BAB 1

Romance Completed 2989

Semua mata tertumpu pada figura yang satu ini dan Prof Madya Khairul pula memandang setiap satu pelajar dihadapannya. Mereka semua menanti dia bersuara. Dia membuka mulutnya.

“Saya tak tahu macam mana tetapi saya nak kamu buat juga satu persembahan untuk dinner malam fakulti nanti…”

Mumtaj Yukisha meneguk air liurnya. Terasa kelat. Ahh sudah… persembahan la pulak.

Dia jadi ajk majlis makan malam fakulti itu kerana ingin melarikan diri daripada pulang ke rumahnya. Kata Iftitah jadi ajk tak susah mana pun sebab tu dia setuju.

“Tema persembahan mesti sama dengan tema malam aspirasi tu. ‘Dogeng Moden’.”

“Err… Prof!” Zaidatul, pelajar jurusan Perniagaan Antarabangsa semester 3 mengangkat tangannya ke udara.

“Ya?”

“Kena ajk dinner yang kena buat? Maksud saya, kami yang kena jadi pelakonnya ataupun kami boleh mintak tolong student lain?”

“It’s up to you. Terpulang. Saya tak kisah. Asalkan persembahan itu berlangsung juga.”

“Err… Boleh tentang apa saja?” Tanya Hanour, pelajar jurusan Pengurusan Operasi semester 4.

“Asalkan ia berkait dengan tema. Lebih menarik kalau ianya adalah sebuah lakonan.”

“Tapi Prof… Dunia moden sekarang mana ada kisah dogeng.” Ujar Illisak, pelajar jurusan Kewangan semester 5.

Prof. Khairul tersenyum kambing.

“Kamu secara totalnya ada seramai 25 orang. Takkan tak ada satu pun yang mempunyai idea mengenai kisah dogeng moden? Fikir-fikirkan… Yang saya tahu kamu ada buat persembahan. Dah lewat malam ni. Saya balik dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam…”

Semua yang berkumpul pada malam itu adalah ajk majlis makan malam fakulti. Ia merupakan majlis makan malam bagi Fakulti Perniagaan, jadi ajk-ajk yang ada adalah daripada jurusan dan semester yang berlainan dibawah fakulti perniagaan. Mereka semua saling pandang-memandang.

Hanani Marzuki menyembamkan wajahnya keatas meja.

“White flag…” Ujar Hanani sambil melayangkan kertas putih ke udara. Dia sudah kematian akal. Rasanya gear-gear dalam otaknya tak mampu lagi bergerak lagi.

Semuanya sudah berkarat.

“Ajk persembahan… kerja korang.” Ujar Hazrik Latif selaku ketua projek.

“Zik… aku surrenderlah… biasanya dinner fakulti macam ni tak buat persembahan pun…just gimik je sebab ni kan formal dinner.” Ujar Farhan. Seingatnya memang begitulah selalunya. Majlis makan malam formal seperti itu tiada persembahan yang panjang seperti itu.

Natalia menganggukkan kepalanya. Dia setuju dengan apa yang dikatakan Farhan.

“Permintaan tu macam melampau sangat. Kita cuma ada 2 minggu untuk uruskan segalanya. Sempat ke?” Ujar Natalia.

Hazrik mengangguk.

“Aku faham tapi ini adalah arahan bukannya permintaan. Kita kena pastikan semuanya berjalan macam yang Prof nakkan.” Ujar Hazrik. Dia memandang semua orang bawahannya. “Daripada membangkang atau merungut, lebih baik kita semua perah kepala pasal persembahan tu. Kita semua kena fikirkannya. Sebab berjaya atau tak dinner ni adalah ditangan kita. Kalau dinner ni berjaya kita dipuji tapi kalau tak, kita akan dipersalahkan. Ini bukan tentang ajk persembahan je, ini adalah tentang kita semua. Satu jatuh, semua akan jatuh.” Sambung Hazrik lagi.

Kesemua mereka menganggukkan kepala. Kata-kata yang sangat memberi semangat.

“Untuk malam ni aje, kita sama-sama keluarkan idea yang ada. Kita akan ramai-ramai tentukan idea mana yang bagus.”

“Okey! Ketua yang cakap macam tu tak boleh nak bangkanglah kan. So, think, think and think.” Ujar Faerdhaus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience