BAB 7

Romance Completed 2989

Yuki tetap hadirkan diri memantau persiapan majlis makan malam fakulti. Dia perlu ambil tahu perjalanan dinner itu bagaimana. Dia seboleh-bolehnya mengelak daripada bertemu muka dengan Zack.

Yuki memandang Hazrik yang terbatuk-batuk. Dia tidak berapa sihat.

“You ok ke?” Tanya Yuki mengambil berat. Kasihan pula lihat keadaan Hazik. Dia tetap datang walaupun sakit.

Zack yang sedang berehat ditepi pentas memandang Yuki dan Hazik. Hatinya terbakar melihat Yuki dan Hazik berdua. Dia juga bengang kerana Yuki mampu bercakap baik dengan sesiapa sahaja tetapi tidak dengannya. Zack melemparkan tuala kecilnya ketepi.

“Not feeling well. Demam sikit.” Jawab Zack dengan payahnya. Tekaknya terasa kering dan sakit.

“Then why come?”

“To make sure everything done.” Jawab Hazik. Dia terbatuk kecil.

“I kan ada…”

“Yeah… terlupa kejap.”

“Macam mana preparation setakat ni?”

“Ada masalah dengan bahagian peralatan.” Jawab Hazrik menahan batuknya.

“Why?”

“Meja dan kerusi yang kita tempah daripada unit peralatan tak cukup macam dalam plan yang asal.”

“Huh? Why?”

Yuki langsung tidak mempedulikan mereka-mereka yang sedang berlatih untuk persembahan. Zack tidak menumpukan tumpuan yang penuh pada latihannya. Dia ditegur beberapa kali oleh Ikhwan.

“You tau kan yang tulat ada majlis perasmian untuk kelab Mygrosis? Kelab budak lading tu.”

“Yeah…” Majlis perasmian itu sama tarikh dan masa dengan majlis makan malam mereka.

“Diorang amik hampir separuh meja dan kerusi yang kita tempah.”

“What?! Mana boleh macam tu… kita book dulu kan meja dan kerusi yang ada?”

“Err… That’s the problem.”

“Apa? Apa masalahnya?”

“Ajk kita lambat hantar permohonan peminjaman peralatan.”

Yuki menepuk dahinya.

“Macam mana sekarang? Jemputan kita plus-minus two hundred and fifty guest tau.

Sekarang meja dan kerusi hanya ada untuk one hundred guest sahaja.” Ujar Yuki sambal memandang semua kerusi dan meja yang ada. Mesti masalah besar akan timbul nanti.

“Yuki!” Panggil Zaidatul dibahagian belakang pentas. Yuki melambaikan tangannya tanda dia mendengar panggilan Zaidatul.

“Ermm… macam nilah… biar I yang satllekan hal meja tu dengan ajk. Focus on tentative, ok? I know you have so much pressure right now. I’ll be right back.” Ujar Yuki. Dia terpaksa naik ke atas pentas untuk menuju ke belakang pentas. Dia langsung tidak menghiraukan langsung Zack yang memandangnya.

“Apa Zaida?”

“Kita tak dapat rehearse muzik.”

“Why?”

“Err… budak-budak Mygrosis…” Zaida tidak menghabiskan kata-katanya apabila melihat Yuki sudah menganggukkan kepalanya.

Yuki keluar ke tengah pentas semula. Dia meminta Ikhwan berhenti sejenak. Dia menepuk tangan.

“Semua berkumpul…” panggil Yuki. Hazrik berdiri disebelah Yuki. “Ni dah saat separa kritikal. 2 hari tak lama. Pejam celik-pejam celik dah malam dinner. So, bahagian mana yang bermasalah lagi selain bahagian audio dan peralatan? Bahagian keselamatan, dah deal dengan pegawai keselamatan? Parking VVIP, student?”

“Bereh…” Najib menjawab.

“Bahagian makanan, dah deal dengan caterer?”

“Kitaorang dah deal but ada changes in menu. Kita tukar menu but masih lagi dalam budget.” Jawab Illisak.

“Okey. do whatever you think better. Bahagian tugas-tugas khas…”

“Hanani Marzuki melaporkan semuanya done!!!”

“Good… bahagian multimedia?”

“No problem for this moment.” Jawab Hanour.

“Bahagian transportation?”

“Tak ada masalah langsung.” Jawab Ferdhaus. Dia hanya menguruskan pengangkutan bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke majlis makan malam, itu sahaja.

“Persembahan?” Yuki memandang Ikhwan.

“Good… berjalan lancar.”

Yuki menganggukkan kepalanya.

“Lastly… the most important part in the night. Bahagian protocols. Tentative, make sure everything work macam yang dah diaturkan dalam tentative.”

“Ok…” Jawab Natalia.

Hazrik mula batuk dan batuknya kedengaran semakin keras.

“Hazrik, balik rehatlah. You dah teruk sangat ni? Jangan risau. I buat kerja you. Itu gunanya penolong kan?”

“Sure?”

“Yeah…”

“Thanks… apa-apa hal beritahu… uhuk… uhuk…”

“Set…”

Yuki memandang Hazrik pergi. Dia kembali ke agenda utamanya.

“Okey… bagi I masa sikit untuk selesaikan masalah kerusi, meja dan juga masalah audio.” Ujar Yuki memandang jam tangannya. “Yang mana boleh sambung kerja tu sambunglah ye? I pergi keluar sekejap.” Ujar Yuki berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience