Zack dah macam orang suruhan Laara saja gayanya. Kakinya hanya mengikut langkah Laara dan masuk ke dalam pelbagai butik. Hampir naik hantu Zack dengan adiknya.
"Laara, majlis tu sehari je, yang kau beli banyak macam nak pergi holiday ni kenapa?!" Kembang jempis hidung Zack menahan marah. takboleh jadi ni, aku dibuat macam dia punya orang suruhan pula sekarang.Sudahnya dia di'bluetick' oleh Laara. kau tunggu Laara!! your brother nak kasi 'hadiah' sikit. hehehe....
Kakinya melangkah laju kearah Laara. Semua beg kertas sudah beralih ke tangan kirinya. Dan sekarang ini tangan kanannya sudah boleh digunakan untuk...
"Auchh!! Zack,apa ni?!!" Marah Laara. tangannya naik memegang rambutnya yang baru sahaja ditarik. berdenyut denyut kulit kepalanya disebabkan tangan monster Zack.
mengekek Zack ketawa melihat adiknya sambil memegang perut. Adoi, nak terkeluar air mata aku! tadi tangannya naik untuk menarik rambut Laara, tapi sekarang tangannya naik untuk menggosok kepala Laara namun ditepis.
"Sakit tahu tak Zack... "kata Laara dalam nada suara yang seakan akan hampir menangis. Laara
menutup mukanya menggunakan beg tangannya
kesian pula Zack melihatnya. menyesal pula rasanya apabila melihat reaksi Laara yang betul betul mahu menangis."kau nangis ke? Ala, aku mintak maaf la ye?"
Zack garu kepala melihat Laara yang masih lagi menutup mukanya. "Laara.." Zack mendekat.
Laara tidak mahu melepaskan peluang apabila lakonan dia menjadi. laju dia mengangkat beg tangannya dan menghempuk kepala Zack sebanyak yang boleh. Kalau Jasmine tengok laki dia kena cepuk dengan aku macam ni confirm pengsan.Tak cukup dengan itu, ditarik rambut Zack sehingga tertunduk tunduk lelaki itu.Laara sudah tidak kisah dimana dia sekarang ni. tempat umum ke apa, dia harus balas perbuatan Zack!!
"Sakit Laara! lepaslah! kau tak malu ke tengah public macamni?"terjerit jerit Zack minta dilepaskan.
"Sapa yang mulakan dulu?! ambik kau!" sebiji penumbuk hinggap di bahu kiri Zack. apalagi, meraung anak beruang tu. habis orang orang tengok diaorang gaduh. ada yang tengah berbisik bisik dan tengok dengan riak wajah tidak percaya.
Setelah Laara puas baru dia melepaskan rambut Zack. Nasib baik orang awam yang ada kat situ tak sempat nak rakam diaorang gaduh.fuhh.. kalau tak viral macam tu je.
Dari ramai orang disitu,ada satu mata yang menyaksikan pergaduhan antara adik beradik itu. melopong mulutnya tanda tidak percaya. apa mereka sudah hilang urat malukah? tapi macam kenal perempuan tu.. kat mana? tiba tiba akal fikirannya mengingati sesuatu.
Perempuan kat restoran haritu? seriously? kalau betul memang bahayalah la dia ni. selamba ja tarik rambut pakwe dia?heh... aku harap la esok takda orang macam dia dekat majlis. takut oi nak buat jadi bini!
Rey kemudian melangkah pergi. dia perlu segera pulang selepas membeli pakaian untuk esok. Banyak lagi kerja yang membuatkannya terpaksa menghadap laptop. Entah sempat ke tidak untuk pergi ke majlis itu esok hari.
...........
Zack memasang muka masam. Laara pula sesekali menjeling kearah Zack. Zack yang turut perasan akan jelingan itu membalas dengan cara yang sama. Kereta itu bagai ada silent mode. masing masing diam dan membuat hal sendiri. Zack segera memberhentikan keretanya di hadapan Mc.Donals.
"Kau tahu tak kalau kau macamni takda orang yang nak dekat kau?"kata Zack.
"Diamlah Zack! kalau aku tak laku pun bukan masalah kau.. "balas Laara.
Zack menghela nafas. Adiknya perlu dipujuk. segera
membuka membuka tali pinggang keledar dan duduk menghadap Laara.
"bukan masalah aku? kalau itu bukan masalah aku, aku tak akan ambil tahu hal kau Laara.aku tak akan selamatkan kau dulu. Kau tu adik aku Laara. Kau dan adik adik yang lain dah jadi tanggungjawab aku untuk memastikan korang semua bahagia."
Laara menunduk.memang betul kata Zack itu. lagipun, takkan perkara yang sangat kecil seperti tadi membuatkan mereka bergaduh.
"aku mintak maaf"
Zack memandang Laara dengan wajah yang tenang. "No Laara, aku yang patut mintak maaf. aku yang mulakan dulu."
"hmmm... "
"okay, kalau macamtu apa kata aku belanja kau ayam? amacam? kita belikan juga dekat dua anak panda tu jugak?"
Laara mengangkat muka. patutlah abangnya parking dekat sini. nak belanja aku ka? uwaaaa.. terharu pulak aku rasa ada abang macam ni.
"Jom!!"Kata Laara dengan muka terjuanya. Cepat saja dia keluar dari kereta dan meninggalkan Zack yang masih terkulat kulat di dalam.
"Oi!! cepatnya kau keluar! tunggu aku wey!"Kata Zack sambil tergesa gesa keluar dari kereta. dia perlu mengejar Laara. sebab apa?
Sebab kalau Laara dah sampai tempat macamni dia akan order tak hengat duniaa. Jadi sebelum dia terlambat, baik dia pergi sekarang. Zack berlari anak mengejar Laara. Habisla duit aku...
S/N: chapter ni memang untuk Zack dan Laara saja ya? :)next chapter baru untuk watak Rey.And mungkin buat masa sekarang author takkan update DN sbb ada masalah sikit n kekeringan idea.... huhuhuhu... nanti author akan cuba smbung ok?
Share this novel