak tahu apa-apa tentang sayang. Cuba lain kali, sayang berterus-terang apa yang sayang mahu dengan abang. Jadi lepas ni abang tak perlu peraya orang lain lagi. Sayang tu suka sangat sembunyikan perasaan sendiri. Abang nak tahu apa-apa pasal sayang kena tanya Nadia. Erman pun dah naik marah sebab abang asyik kacau bini dia je. Please sayang, kita mulakan semula?” Aril menyatakan sebabnya. Dia baru lagi mengenali isterinya itu, jadi bila orang cakap dia mudah percaya. Lagi-lagi bila isterinya itu jenis yang pendiam dan perahsia.

“Belum lagi, Rissa masih kecewa dengan abang.” Rajuk Marrisa lagi.

“Apa lagi sayang, katakanlah. Abang sanggup dengar. Biar kita betulkan semuanya malam ini juga. Moga esok kita tak akan bertelagah lagi. Cukup seharian, abang dah rindu dengan sayang. Cakaplah sayang.” Kalau dah Marrisa mahu luahkan segala tak kepuasan hatinya pun malam ini dia sanggup dengar. Marrisa cakap nak tidur bilik lain sebab tak tahan dia berdengkur pun tak pe. Tapi dia tak bagilah. Mana boleh tidur asing-asing.

“Tadi, masa Zahin kejar Rissa. Kenapa abang palingkan muka abang. Besar harapan Rissa agar abang bantu Rissa. Rissa takut sangat masa tu sampai Rissa menggeletar. Rissa harap abang pandang Rissa dan sedar yang Rissa ketakutan. Tapi abang langsung berpaling. Abang tahu tak Rissa rasa kecewa sangat masa tu. Rasa macam abang dah buang Rissa, abang tak kisah kalau Zahin buat apa pun pada Rissa. Harapan Rissa sudah hancur berderai. Kenapa bang?” sayu pula pertanyaan Marrisa kali ini.

“Abang minta maaf sayang. Abang tak tahu abang patut buat macam mana. Abang mahu dapatkan Rissa, abang perasan Rissa takut. Tapi abang tak boleh. Zahin cuma nak bercakap dengan sayang, abang tak sangka sayang boleh jadi takut macam tu. Masa tu abang tak mampu dekati sayang bila Zahin halang abang. Abang asyik teringat pasal kesalahan kami padanya. Maaf sebab kami sayang yang jadi mangsa. Maaf sebab abang tak mampu lindungi sayang. Maafkan abang sayang. Kali ini sahaja. Lepas ni abang akan ikut ke mana sayang pergi dan sayang akan ikut ke mana abang pergi. Tak akan abang benarkan perkara sebegitu terjadi lagi pada sayang. Abang janji!” tegas dan penuh kesungguhan kata-kata itu di lemparkan Aril sambil tangan kanannya di angkat seperti bersumpah.

Marrisa pula memegang tangan kanan suaminya itu lalu di cium. Tanda dia sudah pun melupakan krisis dalam perhubungan mereka. Terus tubuh Marrisa jatuh ke dalam pelukan Aril. Sungguh dia rindu untuk memeluk tubuh itu. Sungguh dia amat rindukan kemesraan mereka. Tiba-tiba Aril teringatkan sesuatu. Dia merenggangkan pelukan mereka.

“Tadi sayang kata sayang cintakan abang. Betul?” tanya Aril. Marrisa sudah tertunduk malu.

“Hmm… Abang dah berjaya.” Kata Marrisa perlahan. Cukup sekadar sampai di telinga suaminya itu.

“Sayang, say it lauder please. Abang tak dengar.” Aril dengan segihan mengusiknya cukup membuat Marrisa geram.

“Cepatlah sayang.” Gesa Aril lagi bila isterinya itu hanya diam. Masih malu nampaknya.

Marrisa masih belum mampu mengucapkan cintanya pada Aril. Aril tidak memaksa, terus ke dua belah pipi isterinya di pegang. Mahu menatap mata isterinya itu. Biarlah dia mencari jawapan di dalam mata yang tak tahu menipu itu. Seminit, dua minit. Aril tersenyum manis. Dah jumpa, sinar kasih Marrisa sudah pun menjadi miliknya. Isterinya tak menipu atau apa. Dia cuma malu. “I love you, sayang.” Spontan kata-kata itu keluar dari bibir Aril. Terus pipi isterinya di cium. Mereka bertatapan lagi.

“I love you too, abang.” Lancar dan ikhlas bunyi balasan dari Marrisa. Aril tersenyum bahagia, dan sekali lagi tubuh Marrisa hilang dalam dakapannya.

Marrisa memegang perutnya yang sudah kelihatan. Aril di sebelah masih lena di buai mimpi. Sudah setahun usia perkahwinan mereka. Nadia dan Erman nampaknya sudah mahu menambah bilangan ahli keluarga. Zahin dan Preity bersatu semula. Marrisa dan Preity pun sudah berbaik semula. Marrisa kini sudah pun hamil lima bulan. Masih teringat bagaimana gembiranya Aril mendengar berita itu. Seharian senyum, sengihnya tak padam. Mertuanya pun sama, begitu gembira bercerita tentang pantang larang semasa mengandung. Aril pun kena sekali, ceramah tanggungjawab semasa isteri mengandung. Walaupun di ceramah panjang, kelihatan Aril tekun mendengar. Nampak wajah Aril yang teruja. Marrisa juga ikut teruja. Tanda, mereka sama-sama bahagia.

Kini tiada lagi bahagiamu deritaku. Bahagianya Zahin kini tiada kaitannya lagi dengan Marrisa. Tapi bahagianya Aril adalah bahagianya Marrisa. Derita Aril adalah derita Marrisa juga. Setiap cerita pasti akan ada akhirnya. Penentu kebahagian itu terletak pada kekuatan diri sendiri dan juga doa setiap hari. Kuatlah seorang insan itu bila mampu tersenyum saat derita menjengah diri. Airmata ini bukan beerti aku kalah bukan juga beerti aku lemah, ini adalah kekuatan dan senjataku untuk membuatkan aku lagu kuat di hari mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience