Laju langkahnya menuruni tangga. Dia berjalan menuju ke arah dapur. Sekeping roti gardenia diambil dan disapu jem coklat.
"Laara nak pergi mana? takkan nak makan roti je? nak mummy suruh Mak Nda buatkan makanan? " Puan Sri Luna Kalena sudah menarik kerusi di meja makan. Dia mengambil tempat di hadapan anaknya.
"Tak payah la mummy. Mak Nda kan baru je lepas buat sarapan dan kerja rumah,bagi lah dia rehat sekejap. Ni Laara nak pergi jumpa Sara kejap dekat butik dia. Nak cakap pasal apa entah."
Laara menghabiskan makanannya. Air di dalam peti diambil dan diteguk perlahan.
"Ye lah tu.. jangan pergi jumpa jantan tau. Tau dek babah kamu tu naya kamu nanti... " Puan Sri Luna Kalena mengingati anak daranya. Bukan dia tak kenal Dato' Haji Iskandar Dzaffir itu macam mana... suaminya itu over protective!! Takut sangat kalau anaknya tersalah pilih lelaki.
"Ala, baru ingat nak pergi keluar dating dengan bangla buat rumah tu. melepaslah Laara macamni"
Membesar mata Puan Sri Luna Kalena memandang anaknya. Terburai tawa Laara melihat mummynya yang sudah melopong. ish mummy ni!! takkanla aku ni nak dekat bangla kot. Boleh mati dia kena cincang oleh babah nya nanti.
"hahahaha!! Laara gurau je lah. Mummy janganla serius sangat. Takut Laara tau!! bye mummy, Assalamualikum" Laara mengambil tangan Puan Sri
Luna Kalena untuk disalam seraya mengucup pipinya.
Sneakers jenama Vans itu disarung lantas langkahnya menuju ke arah kereta kesayangannya. Pintu bahagian pemandu dibuka. Laara meloloskan badannya memasuki kereta. Enjin kereta dihidupkan.
Audi hitam itu bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik keluarganya.
***********
Jam tangan jenama Rolex dikerling sekilas. Sudah hampir pukul 1 dan dia belum sempat lunch lagi. Terlalu banyak kerjanya di office setelah balik dari melancong ke luar negara sehinggakan waktu cuti begini dia perlu masuk bekerja. Perutnya yang sudah membuat konsert rock dibiarkan. I-phone diambil dari poket seluar lalu nombor seseorang didail.
"kau dekat mana ni? boleh teman aku pergi makan tak? lapar siot! "
"Sorry Rey, aku kena teman adik aku pergi check up nanti. Aku takut anak sedara aku kat dalam ni merajuk pulak" jawab Haikal. Tak sanggup dia biarkan adiknya itu pergi seorang diri sementara suaminya sedang outstation ke luar negeri.
"pulak dah, aku makan sorang la ni? tak pe ahh... kau pergi teman adik kau check-up. Cakap kat baby yang Uncle Rey kirim salam tau!! "
"Ye la... nanti aku cakap kat dia. Sorry again ya Rey, next time aku teman kau ya?!! muahhh!! " Haikal lantas mematikan talian.
Gila jijik Mamat ni!! ada ke petut dia kasi kiss dekat aku? hanya dengan bunyi tapi sudah cukup untuk memualkan Rey. Tahulah single, tak payah la sampai macamni sekali. Geli aku!
Rey selamba badak mengutuk sahabatnya itu. Tak sedar ke diri sendiri pun single. Kesian juga dia dengan Haikal kerana adik sahabatnya itu sudahpun berumahtangga. Haikal? macam tu la. Nasib dia dan Haikal sama sahaja. Dah masuk 28 tahun pun tak reti reti lagi cari bini. Malu oii!
Rey mengemaskan fail yang berterabur di atas mejanya. sesudah sahaja dia mengemas, dia memasuki lift VIP yang dikhaskan hanya untuk dia dan papanya sahaja. Sampai saja ditempat letak kereta, Rey terus masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin.
Rey memandu seraya memegang perutnya yang berbunyi. kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari restoran. Kenapa masa masa ni semua restoran tutup? yang adanya hanyalah Restoran Thai. Tak mungkin dia akan kesana kerana dia alergic dengan seafood.
Hah! adapun restoran kat sana. Tapi nampak gaya macam restoran biasa je? Ah lantaklah!! lapar gila kot. Takkan la nak yang 5 Bintang kot. sekarang bukan masanya memilih. kereta di parking lantas dia masuk ke restoran tersebut. Ramainya orang... mesti sedap ni.
Share this novel