Bab 5

Romance Series 6390

Malam ini sunyi dan hanya diikuti oleh bunyi cengkerik. Hujan sedikit lebat membuatkannya berasa sedikit sejuk. Matanya hanya memandang ke arah laptop yang sejak tadi menemaninya.

Bunyi pintu bilik yang seakan dikuak mengejutkannya. Dia segera membetulkan pijama yang dipakai supaya tidak terangkat lagi.

"Ada apa mummy masuk dalam bilik Laara? " Tanya dia dengan suara yang sedikit lembut.

"Tak da apa. Mummy saja je masuk, nak tengok anak mummy sorang ni. "Puan Sri Luna Kiara dudk diatas katil anak daranya. "Kerja macam mana? okey? "

"Okey je Mummy... cuma penat sikit. tu yang balik lambat tu dari hospital. "

"Tadi keluar dengan siapa? "

Erkk!! Laara dah agak. Mesti ada apa apa. Dan dia sudah agak siapa.Mummynya itu mahu bertanyakan soal lelaki yang makan bersamanya petang tadi.

"Ouhh,dia tu ke? Mummy jangan salah faham eh? Laara tak kenal dia. Dia tumpang meja je sebab meja lain penuh. And then dia tolong bayarkan makanan Laara sekali. mummy marah ke? "Tanya Laara sambil bantal disebelahnya diambil dan dipeluk.

"Tak pun. Buat apa mummy nak marah? takkanla Laara nak cuba bergaul dengan lelaki pun tak boleh kan? nanti andartu pulak anak dara mummy ni sorang. kalau dulu tu mungkin la babah dengan mummy tak kasi sebab Laara kecil lagi. Sekarang dah besar and Laara kena ada life sendiri."

Laara mengangguk mengiyakan kata Puan Sri Luna Kalena. Malas dia kalau sudah bukak bab kawin ni. Bukan dia taknak berumahtangga, tapi mungkin tiada siapa yang mahu memperisterikan perempuan sepertinya. Dah la kasar, tak suka dress up macam perempuan lain,cerewet pulak tu bab memilih kasut. Kau rasa?

"Tapi siapa yang bagitau mummy pasal ni? ke mummy skodeng Laara? "

"Abang kamu yang cakap tadi. Dia kata dia nampak kamu dengan lelaki.So dia bagitau mummy takut kamu ni keluar dengan laki orang ke apa."Jawab Puan Sri Luna Kalena jujur.

Ciss!! nak kena Zack ni. Apa kejadah aku nak keluar dengan laki orang. Ingat aku ni takda taste ke apa. Siot punya abang. Kau tunggu Zack!!

"Laara jangan pulak pergi terajang dia. Tak pasal pasal nanti korang kena tidur luar."Bagaikan tahu apa yang bergelar di fikiran Laara. Mana mungkin gadis itu mahu melepaskan abangnya.Kalau sehari tak gaduh, memang tak sah.

"Dia cuma risaukan kamu. Dia takut adik dia terperangkap dengan lelaki lagi.Cukup haritu saja dia cari Jeffri sampai badannya lembik kena belasah dengan orang orang Jeffri. Dia dah serik tengok adik dia menderita.Dan dia tak kisah kalau badan dia lebam asalkan dia dapat lihat senyuman kamu Laara."

Laara menunduk. Dia mula teringatkan peristiwa dahulu. Zack dibawa balik oleh orang orang babah dengan muka serta badan yang lebam. Turun saja Laara dari tinggkat atas. Zack memeluknya.

"Aku nak kembalikan senyuman kau yang hilang Laara. Aku tak sanggup tengok adik jadi macam ni. Aku sanggup gadaikan nyawa aku kalau itu dapat menggantikan senyuman kau yang hilang. Aku sayang adik adik aku sangat!"

Itulah ayat yang keluar dari mulut Zack dahulu yang berjaya membuatkan Laara nangis teresak-esak. Itu juga adalah kali terakhir dia menangis.Kini dia telah bangkit menjadi wanita yang kuat fizikal dan mentalnya walau kadang kadang dia menangis diusik oleh abangnya itu. Air mata tiruan...

Laara kemudian mengangkat wajahnya. Merah mukanya menahan air mata yang hampir jatuh.Air hidungnya disedut perlahan. Dia tidak boleh menangis. Zack sudah memberitahunya supaya menjadi kuat dan tidak menangis. Lantas tubuh Puan Sri Luna Kalena dipeluk erat.

"Laara sayang Zack!!Laara sayang babah dan mummy!!Laara sayang Laura dengan Dzaffiq!!Laara sayang semua orang yang jaga Laara!! "

Puan Sri Luna Kalena terseyum memandang anaknya. Tangannya naik membalas pelukan anaknya.Tak sangka dia apabila niatnya hanya masuk menjenguk anaknya bertukar menjadi drama air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience