BAB 6

Other Completed 4289

Alisya percaya, Busyra mampu menenangkan hatinya yang dilanda badai itu. Lalu, Alisya menceritakan segalanya kepada Busyra. Malu. Itu memang dirasakan oleh Alisya kerana cerita hidupnya pasti jauh beza dengan kehidupan Busyra. Namun, Alisya tahu Busyra bukanlah manusia yang suka merendahkan orang lain. Busyra setia mendengar setiap ungkapan yang keluar daripada mulut Alisya

“Nah…ambil ni.”

Busyra menghulurkan sapu tangan berwarna violet itu kepada Alisya. Melihatkan air mata yang berjuraian itu, Busyra memahami hati dan perasaan Alisya ketika itu.

Sapu tangan itu disambut oleh Alisya. Dengan lembut, dia mengesat air mata yang membasahi pipinya.

“Alisya… kalau kita sedih, kita perlukan sesuatu yang menenangkan. Itu fitrah manusia. Dalam Surah Ar-Rad ayat 28. Allah berfirman ‘Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi tenang’. Allah adalah pemilik kesejahteraan. DaripadaNya kita memohon kesejahteraan. Kalaulah masa lapang kita buat maksiat, masa sempit kita nanti siapa yang nak bagi kesejahteraan, ketenangan, kemudahan. Kalau bukan Allah. Sebab tu, masa kita sihat, ada masa lapang, kita berusaha melawan nafsu daripada maksiat yang menjadikan Dia murka kepada kita. Takut-takut, kesengsaraan, kesempitan, kesusahan yang kita alami itu kafarah kepada dosa kita…”

Ujar Busyra.

“Jadi…Apa yang saya patut buat sekarang?”

Soal Alisya.

“Tinggalkan maksiat. Bertaubatlah. Bukan Alisya je yang perlu bertaubat. Saya pun perlu bertaubat. Setiap manusia sentiasa buat silap. Tinggalkan lelaki yang menawarkan cinta berselimut nafsu itu. Turuti perintah ibu yang pada kakinya terletak syurga, yang pada rahimnya pernah menanggung diri kita 9 bulan tanpa putus asa.”

Jelas Busyra.

Tergamam Alisya.

“Hmm…Susah awak. Susah.”

Ujar Alisya.

“Jodoh itukan ketetapan Allah. Sekarang bukan masanya untuk awak bermain cinta sedangkan masih banyak urusan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Alisya nak tahu tak? Nanti, akan datang satu hari tiada naungan selain naungan Allah SWT. Pada saat itu hanya ada 7 golongan yang mendapat naungan Allah. Antaranya, lelaki yang menolak ajakan perempuan berzina atau perempuan yang menolak ajakan daripada lelaki. Lalu mereka berkata ‘Inni Akhafullah’ Aku takut kepada Allah. Macam mana Alisya nak mencintai makhluk lain sedangkan awak masih belum cukup mencintai diri sendiri? Macam mana awak nak mencintai diri sendiri sedangkan awak belum cukup mencintai Allah SWT? Dia kan Pemilik Cinta…”

Ujar Busyra.

Sedar tidak sedar, air mata Alisya mula mengalir. Kali ini, Alisya menitiskan air mata penyesalan atas segala maksiat yang dia lakukan selama ni. Busyra yang melihat keadaan Alisya yang menangis lagi, terus mendakap rakannya itu. Dakapan daripada Busyra itu disambut oleh Alisya dengan hati yang terbuka.

“Ya Allah…Inikah titipan daripadaMu kepadaku agar aku kembali kepadaMu. Ya Rabb.”

Bisik hati Alisya tatkala menitiskan air mata dalam dakapan Busyra.

Busyra memberi masa kepada Alisya untuk meredakan esakan tangisnya. Seketika, Busyra menjerling ke arah jam tangannya.

“Busyra ada urusan ye. Pergilah…Saya baik-baik saja dekat sini.”

Kata Alisya.

Busyra terdiam memikirkan sesuatu lalu berkata…

“Hmm. Jom, ikut saya.”

“Ha? Nak ke mana?”

“Awak kan tengah mencari ketenangan…Jomlah ikut saya…”

Busyra menarik tangan Alisya. Harapannya Alisya menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience