BAB 5

Romance Completed 2989

Hari keenam..

“Sakit kaki akulah!!!” Marah Zack kepada Yuki yang terpijak kakinya ketika merekaberdua berlatih menari. Ini entah kali keberapa Yuki memijak kakinya. Rasa dah macam kaki gajah dirasakannya.

“I tak sengaja.” Tegas Yuki. Ia bukan salah dirinya. Dia akui yang dia bukannya seorang penari yang baik.

“Tak sengaja?! Muka cam kau ni tak sengaja? Kau tau tak dah berapa hari kita berlatih menari? Takkan kau tak pandai-pandai lagi kot?”

“Masa I bukan didedi…” Yuki memandang Iftitah, meminta Iftitah membantunya.

“Didedikasikan.”

“Ya, didedikasikan untuk menari sahaja. I kena belajar banyak perkara selain dance!”

Bentak Yuki.

Iftitah dan Ikhwan sudah menepuk dahi masing-masing. Ada sahaja yang tak kena. Zack dan Yuki tak boleh bertemu muka langsung. Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan mereka berdua berbalah sesame sendiri.

“Alasan. Orang kalau mengada-ngada memang suka cari alasan yang tak logik. Belajar?

Really? Kalau betul belajar takkanlah Bahasa Melayu kau teruk macam ni.”

Pantas Yuki memandang Iftitah. Dia mula bengang dan hatinya panas membara.

“Alasan?! Ifti! Dia kata I buat alasan and dia tuduh I mengada-ngada! I tak boleh terima dia mengata I macam tu. Bahasa Melayu I teruk? At least I tried to speak in Malay…”

Ujar Yuki dengan airmata yang bergenang. Dia pantas menyeka airmatanya. “I’m out from here!” Ujar Yuki turun daripada pentas. Dia mencapai begnya dan ingin keluar daripada dewan itu.

Iftitah pantas mendapatkan Yuki yang melangkah pantas.

“Yuki… Yuki… wait… chop, chop.” Iftitah menahan Yuki daripada terus pergi.

Habislah kalau Yuki dah bengang. Hancurlah persembahan mereka nanti.

“What?!” Tanya Yuki dengan nada suara yang tinggi. Kesabarannya telah hilang dibawa angin.

“Janganlah macam ni… jangan tarik diri. Kalau kau tarik diri tak ada siapa nak pegang watak Cinderella lagi.”

“You suruhlah putera katak tu menari sendiri. I dah fed-up. Hari-hari I kena tahan telinga dengar semua caci-maki dia. Ingat I ni tak ada hati dengan perasan ke?”

“Perasaan…”

“Perasaan ke? Ingat I ni tunggul kayu? I ni manusia. I ada hak kesabaran.”

“Had kesabaran Yuki.”

“Whatever it is. I’m out. Cari orang lain.” Ujar Yukisha berlalu pergi.

Iftitah masuk semula ke dalam dewan dengan wajah masam. Ikhwan mendapatkan Iftitah.

“Macam mana?.”

“Yuki tak nak teruskan. Dia undur diri.”

“What?! Tapi… tapi… ni dah hari keenam… mana sempat lagi nak cari student lain gantikan dia.” Ujar Ikhwan.

“Takkan pasal tu je nak merajuk kot.” Ujar Zack yang berada diatas pentas.

“Yuki bukan merajuk tapi sakit hati. Ada beza.” Ujar Iftitah bengang dengan sikap Zack.

“Cari je pengganti dia…” Ujar Zack sambil mencuri pandang pintu dewan. Dalam hatinya berharap yang Yuki akan berubah fikiran dan datang semula berlatih.

Dia sebenarnya tiada niat untuk membuat Yuki marah tetapi dia tak tahu puncanya, dia secara automatik akan mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan Yuki naik angin.

“Urrhhh… Wan… I’m out. Aku surrender. Kau ceritalah pada Hazrik.” Ujar Iftitah dengan redha. Biarlah lingkup segalanya. Apa nak jadi pun jadilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience