BAB 8

Romance Completed 2989

Mereka yang sedang berlatih untuk persembahan berhenti berlatih.Yang lain mengemas beg untuk pulang. Zack meneguk air botolnya sambil matanya tak lepas memandang ke suatu sudut dewan itu. Iftitah menghampiri Zack dengan muka takut-takut.

“Can I ask you a favor?” Tanya Iftitah kepada Zack.

“Apa?” Tanya Zack sambil menyimpan barang-barangnya ke dalam beg.

“Err…” Iftitah memandang Yuki kemudian memandang Zack.

“Apa dia?”

“Tolong angkat Yuki and tolong hantar dia balik.”

“Kenapa aku pulak yang kena? Apa pasal tak suruh yang lain? Orang lain baik kan? Aku ni jahat.”

“Err… sebab kau lelaki. Kau boleh angkat dia. Lepas tu kau ada lesen kereta dan ada kereta untuk tolong bawak aku dan Yuki balik. Tolonglah… takkan kau sampai hati nak biarkan dia tidur kat sini.” Rayu Iftitah.

“Hmm…” Zack memandang sekeliling. Ramai dah pulang ke rumah dan kolej. Yang tinggal hanya 2, 3 orang sahaja. “Ni kunci kereta aku. Pergi bukak kereta. Masukkan beg aku sekali. Kereta aku kat tepi dewan ni je.” Ujar Zack menyerahkan beg dan kunci keretanya kepada Iftitah.

“Ok…” Ujar Iftitah gembira.

Zack menghampiri Yuki yang tidur lena berbantalkan lengannya. Zack memerhatikan Yuki agak lama. Gadis itu berjaya menarik perhatiannya. Tapi entah kenapa setiap kali dia terpandangkan Yuki dia rasa yang Yuki sedang bersedih walaupun semasa ketawa.

Perlahan dia mencempung tubuh Yuki menuju ke keretanya. Zack memandu kereta Inspiranya.

“Lena betul dia tidur. Tak sedar pun aku angkat dia. Kau sure ke dia tido tu? Ke dia pengsan?”

“Tidur. Positively.” Jawab Iftitah dengan yakin.

“Mana kau tau?”

“Err… Jangan beritahu dia ek?”

“Apa?”

“Aku letak pil tidur kat air dia tadi…”

“What?! Asal kau buat macam tu?.”

“Well. Yuki… bila risau, bimbang, sedih dan seangkatan dengannya, dia akan sibukkan diri dia. Dan bila dia sibuk, dia jadi gila kerja. Bila gila kerja, dia tak ingat makan, minum, tidur dan rehat. Untuk makluman kau wahai si Putera Katak, Yuki dah 3 hari tak tidur. Maka sebagai teman baik yang tak nak tengok dia sakit, terpaksalah aku meletakkan ubat tidur didalam minuman dia.”

“Dia risau? Pasal apa?”

“Bukan risau sebenarnya. Lebih kepada sedih dan jauh hati. Hidup sebagai anak orang kaya ni tak sebahagia mana pun. Macam kes Yuki, dapat jumpa papa dia setahun dalam 3 ke 4 kali je kot. Tu yang dia sedih. Kalau kau nampaklah kan, dia selalu pandang telefon dia. Dia harapkan papa dia telefon dia.”

“Tapi papa dia tak telefon?”

“Yup… dia kesunyian. Mama dah tak ada.”

“Apa gunanya kau? Apa gunanya boyfriend dia?”

“Hmm… aku tak mampu nak ubatkan kesunyian dia. Boyfriend ye? Actually dia serik. Dapat boyfriend exactly like you. Mulut pedas berbisa. Dia rela kesorangan.”

“Macam aku? Kenapa aku rasa yang kau ni mengutuk aku?”

“Ehe. Sorry, sorry… Erkk… Rumah Yuki kat teres 2 tingkat tu… number 7.” Tunjuk Iftitah.

Zack memusing stereng keretanya dan berhenti dihadapan rumah bernombor 7.

“Err… Tolong sekali lagi…” Pinta Iftitah kepada Zack.

Iftitah membuka pintu dan lampu.

“Bilik dia kat tingkat atas.” Ujar Iftitah berjalan mendahului Zack. “Letakkan dia kat atas katil.” Ujar Iftitah membuka lampu bilik Yuki.

Zack meletakkan tubuh Yuki perlahan ke atas katil. Iftitah membetulkan keadaan tubuh Yuki kemudian menyelimutkan Yuki.

“Terima kasih sebab tolong.”

“Ni Yuki dengan siapa?.” Tanya Zack mencapai gambar diatas meja belajar Yuki.

Gambar Yuki bersama seorang pemuda. Tidaklah setampan mana namun kelihatan Yuki

sangat gembira bersama lelaki itu.

“Tu.. Qairoul Zairoul Iqram. Ex-bf Yuki.”

“Ex? Mamat ni ke yang buatkan dia rela kesorangan?.” Tanya Zack sambil menjeling Yuki yang tidur lena.

Iftitah menggelengkan kepalanya.

“Bukan… lelaki nilah yang ajar Yuki erti cinta. Sayangnya dia dah tak ada.” Iftitah tahu hampir semua kisah hidup Yuki.

“Kenapa?”

“Accident. Okey, aku bukan nak halau kau tapi… Ni rumah perempuan. Faham-faham je eh.” Ujar Iftitah mengangkat keningnya.

Zack memahaminya.

“Ok… Ok… Aku blah…”

“Sorry…”

“Its okey…” Ujar Zack berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience