BAB 3

Romance Completed 2989

Iftitah menyusun sepuluh jarinya dihadapan Yuki. Wajahnya benar-benar berharap agar Yuki menerimanya. Opss… not that. No, no, bukan yang korang fikirkan. Bukan ye.

“Tolonglah… tolong Yuki. Sekali ni je.” Rayu Iftitah kepada Yuki.

Yuki menggelengkan kepalanya.

“Tak bolehlah Ifti. I tak boleh. You tau kan Bahasa Melayu I tak berapa betul pun. Nanti malu kena ketawa di pentas nanti. Depan yang ada sedikit ni pun I dah cukup malu. Inikan pula nak tadahkan mula diketawakan depan almost two hundred people.”

“Praktis. Praktis make perfect.” Pantas Iftitah menjawab.

“Carilah orang lain. I betul-betul tak boleh.”

“Budak-budak ‘Pentas Digma’ tak boleh tolong sebab diorang sendiri ada persembahan.

Budak-budak budaya pun sama. Mintak student biasa, lagilah diorang tak mau. Nak menghafal apa yang diorang belajar pun payah, inikan pulak nak menghafal skrip.

Memang taklahkan.”

“Ajk lain?”

“Diorang sanggup kalau watak sampingan. Tolonglah Yuki. Kali ini je. Kali ni je.” Rayu Iftitah.

“But…”

“Tolong Yuki. Tinggal beberapa hari je lagi ni. Tolonglah.”

Yuki menarik nafas panjang.

“Ok…” Dia rasa dia pasti menyesal kerana memberikan persetujuan untuk melakonkan watak ‘Cinderella’.

“Yesss.” Iftitah melompat kegembiraan. Berjaya juga dia memujuk Yuki.

“By the way. Siapa yang hold watak putera?”

Kegembiraan Iftitah berlari pergi meninggalkannya apabila dia mendengar pertanyaan Yuki.

“Err…” Iftitah menggaru pelipis telinganya yang tak gatal pun. Idea oh idea, cepat datang jenguk kepala aku ni.

“Siapa? Ajk dinner jugak ke?”

Iftitah menggelengkan kepalanya. Habislah. Macam mana hendak beritahu Yuki? Tak guna kau idea, dimana kau menghilang disaat aku betul-betul memerlukan?

“Student biasa…”

“Siapa? I kenal dia?”

“Err… budak finance, Zakrin Rizki.” Lambat-lambat Iftitah menjawab. Iftitah memejamkan matanya. Dia takut Yuki naik angin dengannya. Yuki agak anti mendengar nama mamat itu disebut apatah lagi melihat bayang mamat itu dihadapannya.

“What?!” Ujar Yuki hampir memekik. Dia memandang beberapa pelajar lain yang memandangnya. Yuki memaniskan muka kepada mereka kemudian kembali memandang Iftitah dengan muka menyinga. “Him?!!!”

“Kau tak tarik diri kan? Tak kan? Tak kan? Jangan eh? Tolonglah…” Rayu Iftitah yang takut Yukisha membatalkan persetujuannya. Dia sememangnya terdesak mencari pelajar yang sanggup memegang watak ‘cinderella’. “Aku akan ajar kau masak kalau kau setuju.” Ujar Iftitah.

Yuki memandang Iftitah. Dia memang ingin belajar memasak. Hari-hari makan benda yang sama dia mula rasa muak.

“I akan tarik diri kalau mamat-bajet-kacak tu buat perangai macam tapir tak bersekolah masa rehearsal nanti.” Ugut Yukisha.

Iftitah hanya menganggukkan kepalanya.

“Start praktis malam ni, pukul 8.30 malam kat dewan utama. Ini skrip kau. Bye-bye.”

Iftitah memberikan Yuki satu salinan skrip dan meninggalkan Yukisha dengan pantas.

Dia tak mahu Yuki merubah fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience