BAB 4

Romance Completed 3026

Sewaktu Yuki tiba, semua ajk dan yang terlibat dengan majlis makan malam sudah pun sampai. Dia tahu dia tiba agak lewat daripada waktu yang dijanjikan.

“Itu dia… Cinderella Melayu kita dah sampai dah. Kereta labu mana dia amik untuk sampai ke sini agaknya? Gila lembab. Yang bawaknya kuda ke kura-kura?” Ujar Zack dengan nada sinis.

Yuki memandang Zack. Dia terasa bulu matanya semakin menebal apabila terlihat mamat tersebut.

“At least I datang juga. You have problem with it?” Tanya Yuki.

Zack menghampiri Yuki.

“Janji pukul berapa dan kau tengok jam kau dah pukul berapa sekarang? dah pukul 9.05 malam tau. Kau lewat tiga puluh lima minit. Dasar janji Melayu.”

Yuki mencebik.

“Owh… FIY I maybe Muslim but I’m not Malay. I bumiputera. I’m mixed Sabahan, Chinese Baba-Nyonya, Japanese and Dutch . See siapa yang kena. Owh, it’s you.” Ujar Yukisha menekan jari telunjuknya ke dada bidang Zack.

Zack rasa panas hati mendengarnya. Dia dan Yuki tidak boleh berjumpa. Ada sahaja perkara yang membuatkan mereka bergaduh walaupun hal itu sekadar hal kecil sahaja.

Iftitah pantas berdiri ditengah-tengah antara Yuki dan Zack. Kalau dia tak buat begitu pasti pergaduhan mulut kedua mereka berlarutan.

“Guys. Praktis, praktis.” Iftitah mengingatkan mereka berdua.

Yuki menjeling tajam Zack dan berlalu naik ke atas pentas. Ia tak begitu susah bagi Yuki kerana dia pernah mewakili sekolahnya dulu dalam bertandingan teater tetapi dalam Bahasa Inggerislah.

Yuki memandang babak yang seterusnya.

“Babak 2 ni memang I kena menari dengan malaun ni ke?” Tanya Yuki tak puas hati.

“Ya…” Jawab Ikhwan selaku pengarah persembahan.

“Nak menari apa?.”

“Yang senang je. Like this… err… Fahmi. Berdua…” Ujar Ikhwan kepada Fahmi. Dia menunjukkan cara menari paling senang kepada Yuki dan Zack.

“Urrghh…”

“Mengeluhlah kuat lagi biar semua orang kat dalam dewan ni dengar.” Ujar Zack kepada Yuki sambil memakai sarung tangan yang diberikan Iftitah kepadanya.

“Shut up. I guna suara I untuk mengeluh. Yang you sibuk sangat kenapa? Bukan tekak you yang sakit.”

“Mengeluh tu tak baik.”

“Like I care.”

“Guys… Please put aside your fight. Eleven more days to go. We must do this perfectly.”

Iftitah mengingatkan mereka berdua.

“Menari?” Zack menghulurkan tangannya kepada Yuki dengan gaya yang sangat memukau. Dia hanya mengikut skrip yang diberikan padanya. Tetapi gayanya menyebabkan pelajar-pelajar perempuan disitu terpaku.

Tentulah Yuki juga turut tergamam.

“Wei! Aku dah penat menghulur tangan nih!” Ujar Zack.

“Diamlah… bising betullah.” Marah Yuki. Dia mahu menutup malu kerana tergamam.

Dia menyambut huluran tangan Zack.

“Kau tau basic dance kan?.”

“No.”

“Impossible.”

“Why? Muka I ni macam Miss Know It All ke? Semua benda I nak kena amik tau. You ingat I ni some sort of memory card yang boleh simpan semua benda yang I baca, I tengok?”

“Huh!!! Balik nanti kau tanya Mr googlelah. Kita menari sikit lepas tu move to the next scene.”

Yuki menjuihkan lidahnya pada Zack apabila Zack tak melihatnya. Ikhwan ketawa kecil melihat gelagat Yuki. Kadang-kadang kelakar juga melihat mereka berdua bergaduh.

Hilang rasa stress sekejap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience