BAB 7

Other Completed 4289

Pagi itu terasa sungguh berbeza daripada pagi-pagi yang sebelumnya. Alisya hanya berkurung dalam bilik. Kalamullah yang sudah lama tersimpan di atas meja itu menjadi zikir di mulutnya, halwa di telinganya dan penawar di hatinya. Ketenangan yang dicarinya selama ini ternyata sentiasa ada bersama dengannya. Cuma, dia tidak pernah mencari ketenangan yang abadi daripada As-Salam, Maha Sejahtera.

“Sadaqallahul ‘Azim…”

Al-Quran Kareem itu ditutup lalu diletakkan rapi di atas mejanya. Alisya mula menolehkan pandangannya ke arah katil. Ditenungnya, jilbab dan sarung tangan yang dihadiahkan oleh Busyra petang lalu. Kembali dia teringatkan suasana usrah di masjid bersama dengan muslimah yang lain di masjid. Itulah kali pertama dia menyarungkan tudung di kepala.

“Ya!!! Aku perlu tamatkan semua ni…”

Monolog Alisya.

Telefon pintar yang tersimpan rapi di atas katilnya itu lalu digapai. Dicarinya nama Farid untuk dihubungi.

“Hello…Alisya…”

Farid membuka bicara sebaik menerima panggilan.

“Assalamualaikum, Farid.”

“Err…Waalaikumsalam. Kenapa you ni? Tiba-tiba je call I.”

Ujar Farid.

“Oh. Minta maaflah kacau you. Sibukkan…Tak apa. You jangan risau. I takkan pernah kacau you lepas ni. Ini adalah panggilan terakhir antara kita berdua. Lepas panggilan ni, kita bukan sesiapa. Melainkan saudara seagama sahaja!”

“Ah!!! What!!! Alisya, apa yang you cakap ni? You minum eh.”

Sentak Farid mendengar penjelasan daripada Alisya.

“No!!! I tak pernah minum. Ingat tu. Dan ini serious. Cukuplah selama ni kita bermaksiat tanpa kita sedar. I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you. Enough until here!!”

“Hah…Stop joking lah Alisya. Sudahlah…Merepeklah you ni!!!”

Tegas Farid

“I tak merepek. Terserahlah, you nak terima atau tak. Oh, baru I sedar. You dah jumpa fon, ya. Hah…Itu bukan masalah I pun. Assalamualaikum.”

Bicara Alisya lalu menamatkan panggilan.

Lega. Itulah rasanya setelah meluahkan kehendaknya kepada Farid. Apa yang akan terjadi seterusnya, Alisya serahkan kepada Allah SWT. Pandangannya mula beralir ke arah hadiah daripada Busyra. Jilbab yang berada di atas katil itu didapatkannya. Perlahan-lahan dia menuju ke arah cermin. Dengan senyuman, Alisya cuba untuk menyarungkan selendang mengikut kaedah yang diajarkan oleh Busyra tempoh hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience