BAB 11

Romance Completed 15739

Zahin tertunduk bagai ada sesuatau yang di sembunyikannya. “Memang mulanya abang dekati Rissa cuma atas dasar membalas dendam. Abang mahu sayang terseksa sama macam Zahin. Dia tak pernah bahagia dengan perkahwinannya. Dia masih cintakan sayang. Tapi makin lama abang dekati sayang, makin dekat hati abang dengan sayang. Abang nikahi sayang dengan cinta yang tulus dan penuh di hati abang buat sayang. Tiada lagi dendam yang abang simpan untuk sayang. Abang berani bersumpah!” Aril mengangkat tangan kanannya bagai bersumpah.

Marrisa rasa tertipu dengan pengakuan suaminya itu. Mengapa semuanya terbongkar saat dia sudah mula punya rasa sayang pada suaminya itu. Kalau tidak pastu mudah memutuskan segalanya. Dia menarik nafas berat. Air matanya di sapu dengan belakang tangan.

“Sayang, percayalah! Abang memang cintakan sayang, sepenuh hati abang. Abang cuma rasa bersalah pada Zahin. Selama ini kami tak pernah ambil tahu pasal dia. Selepas ibubapanya meninggal dunia, kami hanya biarkan dia membesar sendiri tanpa keluarga yang mengambil tahu. Yang dia ada cuma orang gaji yang papa upah untuk menjaganya. Kami cuma sedar hakikat itu bila Zahin meminta tolong kami membuat persiapan perkahwinannya. Tapi saat itu, semuanya sudah terlambat. Rasa bersalah kami semakin besar bila dia tak bahagia dengan perkahwinannya. Abang cuma mahu menebus rasa bersalah itu dengan membantunya membalas dendam. Tapi abang benar-benar cintakan sayang, sungguh selepas beberapa bulan berkerja dengan sayang, dendam itu telah terbasuh pergi. Yang ada cuma cinta abang yang terlalu kuat untuk sayang.” Aril beria-ia menerangkan kepada isterinya yang diam tak berkutik. Marrisa bagaikan sudah hilang ke dalam dunianya sendiri.

“Rissa ada satu permintaan pada abang,” kata Marrisa setelah lama mereka berdiam diri.

“Apa sayang? Jangan cakap yang sayang mahukan perpisahan. Abang tak sanggup sayang.” Tangan isterinya di genggam sebelum Marrisa menarik semula tangannya.

“Kalau bukan sebab Rissa juga cintakan abang, perpisahanlah yang pertama sekali Rissa minta. Sekarang, Rissa mahu jumpa Zahin. Abang panggil dia ke sini. Rissa nak selesaikan semuannya hari ini juga,” kata Marrisa dengan tegasnya. Aril mahu membantah tapi isterinya tetap dengan keputusannya.

“Baiklah abang call Zahin sekarang juga.” Aril segera mengambil telefon bimbitnya. Baik di kutkan sahaja kata-kata isterinya itu. Dia tak mahu terus-terusan bertegang urat.

Sejam kemudian Zahin tiba. Dia kelihatan gembira bila akhirnya Marrisa mahu juga bertemu dan berbicara dengannya. Dia sudah pun merancang apa yang sepatutnya dia katakan pada Marrisa. Harap-harap Marrisa mahu menerimanya kembali. Dia tak biasa memujuk Marrisa, mungkin sebab Marrisa jarang merajuk atau pun dia sendiri tak sedar bila Marrisa merajuk. Cuaca cerah berarak mendung bila Marrisa menahan Aril meninggalkan mereka berbincang berdua di taman milik rumah besar hasil titik peluh Aril ini. Marrisa mahu membongkarkan penipuan Zahin.

“Apa lagi yang awak mahukan dari saya Zahin? Bukankah kisah kita sudah pun tamat lama dahulu. Awak sendiri yang putuskan hubungan kita. Nasib baik Nadia tak sanggup mengkhianati saya macam awak dan Preity. Kalau tidak, jadilah saya macam orang bodoh berpegang pada janji yang telah pun awak mungkiri.” Marrisa memulakan bicara antara mereka.

“Kisah kita tak pernah berakhir Rissa. Kita tak pernah putuskan hubungan kita dan awak pun tak pernah minta putus kan?” Zahin cuba mencari peluang yang dia tahu amat tipis.

“Bagi saya, macam mana awak puuskan connection antara kita, macam tulah terputusnya hubungan perasaan kita. Hubungan kita jadi mustahil sebaik sahaja awak nikahi Preity dan semakin mustahil sebaik sahaja Aril lafazkan akad. Biar bercerai sekali pun, saya tak akan kembali pada awak Zahin. Cinta awak tak pernah ikhlas, cuma atas dasar kepentingan. Awak cuma mahu perhatian saya, dan awak buang saya bila saya tak mampu hadir di hadapan awak setiap kali awak perlukan saya. Awak ambil Preity bila awak rasa dia mampu membari perhatian yang sama pada awak. Tapi sejak dia mengandung awak rasa perhatian Preity semakin berkurang dan kembalinya saya ke Malaysia memberi harapan baru pada awak.

Apa yang ada dalam diri dan hati awak tu cuma sikap awak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian orang sekeliling awak je Zahin. Bukan cinta. Kalau benar cinta, awak akan mampu bahagia walaupun dia cuma melemparkan senyuman pada awak. Rasa di sayangi walau dia cuma bertanya khabar seperti hari lainnya, sama seperti layanannya pada orang lain. Sudahlah Zahin, cuba jadi lelaki yang bertanggung jawab sedikit. Awak sedar tak yang awak telah membuang satu-satunya milik awak yang berharga. Anak awak sendiri Zahin. Keluarga awak sendiri. Apa yang pernah ada antara kita, baik awak lupakan sahaja.

Kita mampu gembira kalau kita tahu dan belajar menerima kekurangan Zahin. Kita mampu rasakan kasih sayang kalau kita mampu memberinya. Saling memberi dan menerima. Baliklah Zahin, balik dan pergi tatap wajah anak awak. Saya tahu Preity masih cintakan awak Zahin. Pergilah.” Zahin tertunduk mendengar kata-kata Marrisa. Dia baru tersedar sesuatu, selama ini dia mengharap ada yang mampu membayar hutang kasih sayang yang dia hilang sebaik sahaja ibubapanya meninggal dunia. Tapi dia lebih teruk lagi, menjadikan anaknya yatim sedangkan dia masih sihat. Dia tak mahu anaknya merasakan perasaan yang sama. Dia harus kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience