BAB 10

Other Completed 4289

Puan Izzah, bonda kepada Alisya tiba seketika setelah dikhabarkan keadaan Alisya. Sebaik tiba di hospital, Alisya terus dimasukkan ke ruang kecemasan. Busyra yang melihat kejadian yang menimpa rakannya itu lantas menceritakan segalanya kepada Puan Izzah. Jelas kelihatan riak geram pada wajah bondanya terhadap lelaki bernama Farid. Puan Izzah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di atas kemalangan yang menimpa puterinya itu. Apa-apapun, mereka ingin memastikan keadaan Alisya benar-benar selamat dan stabil.

Sudah hampir 4 jam Alisya dimasukkan di ruang kecemasan. Melihatkan jam menunjukkan 7.30 petang, Busyra menuju ke surau untuk tunaikan solat Maghrib.

Dalam sujudnya, hanya mengharapkan pertolongan daripada Rabbul Izzati. Busyra tidak henti-henti menitiskan air mata. Air mata pengharapan dan penghambaan kepadaNya.

“Ya Rabb…dia, Alisya Wardina binti Khairuddin. Dia ialah hambaMu yang masih dahagakan ilmu. Masih mendambakan redhaMu. Masih mentah melihat indahnya agamaMu. Maka, Engkau berikanlah dia kesempatan untuk meneruskan kehidupannya di muka bumi ini sebagai bidadari dunia yang sentiasa didambakan oleh setiap insan bergelar wanita. Sekiranya aku tukarannya, aku bersedia untuk berganti tempat dengannya. Sesungguhnya, Engkau telah merancang yang terbaik untuk kami. Aku serahkan segalanya kepadaMu. Ya Rabbal a’lamin…”

Bingkisan doa itu dilafazkan dalam hati Busyra dengan penuh pengharapan kepadaNya. Tangisannya menjadi saksi betapa kasihnya dia kepada sahabatnya itu.

“Kenapa ni, mak cik? Ada apa-apa perkembangan Alisya?”

Busyra yang baru tiba dari surau menjadi tertanya-tanya. Dia melihat keadaan bonda kepada Alisya bagaikan putus harapan.

“Hmm, Alisya…Alisya. Doktor tak boleh nak jamin yang Alisya dapat bertahan. Tikaman pisau tu terkena jantung dia sekaligus, banyak darah yang hilang. Alisya memerlukan darah dan jantung. Masalahnya sekarang, pihak hospital baru sahaja kehabisan stok darah jenis O.”

Jelas bonda kesal.

“Ha!!! Subhanallah…Sekejap. Darah jenis O? Mak cik, saya!!! Jenis darah saya O.”

Ujar Busyra.

Riak bonda juga menjadi lebih bersemangat.

“Busyra…kamu nak dermakan darah kamu? Hmm?”

“Ya. Selagi saya dapat bantu Alisya untuk terus hidup, saya sanggup buat apa saja. Selebihnya kita tawakal kepada Allah.”

Ungkap Busyra.

Kemudian, langkahnya mula diatur menuju ke kaunter untuk bersiap sedia untuk proses pendermaan darah.

“Alhamdulillah. Cik Busyra, kami telah selamat mengambil darah Cik Busyra. Syukur, darah cik dengan cik Alisya sama dan sesuai untuk cik Alisya. Sekarang, cik boleh rehatkan diri sebelum keluar.”

Kata jururawat yang menguruskan pengambilan darah Busyra.

“Alhamdulillah. Jadi, rasanya keadaan Alisya selepas ini bertambah baiklah kan?”

Soal Busyra dengan senyuman.

“Bertambah baik untuk jangka masa yang pendek. Cik Alisya memerlukan jantung. Tapi, In Sya Allah, darah yang akan kami salurkan dalam badan Cik Alisya selepas ini dapat membantu dia untuk bertahan, tapi kita tak tahu sampai bila…Selagi, dia tidak mendapat jantung derma.”

Jelas jururawat tadi.

Tergamam Busyra mendengarkannya. Dia masih belum mampu menghembuskan nafas lega. Busyra terus merenung ke atas sambil terbaring di atas katil memikirkan keadaan Alisya.

“Apa khabar hatimu? Masihkah ia seperti embun di dinihari? Merunduk tawadhuk dipucuk-pucuk daun? Masihkah ia seperti karang di lautan? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian. Apa khabar imanmu? Masihkah ia seperti bintang di malam gelita? Terang -benderang menerangi kehidupan. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjagamu, sahabatku. Teruskan berjuang menjadi bidadari dunia…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience