BAB 4

Other Completed 4289

Lama mereka berbual di kafeteria. Alisya langsung tidak berganjak dari kafeteria. Sungguh hatinya rasa tenang tatkala mendengar kata-kata Busyra.

Petang itu, Alisya disekat oleh bondanya daripada keluar. Gadis itu mula memberontak kerana kehendaknya disekat.

“Bonda…Lisya nak keluarlah…”

“Alisya!!! Dengar cakap bonda baik-baik. Bonda takkan sekat Alisya keluar rumah kalau Alisya tak balik lewat malam. Bonda dah puas tegur Alisya, tapi Lisya tetap liar…”

“Liar? Mana ada. Lisya tak minumlah. Pergi club je dengan Farid. Dia boleh jaga Lisya lah…”

“Itu satu lagi. Bonda tak nak, Alisya rapat dengan Farid. Cukup sampai sini saja!!! Dia bukannya jadikan Alisya lebih baik, tapi makin menjadi-jadi. Putuskan hubungan dengan dia. Faham!!!”

Tegas bonda.

Alisya terdiam seketika. Wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan keputusan daripada bondanya.

“Bonda tak boleh buat Alisya macam ni. Ini keputusan Alisya!!!”

Tengking Alisya lalu terus keluar daripada rumahnya.

“Alisya!!! Alisya!!! Nak ke mana tu? Bonda kata jangan keluar!!!”

Jeritan bondanya tidak meninggalkan kesan. Alisya tetap dengan pendiriannya. Dia terus meluru keluar tanpa arah tuju. Langkah kakinya terus berjalan tanpa henti. Dalam langkahnya, Alisya tidak henti-henti menitiskan air matanya. Kata-kata daripada bonda masih terngiang-ngiang di telinganya.

Alisya berhenti di sebuah taman tasik. Kerusi batu yang tersedia di situ menarik Alisya untuk duduk di atasnya. Bertemankan tasik, Alisya cuba untuk tenangkan dirinya. Uraian air matanya masih belum berhenti mengalir.

Sejenak, dia membelek telefon bimbit yang berada dalam genggamannya dari tadi. Butang hijau pada telefon bimbitnya ditekan sebaik nama Farid dijumpainya pada telefon bimbitnya.

“Hello…Farid…”

“Eh, Alisya! …..You menangis ke?”

“Erm…I ada problem. Please come here…”

“Ha! Sorry, I tak dapat datanglah. I sibuk sangat ni. I tengah attend event mummy. Relax, ok. Alisya???”

Ujar Farid.

Alisya terdiam seketika. Dalam hatinya penuh rasa kesal kerana Farid tidak mampu untuk menenangkannya saat itu. Alisya cuba untuk memahami Farid.

“Oh, ya. Ok, fine. Bye.”

Balas Alisya pendek lalu terus menamatkan panggilannya.

Alisya kembali terdiam. Tasik yang kebiruan itu direnungnya. Seketika dia tersedar bahawa air matanya mula berhenti. Keadaan yang sunyi itu dipecahkan oleh satu suara dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience