BAB 1

Romance Completed 15739

Your arms around me come undone
Makes my heart beat like a drum
See the panic in my eyes
Kiss me only when I cry

Cause you always want what you're running from
And you know this is more than you can take

Baby don't forget my name
When the morning breaks us
Baby please don't look away
When the morning breaks us
Oh your touch, so bittersweet, ah ah ah ah
Baby don't forget my name
When the morning breaks us

Your cheek is softly by the sun
Makes my heart beat like a drum
I know it hurts you, I know it burns you
Hot and cold in a lonely hotel room
Look into me, tell me why you're crying I need to know
*****

Ally, Preity, dan Nadia, sudah berkawan sejak mula masuk ke sekolah menengah lagi. Ke mana sahaja mereka pasti akan bertiga. Walaupun punya sikap yang berbeza-beza, mereka kekal serasi kerana adanya sikap yang mampu menerima teguran dan tidak mudah mengambil hati. Sudah lebih sepuluh tahun umur persahabatan mereka. Kini mereka sama-sama menyewa di sebuah rumah memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama, cuma bahagian yang berlainan.

“Rissa kau kenal tak Zahin?” Preity bertanya kepada Marrisa yang sedang khusyuk bermain permainan di fac.

“Itu bos Nadia. Aku selalu jumpa dia kat mesyuarat bulanan. Ketua bahagian marketing. Kenapa?” tanpa mengalihkan mata dari screen, Marrisa menjawab persoalan temannya.

“Kalau nak tanya apa-apa baik kau tanya je dengan Rissa tu. Zahin tu teman tapi mesra dia.” Nadia menyahut dari dapur.

“Betul ke Rissa?” soal Preity.

“Tak ada maknanya. Aku cuma keluar kadang-kadang je dengan dia. Itu pun kalau nak bincang apa-apa.” Terang Marrisa, dia malu mahu mengaku yang dia dan Zahin kini bukan lagi di tahap teman biasa. Mereka sudah masuk ke fasa baru. Fasa yang melibatkan perasaan yang lebih dalam.

“Jadi dia macam mana? Baik tak?” Preity menyoal Marrisa tentang targetnya yang baru itu.

“Baik la jugak. Tapi kalau kau bercita-cita nak menjerat dia, aku rasa baik kau lupakan saja. Dia tu dah banyak perempuan yang kejar.” Marrisa sedikit menghalang.

“Tak adalah aku berniat begitu, tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam something bila ternampak dia. Kau betul tak ada apa-apa denga Zahin tu Rissa?” Preity bertanya. Sungguh, demi kawannya itu dia sanggup korbankan perasaanya.

Apa yang Marrisa boleh jawab. Hanya dengan gelengan sahaja. Dia dan Zahin tak pernah mengikat janji. Cuma memahami dari gerak tubuh masing-masing. Dia tak pasti, adakah benar ada cinta Zahin untuknya atau dia sahaja yang perasan sendiri. Lelaki bekerjaya dan handsome macam Zahin, mahukah memandang dirinya. Walaupun dia setaraf dengan Zahin kalau mengikut jawatan yang di sandang, tapi dari segi supa paras Preity dan Nadia mengatasinya.

Preity kelihatan tersenyum bahagia melihat gelengan itu. Kejadian petang tadi, sewaktu Zahin membantunya di tempat parkir mula bermain di minda. Terserlah ciri-ciri kelelakian Zahin bila membantunya menukarkan tayar kereta yang pancit. Entah ada yang mendengki atau kebetulan dia tak tahu. Tapi yang dia tahu, Zahin begitu handsome dan sangat menggoda perasaan wanitanya.

Marrisa merenung wajah Zahin yang kelihatan seperti biasa sahaja. Tiada tanda-tanda seperti angau atau apa. Mungkin cuma Preity yang berperasaan sendiri. Lelaki itu kelihatan khusyuk menghadap makanannya. Cuma Marrisa sahaja yang kelihatan tak berselera menjamah makanan itu. Tangannya cuma menguis-nguis makanan dalam pinggan.

“Rissa, kau tak nak makan ke?” tanya Zahin. Selalunya wanita ini tak pernah menolak makanan. Keadaan kerjanya yang selalu sibuk menyebabkan Marrisa jarang dapat makan dengan tenang. Selalu terburu-buru menghabiskan makanan. Kalau tak mampu pasti dia akan membungkusnya sahaja. Kini Marrisa bagaikan kehilangan rentaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience