BAB 11

Other Completed 4289

Menitis air mata Alisya setiap kali membaca kalam runcing daripada Busyra. Sudah 6 tahun berlalu. Itulah bingkisan pertama dan terakhir daripada Busyra. Perkenalan dengannya cukup singkat. Namun, didikan tarbiyah yang disemai oleh Busyra kekal hingga hari ini. Alisya tahu, untuk mencari sahabat seperti Busyra itu bagaikan mencari mutiara di lautan yang luas.

“Rancangan Allah cukup indah…Dia melihat aku sendiri dalam kegelapan. Kemudian, dia titipkan aku bidadari yang penuh dengan cahaya. Cahaya itulah yang memimpinku kembali ke lorong Hidayah. Aku tahu, bidadari itu Cuma titipan. Engkau mengambilnya kembali kerana Engkau tahu aku sudah mampu untuk melalui lorong ini dengan cahaya yang ditinggalkannya…Alhamdulillah,” bisik hati Alisya.

“Mama…Menangis, ya?”

Sapa Busyra dari belakang.

“Taklah…Mama bahagia. Sebab mama jumpa dengan bidadari…”

Ujar Alisya kepada puterinya.

“Ha? Bidadari? Mana? Busyra pun nak jumpa juga…Siapa mama?”

Soal budak itu dengan penuh rasa teruja.

Tertawa kecil Alisya melihat riak wajah puterinya yang begitu ingin tahu tentang bidadari.

“Ni…Depan mama ni. Inilah bidadari mama. Busyra. Tak adalah, mama gurau je, sayang.”

Ungkap Alisya dengan senyuman.

Busyra mencebik

“Mama ni, suka bergurau. Mama, tadi papa panggil. Kita nak keluar kejap lagi…”

Ujar Busyra.

“Ye lah, sayang. Busyra pergi siap-siap dulu…”

Kata Alisya kepada Busyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience