Zack menaiki tangga dan menuju ke bilik adiknya. Dia perlu memanggil adikya kerana ada hal penting yang perlu disampaikan oleh babahnya. Dengan perlahan dia mengetuk pintu bilik.
Tok!! Tok!! Tok!!
"Laara,bangun... babah panggil"
jeda
"Laara?!! " Zack masih lagi memanggil.Suaranya dinaikkan sedikit.Dan ianya masih jeda. Naik bengang pula dia dengan Laara. "Laara?!! babah panggil kat bawah tu! "
Zack akhirnya memutuskan untuk mengetuk pintu bilik Laara sekuat hati.
"Laara!! woi! babah panggil tu!! kau dah tuli ke apa?!"
Terkejut beruk Laara mendengar suara garau diluar biliknya. laju earpod dicabut lalu diletakkan diatas meja. "pecah pintu bilik aku nanti bongok!! slow la sikit nak ketuk pun. bukan kau reti ganti pun. heish!"
Laara bangun membuka pintu dengan malasnya. Terkejut Zack melihat rambut Laara yang serabainya minta ampun. Sekali tengok boleh dapat nightmare dia. Adikya dengan hantu Kak Limah tak jauh beza! dua dua seram...
"Eee apa ni Laara? pukul 9:00 pun tak mandi lagi? kau ingat mentang mentang hari ni cuti kau boleh membuta ke 24 jam? ingat elok sangatlah tidur lepas subuh?tak serupa doktor pun aku tengok kau ni! pergi mandi sekarang! lepastu turun... babah dah tunggu dekat bawah." Bebel Zack.
"Dah la tu Zack, asyik membebel jela kau ni. Sakit telinga aku tau tak? Macam makcik! patutla Kak jasmine dengan si debab dua orang tu balik rumah mak dia tak ajak abang. "Entah entah jadi duda nanti" omel Laara.
"Duda kejadah engkau! jasmine sayang gila kot dekat aku! memang tak la kalau dia sanggup jadikan aku duda hot... lagipun aku banyak kerja kot kat sini. Okay apa kalau aku dah hantar kakak ipar kau balik rumah mak dia. kalau aku tak kerja, anak bini aku
nak makan apa?"Balas Zack dengan mimik muka tidak puas hati.
"yela yela, kau kan seorang suami yang kerja keras
untuk anak isteri kan? dahla, aku nak mandi dulu... naik darah hijau pulak babah nanti tunggu aku lama lama.Papai!!" Laara melambaikan tangannya kearah Zack. sebelum menutup pintu kamarnya.
...........
"Babah panggil Laara ke?"
Dato Haji Iskandar Dzaffir berpaling. surat khabar yang dibacanya sebentar tadi diletakkan diatas meja bersebelahan dengan kopi miliknya. Spek mata yang dipakai untuk membaca juga turut dilepaskan.
"Laara, cepat duduk. Ada hal penting yang babah nak cakap dengan Laara."
"Apa yang penting tu babah?"soal Laara yang masih lagi berdiri sambil mengikat rambut panjangnya yang sedikit lembab.
"Laara, Laara nak babah cakap cepat cepat or Laara nak berdiri macamni lama lama? babah tak akan cakap selagi Laara tak duduk! so, please have a sit my princess?"
"okay...."Laara akur. Dia melabuhkan punggung diatas sofa berhadapan dengan Dato Haji Iskandar Dzaffir.
"okay, now babah nak cakap Laara. Babah nak..." belum sempat Dato Haji Iskandar Dzaffir menghabiskan ayatnya, Laara mencelah.
"Pasal Laara?"
"Yelah pasal kamu. kalau tak, takkan babah panggil kamu sebab nak cakap pasal orang lain." Jawab Dato' Haji Iskandar Dzaffir bersahaja.
"ouh, hehehe" Laara menggaru kepala sambil tersengih.
"Babah nak kamu pergi ke party cari jodoh di hotel milik keluarga Dato' Aziz.make sure you jangan buat hal masa majlis tu? And you Zack! nanti tolong beli dress untuk Laara,faham?" Arah Daro' Haji Iskandar Dzaffir.
"Hah?!! kenapa Laara kena pergi babah? bukannya anak babah tak laku sangat sampai babah suruh pergi dekat majlis cari jodoh..." Kata Laara dalam nada yang seakan akan merajuk. Ditambah lagi dengan muka bajet kesian dia yang rasa macam nak lempang sampai merah.
"Jangan buat muka macam tu sangat, babah takkan ubah fikiran. kalau nak tunggu laara, sampai umur 30 pun takda calon lagi. Adik dengan abang kamu dah lama kawin. kamu bila lagi? sebabtu babah suruh kamu pergi majlis tu. Babah tak nak la nanti anak babah jadi andartu..."
"yelah babah, dzaffiq tu tak kawen lagi apa.. boleh teman Laara dalam rumah ni."
"Yang kamu nak babitkan adik bongsu kamu ni kenapa? dia tu baru darjah enam kan. memang la dia tak kawin lagi." Dato Haji Iskndar Dzaffir geleng kelapa. haduii, kenapalah dengan anak aku ni, pelik pelik je..
Laara menunduk sambil memikirkan kata kata babahnya. Ada betulnya juga. Takkan dia mahu andartu dan tak nak mendirikan rumah tangga. terbit pula rasa cemburu dengan abang dan adiknya yang sudah ke jinjang pelamin. Dia pun nak jugak!
Eloklah, sorang kahwin dengan janda, sorang lagi kahwin dengan duda. Yang aku ni tak kahwin kahwin lagi... tapi baru 27 tak andartu lagi kan?
Tapi okayla janda duda tu. Si janda ni baik, cantik, sopan, tutup aurat... okay sangat sebenarnya. Tapi sayang, janda. Jantan manalah tak guna sangat pi tinggai bini meletops macam ni. Heish, tak faham aku. Nasib Abang aku ada.
Kalau si duda ni pulak, Ofc bekerjaya, cool, tinggi lahai, hensem tu tak payah cakap, 97.4% aku kasi... tak kesah la kalau Laura boleh sangkut dengan dia ni dan kahwin pada umur 25.
habis aku ni? takda orang nak... sedih bhai hidup aku.
"Laara bawak Sara sekali boleh? Dia pun takda partner lagi babah. Mana tahu nanti jumpa dengan jodoh dia ke... manalah tahu kan?"
"ikut sukahati kamulah. kamu dah besar. tapi lepas jumpa orang yang sesuai dengan kamu tu kenalkan dekat babah dan mummy." Dato haji Iskandar Dzaffir kembali membaca surat khabar di atas meja
"Okay babah!! tapi bila majlis tu?" tanya Laara ingin tahu. Rasa berdebar pulak menunggu hari tersebut menanti.
"Esok"
Share this novel