BAB 6

Romance Completed 2989

Hazik mencari-cari kelibat Yuki. Kata Iftitah, Yuki ada di perpustakaan universiti tetapi sudah 3 kali dia tawaf perpustakaan namun bayang Yuki langsung tidak ditemui. Dia keluar daripada perpustakaan. Dia lihat Yuki sedang berjalan menuju ke blok A.

“Mumtaj Yukisha!” Hazrik memanggil nama penuh Yukisha. Dia berlari mengejar Yuki.

Yuki memandang Hazrik. Dia berhenti melangkah.

“Kenapa jadi macam ni?” Tanya Hazik sebaik sahaja sampai kepada Yuki. Wajah Yuki direnungnya dengan lembut. Gadis kacukan itu nampak lembut tetapi hatinya keras juga.

“You think?”

“Kalau pasal you dan Putera Katak you tu… takkan tak boleh settle elok-elok kot?” Tanya Hazik. Rasanya dia pun dah sama dengan yang lain, mengikut Yuki memanggil Zack dengan panggilan ‘Putera Katak’. Dalam hatinya berharap yang Yuki akan memikirkan semula untuk kembali dalam persembahan itu.

“I dah cukup sabar dengan dia selama 6 hari dan I tak sanggup nak sabar dengan dia lagi.

I tak tahan dengan mulut dia yang laser gila. Dia buat I macam patung, macam I ni tak ada perasan langsung. Apa salah I? Apa dosa I pada dia?”

Hazik menahan dirinya daripada ketawa. Dia menggosok hidungnya dan mula berbicara semula.

“Yuki, I tak tau apa punca permusuhan you dengan dia tapi boleh tak you lupakan semua tu sekejap? Kalau bukan untuk I, boleh tak you buat untuk team kita? Everyone is counting on you. Semua berharap yang you balik.”

“Maaf. I tetap dengan keputusan I. I tetap jadi penolong pengarah projek untuk dinner ni but sorry, not the Cinderella.”

Yuki berlalu meninggalkan Hazrik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience