BAB 8

Other Completed 4289

“Subhanallah…MasyaAllah. Cantiknya bidadari dunia…Kenapa aku tak pernah sedar selama ni?”

Monolog Alisya. Tanpa sedar air mata mula bergenang di kelopak matanya. Sungguh terharu gadis itu melihat dirinya berjilbab. Indah dirasakannya saat syariat Allah dihidupkan.

Berhijrah itu memang banyak halangannya. Bagi Alisya, halangan itu bukan titik noktah tetapi cabaran untuk menjadi lebih baik. Alisya bersyukur kerana dia dikelilingi oleh Busyra dan ramai lagi rakan-rakan yang menyokong perubahannya itu. Malah, Alisya senang hati mengikuti halaqoh bersama dengan Busyra di masjid bersama-sama. Dari situ, Alisya menambahkan ilmu-ilmu agamanya yang selama ini dia pandang sebelah mata. Dia mula melabuhkan tudung, mengenakan sarung tangan dan memakai stoking setiap kali keluar. Setiap detik, Alisya berasa senang bersama dengan Busyra.

Sudah 2 minggu setelah Alisya berhijrah. Bonda kepada Alisya turut senang hati melihat perubahan pada diri puterinya. Sungguh si ibu bersyukur dan sentiasa berdoa agar Alisya terus kekal dalam penghijarahannya.

Malam-Malam yang diharungi oleh Alisya kini bertemankan tangisan keinsafan. Tikar sejadah menjadi saksi sujudnya hamba Allah yang istiqamah dengan taubatnya. Tekad di hatinya ingin melengkapkan 30 hari 30 malam Tahajjud di sepertiga malam.

“Awak dah habis kelas?”

Soal Busyra.

“Alhamdulillah. Jom, kita pergi sekarang.”

Ujar Alisya.

Seperti kebiasaannya mereka akan terus ke masjid setelah tamat kuliah.

“Jom..”

Belum sempat masuk ke dalam kereta. Satu suara memanggil Alisya dengan keras.

“Alisya!!!”

Mereka berdua menoleh mencari-cari pemilik suara itu. Terbeliak mata Alisya melihat kelibat Farid dengan wajah yang tegang.

“Ada apa lagi Farid? Kan I dah bagitau yang kita dah tak ada apa-apa hubungan.”

Ujar Alisya dengan tenang.

“Senangnya. Macam tu je. You ingat I ni sampah. Boleh buang suka hati you?”

“Bukan you je, I pun sampah. Tapi dulu. Sekarang I cuba untuk jadi berlian. I nak keluar daripada kehidupan sampah kita dulu. Sedarlah Farid. Selama ini kita bermaksiat dengan cinta kita. Tak gunalah Farid. You kena terima semua ni, macam I terima semua ni. Memang susah, Farid. Tapi, you kena kuat. In Sya Allah, Allah akan tolong kita…”

Jelas Alisya.

Dalam diam, dia cuba untuk menarik Farid ke jalan yang sedang dilaluinya. Jalan yang penuh cahaya bukannya kegelapan yang nyata.

“Heh!!! I bukan nak dengar ceramah. I nak ambil you daripada perempuan tu!!! Dia kan yang dah rampas you daripada I!”

Tegas Farid. Tergamam Busyra apabila dirinya ditunjuk sebagai perampas.

“Farid!!! I tak nak berkasar dengan you. Tapi, you dah paksa I untuk berkasar. Dia, Busyra. Bukan dia yang rampas I daripada you. Allah!!! Allah yang tarik I, keluar daripada sarang maksiat.”

Tegas Alisya.

“Alisya..”

Panggil Busyra dari tepi sambil menggeleng. Busyra tidak mahu keadaan menjadi kelam kabut. Dia yang melihat keadaan tegang antara Alisya dan Farid berniat tidak mahu masuk campur. Lalu, beredar menuju ke arah kereta yang terletak beberapa langkah dari situ.

“Sudah!!! I tak nak dengar semua ni..”

Tengking Farid.

Tanpa sedar, tangan kirinya sedang menggenggam sebilah pisau. Alisya perasan tingkah Farid yang cuba menghunus pisau itu ke arah Busyra.

“Busyra!!!”

Alisya menjerit memanggil nama Busyra supaya berhati-hati. Busyra yang mendengar lantas menoleh.

Alisya sedar, jeritannya sahaja tidak cukup. Lalu, Alisya mempercepat langkahnya menepis tikaman daripada Farid. Alisya cuba menghalang. Namun, malang tidak berbau. Pisau yang dihunus oleh Farid tertusuk badan Alisya.

Tergamam Busyra melihat keadaan Alisya tertusuk pisau di dada sebelah kirinya. Segalanya berlaku sekelip mata dan Busyra tidak mampu berbuat apa-apa. Dirinya masih terkejut dengan situasi tersebut. Dia seakan-akan tidak percaya akan kejadian tersebut. Busyra melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana pisau itu ditusuk oleh Farid.

Farid bagaikan tidak keruan. Bukan niatnya untuk menikam Alisya. Langkahnya menjadi tak teratur. Farid lantas meninggalkan tempat itu.

“Aaahhhh…Hhhh…”

Getus Alisya kesakitan.

Darah terus-menerus mengalir tanpa henti. Busyra terus merebahkan dirinya mendekati Alisya.

“Alisya…Ingat Allah. Kita kena ke hospital sekarang. Awak kena kuat, Alisya.”

Ujar Busyra di telinga Alisya. Melihat keadaan Alisya yang perit menahan kesakitan, Busyra tidak dapat menahan air mata yang mula bergenang.

Dengan penuh kudrat Busyra memimpin Alisya menuju ke dalam kereta. Lemah. Itulah kondisi Alisya ketika itu. Hanya bisikan kekuatan daripada Busyra yang sedikit sebanyak memangkin semangatnya untuk teruskan langkah menuju ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience