Dato' Aziz meletakkan sudu dan garfunya diatas pinggan dan menolaknya sedikit ke hadapan. Tisu diambil dan dilap dimulut untuk memastikan tiada makanan ataupun sos yang tersisa di mulutnya. Puan Sri Khadijah juga turut melakukan hal yang sama.
Rey yang melihat kedua ibu bapanya turut cepat menghabiskan makanan yang masih tersisa di dalam piring.
"So, Rey dah tahu kan kenapa kita dinner bersama malam ni?" Dato' Aziz memulakan percakapan.
"No, pa... kenapa?" Tanya Rey.
"Rey kami dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dah dengan kamu ni. kamu sebenarnya dah tahu kan kenapa papa ajak dinner malam ni? Tolongla jangan nak mengelat kali ini. Kami dah tua, letih tahu nak urus kamu sorang.belum lagi adik kamu tu." Puan Sri Khadijah bersuara.Geram pulak dengan anaknya. Buat buat tak tahu pulak.
"Pasal tu ke? sorry ma, Rey takda calon lagi nak kasi mama menantu. Rey bukan taknak ma, tapi rey... "
"Rey tak move on lagi?sampai bila Rey? sampai bila?..." Puan Sri Khadijah mula naik geram dengan anaknya. Nak marah pun tak guna sebab anaknya itu sudah dewasa.
"Bukan ma.Come on, Rey dah lama move on la dengan Selena. Cuma buat masa sekarang Rey tak bersedia lagi. Rey nak jumpa orang yang betul betul
sayang Rey. Betu betul ikhlas dengan Rey. Tapi Rey tak jumpa lagi orang yang macamtu ma. Kalau dari awal Rey tahu kita nak discuss pasal ni, baik dekat rumah je. bagi Rey, tempat ni tak sesuai nak cakap pasal benda macamni."
Dato' Aziz yang sedari tadi mendengar percakapan antara ibu dan anak akhirnya bersuara.
"Macam ni lah, papa dan mama nak rey pergi ke party cari jodoh.Party tu mama dan kawan mama akan uruskan.Diaorang akan buat di hotel. Yang mana kamu berkenan nanti boleh cakap terus dengan kami" Dato' Aziz memberi kata putus kepada anaknya.
"Pa.... "
"No Rey, papa dah bosan tengok Rey dekat balkoni. itu yang Rey kata 'tak move on lagi'?bunga bukan sekuntum Rey... "Sambung Dato' Aziz lagi.
"Baiklah pa, Rey akan ikut cakap papa. Tapi Rey tak janji kalau Rey akan terima diorang."
Rey kemudian bangun dan melangkah keluar dari hotel. Hatinya tidak tenang memikirkan hal yang papa dan mamanya akan lakukan. Dia bukan budak kecil lagi yang semua benda perlu diatur oleh orang tua.
"Awak tengok anak awak tu. Sampai bila dia nak jadi macam tu? bukan dia ke yang mintak putus dengan si Selena tu. Heish,saya tak faham la dengan dia,kalau Selena ada depan mata bukan main marah lagi dia,menyampahla.tapi sekarang ni macam orang hilang akal pulak saya tengok anak awak tu. Ego sangat!"Bebel Puan Sri Khadihah.
Lambat lagi nampaknya dia boleh bermain dengan cucu. Kawan kawannya semua sudah dapat cucu. Dia juga mahu merasainya. :')
"Hmmm, awak tengok tadi macam mana? ada ke tanda tanda yang dia setuju dengan kita? tadi tu pun saya rasa dia terpaksa setuju sebab nak lepaskan diri.Hah, yang date tu awak yang urus... saya tak nak masuk campur. Awak yang suruh saya cakap dekat dia je kan. yang selebihnya awak yang buat."
"Abang!! eee abang ni... macam mana saya nak handle dia sesorang? Abang!!"
Share this novel