Rey memerhati Laara yang berada di hadapannya. Seperti pernah lihat pula wajah gadis ini. Setiap inci wajah putih Laara diperhatikannya. Dari mata, dilihat pula ke hidung dan mulut. Subhanallah!! Cantik sungguh.
Laara yang rasa dirinya diperhatikan segera mengangkat wajah. Dia perasan ada perubahan pada wajah Rey. Malulah tu, Kantoi!!
"kau pahal pandang aku? "Laara dah tak tahan lagi. lelaki ini mengganggunya dari tadi. Walaupun dia hanya merenung Laara, tetapi dapat membuatkan Laara kekok.
Rey berdehem. Merah mukanya apabila 'tertangkap' oleh wanita yang direnungnya. Duduknya dibetulkan kemudian tangan menyeluk poket seluar mengambil handphone. Soalan Laara dibiarkan...
Geli hati Laara dibuatnya. Eleh, nak cover konon.
Nak tengok muka aku puas puas cakap la.Kini giliran Laara pula menilik wajah lelaki itu.
Hmmmm... not bad. kulit putih, hidung mancung, kening lebat sedikit. Ni bukan not bad dah ni... Memang handsome terus! Laara lihat pula ke bibir nipis yang merekah bewarna merah muda. Wow!! maksudnya dia ni bukan perokok laa? ehhe
Giliran Rey pula tidak selesa. Butang dibetulkan mengurangkan rasa kekok.Tangannya naik meramas rambut sendiri. Laara macam orang tak normal dah bila halkum lelaki itu bergerak gerak.
"Maaflan saya, makanan kamu berdua sudah sampai "kata pelayan yang sedang membawa makanan yang dipesan. pelayan itu meletakkan satu persatu makanan dia atas meja. Air juga tidak ketinggalan.
"Kalau mahu apa apa lagi,boleh panggil kami ya? "
Laara mengangguk.Sudu dan garfu diambil dan dengan selamba dia perlahan menyuap makanan ke dalam mulut.
"bismillahirahmanirahim... "
Hampir tersembur makanan di dalam mulut Laara. Cepat cepat dia mengambil air air dihirup sedikit. 'Mamat ni perli aku ke apa?'Desis hati Laara. Malu juga di dengan perangai tak senonohnya itu. Jatuh saham dia depan lelaki ini.
"Lain kali baca bismillah dulu. lagi Bagus kalau baca doa makan. "lelaki itu meneruskan kunyahannya.
"habiskan makanan dalam mulut dulu baru bercakap. "Laara menembak kembali.
Rey tiba tiba berhenti mengunyah. Sudu sudah diletakkan ditepi.Air diambil lalu straw disedut perlahan. Matanya tertancap kepada seseorang di hujung bangunan sana.
Laara dah cuak sikit.Dia salah cakap ke? takkanla benda kecik macamni pun nak sentap?? Laara tengok mata lelaki itu.Matanya melihat kearah lain. Jadi,bukan sebab tadi la kan?Laara kemudian turut mengikut arah pandangan matanya.
Siapa perempuan tu? Girlfriend dia kah? boleh tahan cantik orangnya, tapi... seksi habis!
Rey dah hilang selera makan. Wajah bekas kekasihnya itu dipandang dari jauh.Selena... Ingin benar kakinya melangkah ke arah wanita itu namun dia sedar bahawa di hanya sekadar 'bekas kekasih'. Memang dia telah membuat keputusan yang benar apabila meminta putus. Tengoklah perempuan tu dengan lelaki lain. Bukan main gedik lagi kau ya!
Rey menyudahkan makanannya walaupun dia sudah hilang seleranya.Mumynya juga selalu berpesan agar tidak membazir.
Rey mengangkat tangan kanannya tanda mahu membayar. Makcik Rosnah segera melangkah ke arah meja yang didudukinya.
"Eh cik Laara. Lama kamu tak datang sini.Kamu sihat ke? "Makcim Rosnah terlupa tujuannya datang ke meja untuk mengira sebaik saja melihat wajah cantik Laara.
"Okay je makcik..."Laara memberikan senyuman yang manis kepada Mak cik Rosnah sehinggakan membuat Rey berdehem kali kedua.
"Makcik tolong kira ni. " Pinta Rey.
"Oh ya, Maafla... makcik terlupa"Mak cik Rosnah segera mengeluarkan buku kecil dan pen untuk mengira. Perbuatannya kemudian terhenti. Matanya memandang wajah Rey. Rey turut melihat wajah makcik itu dengan dahi yang berkerut. "Ada apa makcik? "
"boleh makcik tahu siapa kamu? "tanpa dipinta, Laara terus menjawab soalan Mak cik Rosnah.
"Bapak saya makcik! "Jawab Laara dengan selamba.Dia memang jenis yang selamba. Orang lain yang ditanya, orang lain yang jawab. Kan dah membulat mata lelaki ni. heish
"Bukan ka kamu anak..." Tanpa sempat Makcik Rosnah menghabiskan ayatnya, Laara sekali lagi menjawab.
"Eh, Abang saya la makcik... dia ni abang kedua saya, mesti makcik tak pernah tengok kan?. "Kali ni giliran Rey pula yang tersedak. Tadi Laara yang hampir tersembur. 'Bila masa aku ni abang dia? aku ada seorang adik je tau, tapi bukan kau!
"O"... mulut Makcik Rosnah membuat huruf o. "Jadi bayar sekali lah ni? "
Laara dan Rey saling berpandangan.Beberapa saat kemudian Rey mengangguk. "Ya, bayar sekali". Sekeping not RM 50 dihulurkan. "Makcik ambil je baki tu"
Rey kemudian bangun dan pergi. Terkebil kebil Laara disitu. Serious la ada orang tolong bayarkan.Mesti lelaki tu fikir aku ni memang nak suruh dia berlanja sebab mengaku dia tu abang aku. Dah la muka tu macam takda perasaan. Aduh!!
Share this novel