BAB 2

Other Completed 4289

Keadaan lalu lintas ketika itu sangat sepi. Maklumlah, jam hampir menunjukkan 2.00 pagi. Alisya menanti ketibaan teksi yang baru sahaja dia telefon sebentar tadi. Matanya meliar memandang ke kiri ke kanan. Keadaan yang gelita itu menghadirkan rasa gentar dalam hatinya. Seketika kedengaran bunyi cengkerik memecah suasana sunyi di situ.

Melihat kelibat sekumpulan lelaki meluru ke arahnya menambahkan lagi rasa gentar dalam dirinya. Semakin hampir kelibat sekumpulan lelaki itu kepadanya, semakin jelas suara-suara sumbang yang disuarakan oleh mereka. Dari segi suara sumbang itu, mereka seakan-akan cuba untuk mengacau Alisya.

“Mamat-mamat ni mesti mabuk. Lebih baik aku pergi dari sini…”

Monolog Alisya. Dia bingkas bangun dan berjalan dengan pantas dari situ.

“Nak pergi mana tu….”

Jerit salah seorang daripada sekumpulan lelaki itu.

Alisya menjadi takut lalu membuka langkah seribu. Tindakan Alisya itu menarik perhatian sekumpulan lelaki mabuk itu untuk mengejarnya. Dalam hati Alisya, gundahnya hanya Tuhan yang tahu.

Alisya berlari dengan penuh ketakutan sehinggakan tidak perasan akan batu di hadapannya. Kakinya lalu tersadung. Badan Alisya rebah. Lututnya yang terdedah itu mula mengalirkan darah.

“Aaahh…Sakitnya.”

Jerit hati Amira.

Belum sempat dia bangun, dirinya sudah dikepung oleh sekumpulan lelaki tadi. Ketakutan Alisya semakin menjadi-jadi. Dia tidak tahu nasib apakah yang bakal menimpa dirinya malam itu.

“Tolong!!! Tolong!!!”

Jerit Alisya.

Dia tahu jeritan itu tiada gunanya. Saat pagi-pagi buta itu, siapalah yang melalui jalan itu.

“Hahaha….Panggil siapa adik. Hmm…”

Kata lelaki yang berkepala botak dalam keadaan yang longlai.

Alisya hanya mampu mendiamkan dirinya di situ. Dalam keadaan kakinya yang kesakitan, Alisya hanya pasrah ketika itu. Dia tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana. Satu sentuhan hinggap di bahu Alisya mengejutkan dirinya. Lalu, dengan spontannya, Alisya menepis sentuhan itu dengan kasar.

“Hah!!! Main kasar ye…Aku berlembut dengan kau. Rupanya, kau nak aku berkasar…”

Ujar lelaki berjambang yang sentuhannya ditepis oleh Alisya tadi. Dalam kemarahan lelaki tadi menampar Alisya dengan sekuat hati.

Pang!!!!

Belum sempat lelaki itu menampar buat kali kedua, satu tendangan hinggap dari belakang lelaki itu. Alisya terkejut dengan situasi itu. Dengan penuh tanda tanya, Alisya menoleh wajahnya mencari gerangan yang mematahkan tamparan lelaki biadab itu.

“Hmm…Terima kasih banyak-banyak. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak. Pandai awak berlawan walaupun awak perempuan…”

Ujar Alisya kepada gadis yang membantunya tadi.

“Tak adalah. Saya belajar ilmu silat sejak kecil lagi. Arwah ayah saya ajar. Awak baik-baik saja kan? Saya, Busyra.”

Kata gadis bernama Busyra itu sambil menghulurkan tangan.

“Oh…Saya, Alisya…”

Alisya tidak mampu untuk memandang wajah Busyra dengan lama. Dia berasa malu melihatkan cara pemakaian Busyra yang sungguh sopan dan menenangkan. Sedangkan dirinya, bak kata orang kain tak cukup benang.

“Busyra, macam mana awak boleh tahu saya ada dekat situ?”

Soal Alisya.

Dengan senyuman, Busyra menjawab.

“Sebenarnya, saya baru pindah dekat kawasan ni. Abang saya dapat kerja dekat sini. Saya anak yatim, tak ada mak dan ayah. Sebab tu, saya ikut saja abang. Malam tadi, abang saya tak sihat. Saya keluarlah nak cari ubat dekat mana-mana farmasi. Maklumlah, orang baru lagi dekat kawasan ni. Dalam perjalanan balik, saya tersesat sampailah dekat tempat awak tu…”

Jelas Busyra.

“Nasib baik awak ada…Kalau tak…Hmm, tak tahulah saya.”

“Bukan!!! Bukan nasib baik. Alhamdulillah. Allah yang tolong awak tadi. Saya ni perantara je…”

Jawab Busyra.

Alisya terdiam. Dalam hati, dia membenarkan kata-kata Busyra sebentar tadi.

Alisya tidak tahu mengapa tenang dia rasakan saat berbual dengan Busyra. Mungkin senyuman yang sentiasa menghiasi wajah Busyra. Atau bicaranya yang lembut. Yang pasti, tingkah rakannya itu menarik perhatian Alisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience