Rey menilik dirinya sendiri di hadapan cermin dengan segak. tali lehernya dibetulkan supaya sentiasa kelihatan kemas. rambutnya disisir rapi. sekali pandang sudah hampir serupa dengan christian hogue saja wajahnya.
Sesekali dia membuat mimik muka acah modelnya itu. Rey kemudian membuka almari dan mengambil satu buah kotak kecil yang berisi sepasang anting anting permata yang diberikan oleh mummynya. Benda itu akan diberikan kepada seseorang yang dia rasa sesuai buat dirinya nanti.
Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia lari dari pergi ke majlis itu. Tapi dia cuma tidak mahu ibu bapanya marah terhadap dirinya nanti.
"okay! siap!"
kakinya dihayun untuk melangkah ke pintu utama. kasut yang berkilat cantik di rak diambil lantas dipakai olehnya. setelah semuanya sudah selesai, Rey segera menghidupkan enjin dan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu.
............. ..
Pintu lift terbuka.Laara dan Sara masuk dengan perasaan yang bercampur baur. Malu? senang? nervous? semua ada!
"Wah...ni majlis kahwin ke apa Laara?!"Teriak Sara. Terpegun dengan keindahan majlis ini.
"Hei! mana ada orang kahwin la! kau nampak ada pelamin ke kat sini?"
Sara tersengih menayangkan gigi karatnya.Dia membuka langkah mengikuti Laara yang sudah pergi ke depan.
Laara mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan makanan.Tahu sangat dengan perangai Sara. Sebab itu dia mengambil tempat yang sesuai.
"Hi sweetie?"
Laara mengangkat kepala dari terus menatap i-phone miliknya.
"Ya?"
"Cik seorang je ke?"Tanya lelaki itu. Rambutnya disisir ke belakang menggunakan jari di hadapan Laara. Laara sudah buat rolling eyes.
"Tak. saya datang dengan kawan saya.tuu? Tunjuk Laara menggunakan mulutnya kearah perempuan yang sedang melantak tak hengat dunia sekarang ini.
"Ouh, Hahaha Lawak jugak ya cik ni. Takkan la cik berkawan dengan perempuan macam tu?"Kata lelaki itu.
Katanya katanya membuatkan Laara sentap.
"Kawan dengan perempuan macam tu? Apa maksud awak ni?! Awak nak kata kawan saya apa hah?!dah la! Awak boleh berambus dari sini sekarang."Marah Laara.
"Apa ni marah marah... saya gurau ja."Lelaki seperti kacukan Jerman memegang lengan Laara.
"Lepaslah bodoh!Tak malu. ke depan semua orang?!kau ni takda maruah ke apa hah?!"Sudah hilang perkataan 'awak' tadi disebabkan perangai jijik lelaki asing ini.
"Jangan la segan cik, saya tahu awak pun..."
Bukk!!
Belum sempat lelaki itu meneruskan ayatnya. Satu penumbuk sudah selamat singgah di pipinya.
"Kalau orang dah tak suka, jangan paksa bro. memalukan kaum lelaki je kau ni." Tangannya di lap di sapu tangan yang berada diatas meja itu. Sapu tangan beruang? yang siapa punya ni? Rey
mengangkat kepalanya.
Oh God!! perempuan ni ke yang aku tolong? and sapu tangan ni? dia punya?
"Sorry, aku terguna kau punya sapu tangan"Rey meletakkan salu tangan itu ke tempat asal.
"t.. takpe. Awak okay?"Tanya Laara.
"Hmmm"Hanya itu sahaja jawaban dari Rey. Dia sebenarnya gugup dan segan berhadapan dengan Laara. Wajah wanita ini tidak lepas dari fikiran dan mimpinya selepas berjumpa dengannya beberapa hari lalu.
Jenna yang berasa sedikit canggung mula mencari Sara.Siot punya kawan! Aku hampir kena benda tak elok tadi kau boleh pulak pilih makanan dengan muka tak bersalah.
"So, datang sini sebab mak bapak suruh or what?"Tanya Rey. Kerusi ditarik dan dia mula duduk berhadapan dengan Laara.
"My dad suruh datang."
Mulut Rey membuat tanda 'O'. kes kena paksa ke apa ni?
"And then, dah jumpa your prince charming?"Tanya Rey dalam nada sedikit gatal. Rey sekarang ni dah nampak muka Laara jadi merah macam cili yang nenek tanam. hahaha!! Comel!
"no"Jawab Laara sepatah. Kenapa sekarang ni dia rasa macam jantan ni gatal semacam je? Relax Laara. Dia dah tolong kau tadi. "Thanks"
"Huh?"
"I mean, thanks sebab tadi dah halau lelaki pelik tu."Laara menghadiahkan senyuman nipis. Dia tidak tahu kah yang senyuman dia tu sudah membuatkan Rey hampir pitam. Mak ai!!
Rey diam.Mungkin speechless.Sekejap Laara mendengar Rey berdehem.
"Datang sorang jeke?"tanya Rey.
'Apa siak dia ni tanya benda sama macam jantan tadi. takkan dia pun nak tarik tangan aku nanti? no no no!! tak boleh jadi ni.huhuhuhu babah kenapa suruh Laara pergi majlis ni. Baik aku lari.'
Rey pelik apabila melihat Laara yang sudah bangun dari kerusi yang didudukinya."Eh, awak nak pergi mana?"
"Er. s.. saya nak ambil makanan sekejap"belum sempat Laara mahu beredar, entah dari mana munculnya Sara yang membawa pinggan berisi makanan.
"Laara. Kau nak pergi ambil makanan ke? tak payah. Kawan kau yang hati ni dah tolong ambilkan untuk kau!"Laju Sara duduk diatas kerusi yang Laara duduki tadi tanpa menyedari akan kehadiran seorang lelaki dihadapannya saat ini. Selamba ayam disuap masuk ke dalam mulutnya"Sedapnya Laara!!" Laara hanya diam melihat tingkah laku Sara. Perkara itu membuatkan Sara rasa pelik.
Suapan Sara semakin lambat.
Sara merasa ada yang tidak kena sekarang ini. Dia merasa pelik apabila melihat Laara yang masih lagi berdiri disamping kerusinya. "Kenapa kau tak duduk lagi Laara?Kau tak nak makan ke?"
"Er...Sara, Depan kau..."
***
Lalu sikit...
Ha! Aku nak promote satu novel terbaru aku
'Last Mission'
korang pergi check tau!! n aku dah siap ii nak kena maki sbb tamak nak buat 2 novel sekaligus. Hahaha. Korang yang baca ni muka tak payah nak serius sangat (: just enjoy je.Abaikan typo gila aku tu ok? Aku takda masa nak check satu ii. ;)
Share this novel