Pintu butik dikuak. Laara melangkah kearah Sara yang ralit bermain dengan gadgetnya.
"kau tengah buat apa tu setan??!!" Laara menerjah Sara.terkejut beruk Sara. habis handphonenya terjatuh di permukaan muka. tercalar tahu tak muka dia yang limited edition ni. perasan...
"kau tak reti bagi salam ke hah?!! kalau phone aku pecah sapa nak ganti? kau?apa kau ingat aku ni beli pakai air ke apa?siang malam aku kerja tahu tak?"
Bebel Sara.
Laara buat rolling eyes. Bosan dia dengar Sara merangkap kawan baiknya itu membebel. Gurau sikit je pun. kecoh!!
"Relaks la, kau jugak suruh aku datang sini kan? nak apa? "
"Aku nak mintak tolong kau. aku nak mintak tolong kau designkan baju boleh tak? nah sketch book aku. aku tak ada idea sangat dah ni. customer aku pun ramai. Pekerja aku tak cukup tangan. so, aku kena tolong diorang lah. boleh ya? " Sara membuat muka bajet comelnya seraya menghulurkan sketch book miliknya kepada Laara.
"Assalammualaikum cik Sara, kawan awak ni doktor ok. Bukan designer !! pahal aku pulak kena buat? " Mulut saja cakap macamtu, tapi diambil juga sketch book dari tangan Sara.
"Thank you Kawan!! " Sara memeluk erat Laara. Hilang nafas Laara dibuatnya. bukan dia tidak tahu " sahabatnya seorang ini pandai juga dalam bidang fashion. Tuannya juga dah macam model. Tapi dipilihnya menjadi dokter di sebuah hospital.
Laara mula bosan. pensil diletakkan di atas meja. sketch book ditutup.Menggeliat badannya membetulkan tulang. Fuhhh.. penat doh. Laara mengambil phonenya diatas meja. pukul 1?!! patutlah aku lapar sangat.. dah pukul 1 ni.. pagi tadi dia hanya makan roti saja. Ingat tak?
"Aku nak pergi makan dulu. Kau nak apa² tak? aku bungkuskan" Tanya Laara prihatin. ceh, prihatin sangat.
"takpalah, aku diet. Makan roti kosong je"
"kalau camtu aku choww dulu arh. Tata!! " Laara melambai. Laara malas nak tanya banyak kali. dia bukan jenis yang suka buang air liur. Faham sangat dengan kawannya itu. Kalau nak berdiet tu, memang dia akan buat betul betul. Bukan macam Laara yang dietnya selalu gagal. Laara juga bersyukur kerana setiap kali dia makan banyak,beratnya hanya sedikit yang naik.Hebatkan,Jangan jealous ok....
"Kalau kau nak apa apa, call aku ya? aku sedia belikan makanan untuk kawan aku yang terchenta!! "
Sara dah angkat tangan tanda 'okey'. Diteruskan kerjayanya yang tertangguh.
*****
Suasana di dalam restoran sedikit riuh. Ramai orang yang datang sehingga menyukarkan Laara untuk mencari tempat duduk.
Meliar matanya mencari meja yang kosong. sebaik sahaja matanya dapat menangkap meja yang sudah dikemas, terus sahaja kerusi ditarik.
Lama punya tunggu akhirnya ada juga pelayan datang mengambil pesanan.
"cik nak pesan apa? " tanya pelayan itu lembut.
"Nasi goreng satu ya? "
Pelayan itu mengangguk.
"Air? "
"Milo ais"
"tolong tunggu sekejap ya? nanti pesanan cik akan sampai." Pelayan itu berlalu kemudian mengambil pesanan di meja lain.
Laara membuka I-phone miliknya. Instagram dibuka. Makin bertambah followersnya. Akaun Laara juga dipegang oleh babahnya. Jangan buat buat tak ingat yang babahnya itu over protective . Tapi dia tak kisah. Babahnya tahu apa yang terbaik untuknya. so, biarkan jelah.
"Ehemm!! excuse me, boleh saya duduk kat sini? meja lain penuh la cik."satu suara garau menyapa telinganya.
Laara mendongak memandang seorang lelaki yang segak berbaju kemeja yang lengannya dilipat hingga paras siku. Dilihat pula urat tangan yang timbul berselerak di lengan lelaki itu. Tertelan air liur dibuatnya.
"Err cik?? can i?"tanya lelaki itu.
"Ouhh, sure... "Laara tersengih sendiri. Bukan main lagi kau eh tengok anak bujang orang. Ni kalau babah tahu ni, tamat riwayatnya. Gatal!!
"Dah ambil order? "Laara sengaja buat buat bertanya sekadar menutup malunya. Apa dia ingat dia tu waiter ke nak tanya bagai?
"Dah ambil dah tadi kat depan"jawabnya nak tak nak.
"Ouh! "kepalanya diangguk sedikit. Asal Mamat ni macam tak nak layan aku je? takpa, takpa. Aku dah biasa kena macamni masa sekolah menegah.
Selalu sangat kena palau. Paling tak boleh blah bila kena palau dengan crush sendiri...huhuhu
Laara kembali membuka instagram miliknya matanya tertancap kepada seseorang yang dikenalinya. Jeffri! huh, dah ada awek baru rupanya. Sajalah tu nak buat aku sakit hati. Ingat aku nak kat dia lagi ke?! memang tak lah.
Tanpa berfikir panjang. Laara segera menekan butang 'unfollow '. dikomen dahulu gambar itu sebelum memblock lelaki tak guna yang pernah mainkan dia dulu.
'loser... cari awek lain lepastu senang senang kau tinggalkan dia... how poor you little girl' butang send ditekan. Puas hatinya apabila Jeffri memblocknya terlebih dahulu. Baru aku ingat nak block kau. Tapi takpalah. Kau dah block aku dulu. Senang kerja aku.
Jeffri. Nama yang tidak akan pernah pudar. Kerana dialah, Babah menjadi tegas dan tidak memberi Laara bergaul dengan mana mana lelaki kecuali Izat iaitu Kawan baiknya dan juga Sara.
Jeffri adalah orang yang hampir meragut mahkotanya suatu ketika dahulu.Nasib ada seorang lelaki yang datang menolongnya. kalau tidak, sudah pasti masa depannya hancur...
Share this novel