BAB 3

Other Completed 4289

Sebaik tamat kuliah, Alisya terus menuju ke kafeteria. Kebiasaannya, Alisya akan menunggu Farid di situ dan mereka akan pulang bersama.

“Hei…Kenapa monyok je ni?”

Sapa Farid yang baru tiba di kafeteria.

“Kenapa you tak call I langsung dua hari lepas ha? Sibuknya mengalahkan perdana menteri. Mesej pun tak. You langsung tak nak ambil tahu keadaan I kan!!!”

Kata Alisya dengan wajah yang mencebik.

“You ni…Takkanlah sebab I tak call, you merajuk. I punya fon hilang masa balik club hari tu. Entah ke mana…”

Jelas Farid.

“Itulah you, mabuk sangat sampai lupakan I. You tahu tak apa jadi dekat I malam tu? I hampir diratah manusia binatang malam tu!”

Farid sekadar tersentak begitu sahaja. Baginya, tiada apa-apa yang perlu dikisahkan sekiranya kejadian itu berlaku. Namun, demi menjaga hati Alisya, Farid meluahkan rasa kesal dan simpati di atas apa yang terjadi kepada Alisya.

“Dahlah…Jom balik.”

Ujar Alisya.

Farid terdiam. Wajahnya berubah menjadi tidak keruan. Alisya memandang Farid dengan riak aneh.

“You ni kenapa?”

“Erm…Sebenarnya, hari ni I tak boleh hantar you balik. I ada urusan lainlah…Sorry.”

Jelas Farid kepada Alisya.

Kening Alisya berkerut. Nafasnya dihembus tanda kesal. Dirinya tidak mampu menghalang Farid daripada berbuat demikian. Jadi, Alisya hanya mampu membiarkan Farid pulang sedangkan dirinya terus menunggu ketibaan pemandu peribadinya tiba.

“Eh…Alisya. Assalamualaikum.”

Sapa seorang gadis.

Wajah Alisya yang tadinya tegang terus mengukir senyuman sebaik melihat insan yang pernah menyelamatkannya.

“Busyra. Awak buat apa dekat sini?”

Ujar Alisya dengan teruja.

Alisya menjemput Busyra duduk.

“Awak tak jawab salam saya lagi…”

Kata Busyra lembut.

Tersenyum Alisya malu lalu menjawab salam daripada Busyra.

“Tak adalah…Saya baru pindah ke kampus ni. Tak sangka awak pun belajar dekat sini….”

Jawab Busyra.

Suasana tiba-tiba menyepi. Alisya yang dari tadi terdiam terus merenung ke arah sarung tangan berwarna hitam yang dipakai oleh Busyra.

“Alisya??? Awak termenung apa tu?”

“Oh..Tu, yang awak pakai dekat tangan awak tu…Kan awak dah pakai baju lengan panjang, buat apa awak pakai yang tu lagi. Panaskan…”

Tersenyum Busyra mendengarkan ungkapan Alisya. Busyra sedar Alisya ialah insan yang kurang tarbiyah agama. Busyra memikirkan aturan kata-kata yang sesuai untuk menjawab pertanyaan Alisya.

“Alisya…ini sarung tangan. Betul, saya dah pakai baju lengan panjang. Tapi, lengan panjang ni tak memastikan yang kulit tangan saya tertutup. Kan kita wajib tutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali tapak tangan dan muka. Jadi, tangan ni pun aurat. Memanglah panas tapi, neraka lagi panaskan…”

Jawab Busyra.

“Hmm… sarung tangan ye…”

Jawab Alisya lalu terdiam.

“Alisya… awak tahu tak. Martabat kita ni sangat tinggi. Rasul tercinta kita, Muhammad SAW yang menaikkan martabat kita. Dulu, perempuan dibunuh, dirogol sesuka hati, dijadikan hamba dan manusia anggap perempuan ni bawa sial. Bayangkan, perempuan dahulu sanggup menjahit kemaluan mereka untuk menjaga maruah diri mereka. Hari ni, kita tak perlu pun nak buat macam tu. Sebab, ajaran Islam yang mengangkat darjat perempuan sampaikan dalam Al-Quran ada satu surah khas tentang perempuan, Surah An-Nisa’. Allah dah terangkan kepada kita tentang pemakaian dan pergaulan untuk kita. Nampak tak, betapa Allah nak jaga kita sebab Allah tahu perempuan itu perhiasan dunia. Perempuan itu fitnah dunia tapi, yang solehah itu bidadari dunia…”

Jelas Busyra dengan penuh hikmah.

Terdiam Alisya mendengarkan kata-kata daripada Busyra. Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kata-kata daripada Busyra.

“Patutlah…Awak cantik. Bidadari dunia rupanya di hadapan saya ni…”

Ungkap Alisya.

“Ha? Saya tak layak mendapat gelaran tu. Alisya? Awak tak nak jadi bidadari dunia? Allah tu, sayang sangat dekat hamba Dia. Innallaha Maa’na. Allah bersama dengan kamu. Dia tak pernah tinggalkan hambaNya sendiri dalam kegelapan. Cuma kita yang sentiasa lari daripada cahayaNya.”

Ujar Busyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience