BAB 12

Romance Completed 2989

Datuk Alief Heidy terpana melihat Yuki berdiri dihadapannya. Dia dan beberapa orang rakannya dalam perjalanan ingin ke padang golf. Mereka akan berbincang hal perniagaan mereka sambil bermain golf.

“Yuki…”

“Daddy.”

“What are doing here?”

“I…” Yuki memandang Zack. Dia memberi isyarat agar Yuki menyuarakan isi hatinya.

“Nak jumpa daddy.”

“Why?”

“I miss you daddy. I miss you a lot.” Ujar Yuki dengan linangan air mata. “Daddy jarang balik. Kalau balik pun sekejap. Susah nak jumpa daddy. I just rindukan daddy yang dulu. Daddy yang sentiasa ada bila I perlukan daddy. Sejak mommy tak ada, daddy macam lupakan I. Daddy sibuk dengan kerja. I rasa terbuang.” Luah Yuki.

Datuk Heidy terdiam. Dia cuba untuk menghindarkan diri dari Yuki kerana Yuki sangat serupa dengan arwah isterinya, Estella. Dia menyibukkan dirinya demi melupakan Estella namun tidak disedarinya dia telah melupakan anaknya yang sentiasa memerlukan dia.

Dia memeluk Yuki dengan erat. Kasihan anaknya yang seorang itu. Yuki telah banyak terluka kerananya.

“I’m sorry honey. I’m sorry.”

Masalah Yuki dan ayahnya telah selesai. Datuk Heidy menyuruh Yuki pulang ke

Malaysia dan berjanji akan terus mendapatkan Yuki dan menghabiskan masa dengan Yuki sebaik sahaja urusannya di Jepun selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience