"Er... Sara, Depan kau..."
Sara melihat anak mata Laara seperti mahu memberitahu sesuatu.Kepala Sara lantas ditoleh di depan.
Membulat mata Sara apabila melihat seorang lelaki yang tidak berkelip memandangnya.Serta merta Sara menutup mukanya dengan handbag. Mak oi!! macam mana ada lelaki kacak depan aku? Dia nampak ke aku makan macam buaya tadi?Noo!!!
Laara simpan senyum dan gelak. Naik senak perutnya melihat kelakuan sahabat baiknya. 'Tu la, dari dulu lagi aku suruh kau ubah cara makan kau biar sopan sikit. Ni tak. hahahah memang padanlah dengan kau Sara.
"kau gelak kenapa gila? asal tak cakap awal awal yang ada artis hollywood depan aku?"Marah Sara dalam nada berbisik.
"Habis, kau tak control ayu tu dah kenapa?pandai pandai kaulah."
"Dah la, aku nak pergi tandas kejap. kau ejaz la puas puas laki tu.. hehehe mana tahu padan dengan kau.Hahaha see you again Laara!."
Belum sempat Sara berlalu,terasa ada orang yang memegang beg tangannya.
"Err...Sara,nak ikut kau....takkanlah kau nak tinggal kawan kau yang baik nisesorang kan?"Kata Laara seraya membuat raut wajah comelnya.
Sara sudah buat rolling eyes.heish kawannya seorang ni memang.Orang sengaja nak tinggal dia dengan lelaki tu.Aku tengok laki tu pun dah macam angau je tengok Laara.Takkanla aku nak catas pulak kan?
"Takda takda!Kau duduk sana!Babah kau kan nak suruh kau cati partner dekat sini.Try jela laki tu.Apa susah? dahla,aku nak betulkan make up aku ni.Biar nampak meletop sikit.Nak cari partner kena la cantik cantik."Kata Sara lalu meninggalkan Laara yang terpinga pinga di depan Rey.
"So,cik Laara.Kawan awak pun dah kasi green light dah"Kata Rey dengan sebelah keningnya yang terangkat.Suka dia lihat wajah cuak Laara.
Laara hanya Kaku berdiri dihadapan Rey tika ini.Manalah dia tahu sangat macam mana cara nak layan lelaki ni.
Laara hanya mengangguk sedikit dan memberikan senyuman kepada Lelaki di hadapannya ini.
Suasana tiba tiba menjadi canggung.
Rey gosok perlahan tengkuknya.Matanya memandang Laara.
Laara yang sedar akan pandangan itu turut juga membalas pandangan Rey.
Mereka saling berpandangan.Lama...
Ah sudah la!Main pandang pandang ni apa kes?nak pandang sampai majlis habis ke cik Laara dengan Encik Rey?Author dah penat nak karang ni....
Rey akhirnya berdehem bagi menghilangkan ke'awkward'tan antaranya dan Laara.Ini kali pertama dia berasa canggung menghadap wanita.Selama ini okay sahaja apabila dia bergaul dengan mana mana client wanita.Kenapa hari ini jadi macam ni pula?
Tapi,Kenapa dia rasa seperti pernah berjumpa saja dengan wanita ini?Dimana?bila?
Ting!!
Ya!Perempuan yang dia pernah selamatkan dahulu!Tapi betulkah? Macam mana kalau bukan?mahu malu setahun dia nanti.
"Errr..Hai?" Kata Laara.Tangannya sibuk bermain dengan tali handbagnya.senyum dikoyak sedikit dan dihadiahkan kepada lelaki dihadapannya tika ini.
Berdegup kencang hati Rey melihat senyuman manis milik Laara.Dia membalas senyuman Laara dengan senyuman kambingnya.Kenapa masa dekat restoran haritu okay je?Hari ni lain pula?Mahu sahaja dia menyorok di bawah meja dek malu kerana dia tidak berjaya mengekalkan wajah bekunya di hadapan Laara.Aduh!!otot pipi ni memang berdendam dengan aku ke apa?
"Ermm,Encik okay ke tak ni?"Laara menyoal.Matanya dibulatkan memandang Rey yang kini tersipu malu.
Rey mengangguk memberikan jawapan kepada Laara.bibir nipisnya masih lagi mengukir senyuman.Aaa!!nak jadi pakcik gedik boleh tak?
Laara tersenyum canggung.Tali beg dimainnya.Mana Sara ni?ko pergi tancap muka kau jadi badut ke apa setan?!!
"Errrr,cik Laara dah berpunya ke?"
"You rasa?"
"Tak kot,kalau tak mesti cik Laara takda dekat event ni kan?"Rey senyum.Soalan bodoh apa dia tanya ni?Dah sah sahla Laara ni single bingle.
"Dah tu?yang you tanya ni kenapa?nak try i ke?"
Soalan Laara membuatkan rona muka Rey berubah merah.Macam tahu tahu je makcik ni sorang...
"Laara rasa i ni handsome tak?"Tanya Rey.Lagi lagi soalan bodoh dia tanya.Mestilah Laara jawab ya kan?Sapa je yang dapat tipu diri dia apabila berhadapan dengan jejaka kacak ini.
"Tak"Jawab Laara ringkas.
Dush!!
Hati Rey direntap kasar.luluh hati jadinya.Bagaimana seorang wanita bisa mengatakan perkatan yang dapat membuatkan dirinya sedih?Huh,sedih la sangat.
"What?Sampai hati.I ambil hati tau dengan you Laara.Dahla hutang orang."Kata Rey seraya membuat muka merajuk.
Mulut Laara ternganga.Hutang apa?Hutang nasi haritu?choi,bukan aku la nak suruh kau bayar.
"Kalau you nak i bayar balik duit yang you pinjam,ok i bayar.lain kali jangan mengada nak tolong bayarkan kalau tak ikhlas.Huh"
Laara sudah membuka beg dompetnya.Belum sempat dia mengeluarkan beberapa keping not berwarna merah,Rey dengan cepat menahannya.
"Aish,I gurau je la Laara."Ujar Rey."By the way,siapa lelaki yang pergi shopping dengan you semalam?"
Laara hanya menjeling.Ingin saja dia melepaskan tawanya tika ini melihat wajah Rey.cuak ke tu?Hahaha
"Orang suruhan a.k.a abang i"Jawab Laara selamba.
Mulut Rey membuat bentuk 'o'.Jahat bebenor adik panggil abang orang suruhan.Nanti laki.dia panggil apa?suri rumah?Cleaner?
"Kalau i tengok betul betul la kan,you ni pun handsome jugak"
Kata kata Laara membuatkan Rey kembang setaman.Kan aku dah kata takda sapa boleh tipu tentang ketampanan aku.hohoho.Rey dah masuk bakul angkat sendiri.
"Dah cukup tampan la ni nak jadi suami you?"
Kata kata Rey mematikan senyuman Laara.Ceh,Menyesal aku puji.
Tiba tiba saja telefon Laara bergetar menandakan ada notification yang masuk.Laara membuka aplikasi Whatsapp dan melihat mesej yang dihantar oleh Sara.
'Laara,i'm sorry.Aku otw balik.aku balik dengan abang handsome Laara!!Sorry wey.Kau cepat jumpa ya prince charming kau.hehe'
Laara membaca mesej itu sambil mengetap gigi tanda geram. Tak guna punya kawan!Dah jumpa kekasih jati boleh pulak tinggal aku.Nasib datang sini guna kereta aku.
"Kenapa Laara?"Rey lihat wajah gadis itu seperti menahan geram.
"I think i nak balik sekarang"Kata Laara dalam nada tergesa gesa.Kenapa dia bak balik?Dia mana betah duk luar sorang sorang kalau takda peneman.I mean,Kawan.And bukan juga dengan orang yang baru kenal.Lagipun dia nak penyet muka Sara cukup cukup sekarang biar jadi lempeng.
Dahi Rey berkerut.
"But,why?Kita baru je jumpa.i ingat nak ajak you berborak."
"Next time jelah Encik.I malas sekarang ni"Kata Laara.gadget.miliknya diletakkan kedalam Handbag.Dia bangun dan beredar dari situ menginggalkan Rey yang terpinga pinga seorang diri.
Wajah Rey redha kena tinggal sekarang ni.Apa nak buat?Cinderella dah tak tahan nak balik tu.Biarkan jelah.Tapi takpa,Biar prince ni yang akan mencarimu.
"Laara"nama Laara disebut perlahan.
'Dato mana yang ada anak nama Laara?Fikir rey,fikir.takkan la Bapak kau tak kawan dengan bapak Laara kan?'
"Dato' haji Iskandar Dzaffir"
Rey tersenyum.nampaknya kita akan berjumpa lagi princess.Just wait for me.
...............
S/N:Hahaha sorry aku baru update cita ni :')N aku dah publish balik chapter 9 n 10 sbb ada masalh.Sorry ya lama menghilang untuk DN.Peace sikit.hehehe
Selamat hari raya!!
Yang pemurah tu taknak kasi sfna duit raya ke?Hahaha gurau ii.
Share this novel