BAB 13

Romance Completed 3026

“Saya mintak maaf?” Ucap Zack tiba-tiba semasa berada diatas kapal terbang.

“Huh?!” Dia terkejut kerana Zack si Putera Katak yang angkuh, meminta maaf padanya dan juga membahasakan dirinya ‘saya’.

“For everything.”

“Tak apalah. Lupakan jelah. You tolong I pun dah kira baik dah tu.” Ujar Yuki. Dia kemudian teringatkan sesuatu. “Macam mana you boleh ada kat airport masa tu? Apa yang you buat dekat situ?”

“Finding my Cinderella. My Cinderella left her ring at the ballroom and I come to find her.” Ujar Zack mengeluarkan cincin dari poket seluarnya.

“Huh! Cakap apa ni?”

“Saya suka awak.”

“What?! You gila ke? Ni I-lah, Mumtaz Yukisha. Orang yang selalu buat you naik angin. Its me.” Yuki mengingatkan Zack.

“I know.”

“Dah tu?”

“Entahlah hati saya suruh saya kejar awak. So, here I am.”

“You gila. I rasa wayar kat kepala you tu dah rosak.”

“Saya terasa nak jadikan awak Cinderella Melayu. Tu je. Cinderella dalam cerita orang putih tu jumpa putera lepas cuba her glass slipper… Cinderella Melayu jumpa putera dia lepas cuba cincin ni. Saya cari Cinderella tu. Nak cuba cincin ni? Kalau muat awak kena kawin dengan saya.”

“Memang taklah kan.”

“Kenapa?”

“Sebab cincin tu memang muat dengan jari saya!” Ujar Yuki sambil menunjukkan jarinya kepada Zack.

Pantas Zack menyarungkan cincin itu ke jari manis Yuki. Dia terletak cantik dijari Yuki.

“Well… padanlah. Memandangkan padan, awak kena kawin dengan saya.”

“Jangan nak mimpilah.” Ujar Yuki cuba untuk mencabut cincin tersebut.

Zack memejam matanya. Dia ingin tidur. Letih kerana terpaksa berkejar menempah tiket, mencari teksi, mencari dimana Datuk Heidy berada… dia letih.

“Saya janji yang saya takkan lukakan hati awak lagi, takkan tinggalkan awak dan takkan buatkan awak menangis. Dan apa yang saya cakap masa kat pentas tu adalah dari hati saya. Saya tak tipu…” Ujar Zack sambil menguap. Dia terus sahaja tidur.

Yuki berhenti dari menanggalkan cincin dijarinya. Dia memandang Zack dalam-dalam.

Untuk kali ini apa kata dia percayakan seseorang.

Matanya memandang cincin yang terletak kemas di jari manisnya. Dia tersenyum sendiri. Hidup ini penuh dengan sesuatu yang diluar jangkaan, adakalanya kau perlu melawan dan adakalanya kau perlu membiarkan saja ia berlaku dengan sendirinya dan lihat keajaiban perancangan Tuhan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience