BAB 12

Other Completed 4289

Setelah Busyra mendapat tahu bahawa Alisya memerlukan jantung untuk terus hidup. Busyra tekad untuk mendermakan jantungnya kepada Alisya. Ketentuan Allah itu memang tepat. Jantung Busyra sangat sesuai untuk Alisya.

Busyra fikir semasak-masaknya sebelum menjalani pembedahan. Dia tidak mahu pergi begitu sahaja. Lantas, Busyra menitipkan wasiat kepada Alisya. Antaranya, Busyra ingin Alisya menjadi isteri kepada abangnya kerana Busyra tahu abangnya mampu untuk mendidik dan menjaga Alisya sepertimana menjaga dirinya sebelum ini. Hasil pernikahan mereka, maka lahirlah seorang puteri sebagai cahaya mata sulung dalam keluarga mereka. Lalu, dinamakan puteri itu ‘Saidatul Busyra binti Basheer’.

Alisya terus menjalani kehidupan tanpa kehadiran Busyra di sisi. Namun, darah yang mengalir di tubuhnya serta jantung yang berdegup dalam tubuhnya membuatkan dirinya terasa begitu dekat dengan Busyra. Kehidupan harus diteruskan. Alisya reda dengan jalan takdir yang dilaluinya kerana dia tahu bahawa masanya juga akan tiba nanti.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya, rancangan Allah itu jauh lebih baik kerana Dia Maha Mengetahui. Adakala, jalan takdir itu tidak seperti yang kita rancangkan. Usahlah bersedih, sebaliknya bergembiralah kerana Allah sedang merancang untukmu rencana yang indah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience