"Dayah, tolong bacakan jadual saya harini."Arah Rey.
"Harini tuan ada appoinment dengan Dato' Deris pukul 2. Malam ni juga tuan ada dinner dengan miss Selena pukul 9 malam."
"Selena? dinner? tolong batalkan yang tu ya?"Rey dah huat muka bosan apabila nama 'ex' nya itu disebut. Nak apa lagi minah ni? dah putus tu buat la cara dah putus. Ni selalu ganggu aku macam hantu pehal? ke nak request jadi bayang bayang aku? for sure aku akan tendang kau dulu.
"kenapa tuan? "soal Dayah. Matanya memandang Rey menunggu jawapan.
"Malam ni kebetulan saya ada dinner dengan parent saya dekat Livena Hotel. Saya tak nak ada sebarang gangguan malam ni, faham?"
"Baik tuan, Err tuan... saya nak tanya sikit boleh?betul ke tuan nak kawin dengan selena? "Hati Dayah berdebar menantikan jawapan. Busy body betullah Dayah ni...
"Who said? "
"Selena yang bagitahu saya masa dia datang kat sini pagi tadi. Dia kata yang dia akan jadi bakal mem besar kat syarikat ni.Zualikha pun ada cakap benda sama dekat saya pasal cik Selena." jawab Dayah cukup gugup. Gatal sangatkan pergi tanya benda bukan bukan,Jawaplah kau!
"Awak percaya? "
"Err, tak tuan"
"Then?pergi buat kerja sana. Saya takda masa nak cakap hal macam ni. Jangan awak nak percaya benda tu kalau bukan keluar dari mulut saya.Lagi satu, bukan ke awak tahu yang kami dah lama putus?"Rey membetulkan suit yang dipakai sebelum keluar dari biliknya.
Dayah turut keluar dan pergi ke pantri untuk menghilangkan rasa dahaganya. Lemah juga lututnya bila wajah Rey berubah menjadi merah. Lupakah dia bahawa bossnya itu sensitif soal 'perempuan' yang telah memegang status sebagai 'ex'?
......
"Abang cepat la sikit. Dah lambat ni. Nanti Rey tunggu lama pulak.Merajuk karang anak bujang awak nanti"Ujar Datin Sri Khadijah.
"Tunggu la sekejap, saya bukannya 'The Flash' nak laju laju ni. Awak ni asyik mebebel je. Baik tolong
saya ikatkan tali leher ni,nah" Dato' Aziz menyerahkan sehelai tali leher kepada isterinya.
Datin Sri Khadijah mengambil tali leher dari tangan suaminya lalu dipakaikan ke leher. Selepas selesai memakain tali leher, Datin Sri Khadijah mengambil beg tangannya yang berada di atas meja solek lalu keluar bersama Dato' Aziz.
"Iqbal, tolong hantar kami ke Livena Hotel ya? tolong cepat sikit sebab kami dah lewat."Minta Dato' Aziz kepada bodyguardnya, Iqbal Naqib.
"Baik tuan! " Iqbal segera membukakan pintu untuk majikannya. Apabila memastikan kedua duanya sudah masuk ke perut kereta, dia kemudian pergi ke arah tempat pemandu dan memandu ke lokasi yang mahu ditujui.
"Iqbal tolong perlahankan sedikit kereta ni. Awak nak bawa kami jumpa tuhan ke? " Kata Dato' Aziz dalam nada gurauan apabila merasakan bodyguard memandu terlalu laju.
"M... maaf tuan! saya takut tuan akan lambat sampai ke hotel. Saya akan perlahankan sedikit kereta ni. Maafkan saya sekali lagi tuan." Iqbal perlahankan sedikit kereta yang dipandu supaya tidak ditegur oleh majikannya lagi.
"It's okay, Saya juga yang suruh kamu cepat tadi." Ujar Dato' Aziz. Dia tidak ingin bodyguardnya merasa bersalah. Dia bukan seorang yang mudah simpati tetapi seorang penyayang.Disebabkan oleh itulah ramai pekerjanya yang suka berkhidmat dengannya.
Iqbal kemudian kembali memandu dengan kecepatan sederhana.
S/N: i'm sorry for this chapter. hambar kan? nak buat macam mana... banyak sangat work kena buat .huhuhu doakan sfna supaya cepat siapkan novel ni ya? doakan juga kejayaan sfna.
love u reader!! ??
Share this novel