Flashback#
"Jeff, apa kau buat ni?!! " Bajunya yang sudah terkoyak di bahagian bahu diangkat sedikit untuk menutup bahagian yang hampir terdedah.Laara mengesot sedikit demi sedikit ke belakang.
Jeffri tidak mengendahkan kata katanya. Tubuh. Laara ditolak hingga terjatuh diatas sofa. perlahan lahan wajah wanita itu dielus lembut.
"Kau tahu tak yang aku dah lama nak buat macamni. Apa kata kau bagi aku peluang? Having fun together huh?" tangannya sudah merayap hingga ke rambut Laara.
"Hell,no!! Kau gila Jeff! Kau ingat aku ni apa hah? senang senang je kau nak suruh aku serah diri dekat setan macam kau ni!Kau memang setan Jeff!!"Laara meludah sehingga terkena muka Jeffri.
Jeffri bengang diperlakukan seperti itu. Air liur Laara dimukanya disapu kasar.
"ARGHHHHHH!!! "
Rambut Laara ditarik sehingga kepalanya mendongak memandang Jeffri. Lelaki itu seakan akan dikawal oleh iblis. Langsung tiada belas kasihan apabila Laara meraung kesakitan.
BAMM!!
Tangan yang baru sahaja ingin membuat kerja terbantut. Lelaki berjaket kulit hitam itu dipandang. perlahan lahan dia bangun sambil membetulkan butang bajunya.
"Kau siapa?"Tanya Jeffri. Berani lelaki ini mengacaunya di waktu begini.
Lelaki itu hanya diam.Kaki diatur ke arah Laara tapi segera dipukul oleh Jeffri. Terjatuh dia dibuatnya. Darah pekat mula mengalir di celah bibir diseka. Dia bangun dan membalas penumbuk. Dibelasahnya Jeffri hingga lelaki itu lembik. Jeffri kelihatan sudah tidak mampu bangun untuk melawan lagi. mata hitamnya hilang. hanya mata putih sahaja yang kelihatan.
"Aku ingatkan kau. Sekali lagi kau buat apa apa dengan adik aku, aku akan pastikan kau pergi jumpa tuhan!! "
Jeffi yang terbaring itu dipandang. Matanya melihat kearah Laara. "Perempuan mana jadi mangsa kau lagi ni hah? tak puas lagi ke dulu kau buat adik aku trauma, sekarang kau nak buat dia pulak ke?! "
Lelaki itu kemudian pergi ke arah Laara.Bahu wanita itu dipegang dan diangkat perlahan lahan.Laara langsung tidak mengangkat mukanya.
"kau okay?"
Laara hanya mengangguk.Lelaki itu membawa keluar Laara. "Lain kali jangan bodoh sangat pergi ikut jantan macamni. Kau tu perempuan.Kalau dia dah buat apa apa tadi macamna? menyusahkan keluarga kau jugak nanti."
Laara mengangkat kepalanya. Terpana dia melihat wajah lelaki itu.Tetapi tidak boleh dilihat jelas wajahnya dek kaca mata hitam yang seakan menutup keindahan mata lelaki ini.
"T... thanks"Hanya satu perkataan yang keluar dari bibirnya.
Lelaki itu hanya mengangguk lalu pergi meninggalkan Laara bersendirian di situ. Huh!! tak gentleman langsung!!
End flashback #
#¥ Sorry kalau klise sangat. takda idea ni hahahah. bab ni pun tak panjang sangat. sorry tau!
Share this novel