BAB 2

Romance Completed 2989

Yuki mengetuk-ngetuk pen ke atas meja. Dia memandang semua orang. Masing-masing hampir layu. Maklumlah jam sudah menunjukkan jam 12.15 malam. Idea semua sudah lari meninggalkan mereka semua.

“Macam mana ni Zik?” Tanya Ferdhaus dengan mata yang memerah akibat menahan rasa mengantuk.

Hazrik menjungkitkan bahunya. Yuki mengangkat pennya ke udara.

“Cik Penolong ketua projek.” Ujar Hazrik yang tidak tahu nama Yukisha kerana mereka daripada lain program.

“Mumtaj Yukisha. Yuki. I rasa I dah beritahu you buat kali ketiga nama I.” Yukisha mengingatkan Hazrik.

“Ya… ya… Yuki. What is it?” Ujar Hazik. Dia memang pelupa.

“Tema kita ‘dongeng moden’ kan?”

“Ya, so?”

“Why not kita ambil cerita kisah dogeng dulu-dulu that we know dan kita modenkan dia?” Cadang Yukisha. “Kita cebok cerita lama…”

“Cedok Yuki. Cebok tu maksud dia ambil air.” Iftitah membetulkan kesilapan Yuki.

Semua yang ada ketawa kecil. Minah Melayu celop ini kadang-kadang membuat lawak mtanpa dia sendiri sedarinya.

“Sorry, kita cedok cerita lama dan barukan dia.” Sambung Yuki dengan muka selambanya sahaja. Dia sudah biasa diketawakan. Dia akui tatabahasa Melayunya agak lemah kerana dirumah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina adalah bahasa utama keluarganya.

Ajk-ajk lain yang mengantuk, menjadi agak segar sedikit mendengar cadangan Yukisha.

“Macam mana tu? Kisah dogeng yang ada dah cukup sempurna untuk diubah. Yang dulu tetap dulu.” Ujar Najib yang duduk diatas meja.

“I bagi contoh je. Like Cinderella, why not kita tukar sikit jalan cerita dia. Umm… like ingat masa dia lari daripada her prince when clock at 12 and lost her glossy slippers…”

“Kau nak buat glossy slippers tu ke? Nak cari mana?” Tanya Najib.

Nak mencari kasut gelas satu bala pula.

“Of course not… the prince found that shoes and try find the owner, right? Why not kita buat the prince jumpa orang yang sepadan dengan kasut tu…”

“Sama je macam cerita sebenar…” sampuk Qistina.

“I’m not done. The prince found his princess but orang yang sepadan dengan kasut tu bukan owner sebenar kasut tu.”

“Why?” Tanya Hazrik yang berminat dengan cadangan Yuki.

“Because masa Cinderella pakai kasut tu dia letak banyak tisu sebab kasut tu tak muat dengan kaki dia. Wrong size.”

Beberapa ajk lain ketawa kecil mendengar cadangan Yuki.

“Kena gelak la kalau kita buat macam tu…” Ujar Najib.

“But its unexpected right? Moden. Kalau serius sangat cerita orang akan rasa boring.”

“Tapi macam mana pengakhiran dia?”

“I don’t know… tu yang kita kena fikir.” Ujar Yuki agak hampa.

“Cadangan tu boleh pakai tapi bagi aku kita kena perah idea sikit untuk dapatkan keseluruhan cerita tu.” Ujar Hazrik. “Apa kata korang?”

“Aku pun rasa idea tu bagus.” Najib menyokong Hazrik.

“Err… korang dah penat sangat ke? Aku fikir kita try perah idea sikit lagi untuk jalan cerita ni je. Dah dapat jalan cerita, kita serahkan yang lain pada ajk persembahan untuk buat skrip, mengarah, prop and others.”

“Aku boleh lagi sumbang idea.” Ujar Hanour yang masih segar.

“Zik! boleh saya balik tak? Abah dah panggil balik.” Ujar Tiara menunjukkan skrin handsetnya yang tertulis nama ‘abah memanggil’.

“Okey… yang mana nak balik tu boleh balik. Mana yang boleh stay tu staylah.” Ujar Hazrik kepada semua ahlinya.

Beberapa orang ajk perempuan balik. Maklumlah mereka duduk luar, balik dengan menunggang motor pula tu.

“Thanks sebab datang.” Ucap Hazik kepada anak-anak buahnya yang berlalu pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience