BAB 1

Other Completed 4289

“Andai tangan ini dapat mencapai pelangi di langit. Andai diriku dapat terbang ke angkasa. Pasti aku akan melakar namamu di sana. Dengan itu, seluruh dunia tahu betapa bahagianya imanku kerana memiliki saudara sepertimu.”

Alisya menamatkan coretan diarinya. Lalu, kalam berwarna merah jambu itu ditutup rapi. Sejenak, dia merenung ke arah langit yang membiru dihiasi kapas-kapas awan. Tersenyum gadis itu dek teringat kisah lampau persahabatannya yang masih harum di benak hatinya. Sehinggakan tanpa sedar, air mata mula bergenang di kelopak matanya.

Remaja. Itulah zaman yang dilalui oleh Alisya ketika dia asyik bermain cinta bersulam nafsu. Hidupnya ketika itu seakan-akan tidak bertuhan. Siang dan malam hanya memikirkan dia yang bernama kekasih hati, Farid. 3 tahun menjalin hubungan cinta tanpa memikirkan halal dan haram menjadikan Alisya buta untuk melihat jalan kebenaran.

“Farid…Dah tengah malam ni. Jom kita balik…Nanti bonda I berleter. Tak sanggup I nak tadah telinga dengar ceramah dia…”

Pujuk Alisya kepada Farid. Saat itu mereka asyik menari di dalam sebuah pusat hiburan di ibu kota.

“Hmm…Nak balik dah? Relaxlah…Baru 12.00 malam. Nanti I hantar you balik. Ok?…”

Jawab Farid dalam keadaan separuh mabuk.

Alisya dan Farid sering bertandang ke pusat hiburan setiap kali malam minggu. Bonda kepada Alisya, Puan Izzah sudah berkali-kali menegur malah mendenda anak gadisnya dek perbuatan liar Alisya. Namun, sedikitpun tindakan bondanya itu tidak terkesan kepada perangai Alisya. Alisya yang merupakan anak tunggal yang sudah ketiadaan bapa ini bukannya anak yang nakal pada mulanya. Dia sangat sopan, baik budi pekerti.

Namun, setelah bapanya meninggal dunia, gadis 19 tahun itu seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan sehingga hampir hilang kewarasan akal disebabkan oleh tragedi yang menimpa bapanya. Kehadiran Farid dalam hidupnya seakan-akan mengembalikan keceriaan hidup Alisya. Perkenalannya dengan Farid bukan sahaja menyemai rasa cinta dalam hatinya, sekaligus mengubah gaya hidup Alisya.

“Sudahlah tu. Dah berapa banyak botol you minum ha! Stop it…Jom balik!!!”

Tegas Alisya kepada Farid yang asyik menikmati minuman haram itu dalam keadaan mabuk.

“Ish…You ni, dari tadi nak balik. Esok cuti kan….Tak payah bising-bisinglah. I nak bagi you minum, you tak nak. Lebih baik you diam…”

Jawab Farid sambil menunjuk-nunjuk gelas minuman alkohol itu kepada Alisya.

Memang Alisya hanya menurut Farid ke mana sahaja dia pergi. Namun, prinsip Alisya begitu kuat iaitu dia tidak akan sesekali minum sebarang minuman di pusat hiburan.

Alisya bengang dengan jawapan daripada Farid. Dia tahu, Farid sudah mabuk sepenuhnya.

“Kalau macam ni, sampai ke pagi pun dia takkan hantar aku. Lebih baik, aku balik sendiri…”

Monolog Alisya memikirkan sesuatu.

Setelah fikir sepuas-puasnya, Alisya lantas bangun meninggalkan tempat itu.

“Eh..You nak pergi mana tu?”

Sapa Farid dalam keadaan yang longlai.

Alisya tidak mengendahkan Farid dan meneruskan langkahnya keluar dari sangkar maksiat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience