BAB 9

Other Completed 4289

Dengan had laju 97 km/j, Busyra memandu menuju ke arah hospital yang berdekatan. Seketika memandu, Busyra sempat menoleh ke tepi melihat keadaan Alisya. Matanya terpejam dengan sungguh kuat. Busyra tahu, rasa tikaman itu sangat pedih.

Lampu isyarat terakhir sebelum memasuki KPJ Metropolitan. Lampu merah memaksa Busyra untuk menghentikan kenderaan. Brek tangan ditarik.

“Huh”

Busyra berasa lega kerana hampir tiba di hospital. Memandang ke sisi, air mata Busyra seakan-akan tidak mampu untuk berhenti.

“Alisya…Saya minta maaf. Saya tak dapat pertahankan awak tadi…Huh…”

Ujar Busyra.

Mata Alisya yang tadinya terpejam, diusahakannya untuk buka. Wajahnya cukup menjelaskan lemahnya badan Alisya ketika itu. Bibirnya mula memucat. Dahinya dibasahi keringat. Perlahan-lahan, Alisya mendapatkan tangan Busyra.

“Busyra, tidak…Bukan salah awak. Inikan takdir Allah. Rancangan Allah itu indah kan…Ahhh…In Shaa Allah, saya kuat. Bidadari dunia kena kuatkan?”

Ujar Alisya sepatah demi sepatah.

Busyra mengangguk sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience