BAB 10

Romance Completed 2989

Terus sahaja ke babak kemuncak. Putera menjumpai Cinderellanya yang sebenar. Yuki a.k.a Cinderella berdiri memandang Putera dihadapannya. Zack melutut dihadapan Yuki.

Entah kenapa Yuki terasa darah menyerbu ke mukanya.

Cool yuki, cool. You can do it. Yuki memberikan semangat pada dirinya sendiri.

“Maafkan beta kerana tak nampak tempat dimana seharusnya kamu berada… Beta harap beta boleh jadi teman sehidup semati juga pengubat kesunyian dihati…” wajah Yuki berubah. Dia sedaya-upaya tidak gelabah.

Ikhwan yang berada dibelakang pentas mula panik. Macam ada yang tak kena sahaja dengan ayat yang dituturkan Zack.

“Skrip… skrip… skrip…” Dia meminta seseorang memberikannya skrip.

Iftitah diam membisu. Dia mula memahami sesuatu. Iftitah menarik Ikhwan supaya berhenti menggelabah.

“Just watch and see…”

“It’s not like the script…”

“I know… Aku yang tulis but apa yang keluar daripada mulut mamat tu adalah luahan hati dia sendiri.”

Ikhwan tercengang.

“Beta juga berharap yang beta mampu membahagiakan kamu, menyeka sedih dan duka, merawat luka dan derita…” Zack mengeluarkan satu kotak baldu dari poket seluar dan membukanya. “Sudi tak kamu jadi permaisuri hati beta?”

“Arrhhh…” penonton rasa tersentuh.

Yuki menghulurkan tangannya dan mengangguk. Zack menyarungkan cincin pada jari Yuki. Ia muat dan padan.

**poopp… **ppoop… semua orang berkumpul, menunduk hormat kepada semua tetamu.

Perlahan-lahan tirai dilabuhkan.

Yuki terus berlalu pergi. Dia terus sahaja mencapai telefon bimbitnya. Dia membaca mesej yang masuk ke dalam peti mesejnya. Dia menanggalkan semua perhiasan yang ada pada tubuhnya dengan pantas. Yuki menanggalkan cincin. “Give it back to Zack.” Ujar

Yuki kepada Hanour kemudian menuju ke tempat dia memakir kereta.

“Yuki bagi.” Ujar Hanour memberikan cincin kepada Zack semula.

“Mana Yuki?” Zack bertanya dengan riak bimbang.

Hanour menjungkitkan bahunya. Zack bergegas keluar daripada dewan. Dalam kegelapan malam dia nampak sesusuk tubuh berjalan ke arah tempat memakir kereta.

“Yuki! Yuki!” Panggil Zack sambil mengejar Yuki.

Yuki tidak mengendahkan panggilan Zack. Dia sebenarnya ada tempat lain yang ingin ditujunya. Dia masuk ke dalam keretanya. Dia terus sahaja memandu pergi.

Zack tidak putus asa. Dia mendapatkan keretanya dan mengejar Yuki. Yuki Nampak tergesa-gesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience