"Handsomenya bodyguard kau, Luna!'
"Tulah. Dahlah handsome pandai menari pulak tu. Argh, memang limited edition!"
"Kan kan. Kalau akulah ada bodyguard macam tu memang aku simpan dia ketat-ketat,"
"Ah takde-takde. Ian tu aku yang punya,"
"Eh akulah!"
"Aku!"
Luna menekup kedua-dua belah telinganya yang bingit mendengar pertelingkahan di antara Harlin dan Vanessa mengenai Adrian. Semenjak dia memaklumkan kepada mereka berdua yang lelaki yang menari di atas pentas tadi adalah bodyguardnya, tak habis-habis mulut Harlin dan Vanessa menyebut perihal Adrian.
Adrian itulah. Eh, Adrian inilah. Euw! Loya tekak Luna dengar.
"Ish korang ni, boleh diam tak? Asyik-asyik Ian, asyik-asyik Ian. Menyampah tau!" tempelak Luna.
Harlin dan Vanessa terus mengalihkan pandang mereka berdua ke arah gadis itu. Luna merengus tidak puas hati.
"Alaa kau ni. Apa salahnya kitaorang puji sikit bodyguard kau tu? Takkan itu pun kau nak berkira,"
"Aku bukan berkira okay. Aku menyirap. Engkau berdua puji dia. Tu, papa aku yang dekat rumah itu pun puji dia. Eh apa yang menarik sangat dekat dia tu sebenarnya huh?" Luna mendongkol geram. Tak habis-habis dia mendengar pujian terhadap Adrian. Sepatutnya malam ini dia yang patut dipuji, bukannya lelaki itu!
"Hek eleh Luna, takkan itu pun kau nak jealous?" Vanessa menebak.
Luna mengangkat kening sebelah. Hujung bibir tergelak mengejek. Sinis.
"Excuse me? Aku nak jealous dengan dia? Ah lambat lagi!" jawabnya sarkastik.
Harlin dan Vanessa mencebikkan bibirnya. Masak dengan sikap Luna yang egonya tahap petala langit yang ketujuh.
"Dahlah. Tak kuasa aku nak layan korang. Tak habis-habis pasal Ian. Baik aku balik dulu. Bye,"
"Eh eh Luna! Tunggulah kejap. Awal lagi kot," halang Vanessa. Baru dia mahu menghabiskan masa bersama lagi namun Luna terus melulu jalan ke depan tanpa mempedulikannya walaupun sedikit.
"Ish Luna ni pun. Dahlah Si Eisya pun dah balik. Kita tinggal berdua ajelah ni," Vanessa mengomel sendiri. Geram dengan perangai sahabatnya itu.
Harlin mengusap-usap perlahan bahu Vanessa. Rakannya itu ditarik masuk ke dalam dewan semula. Berdua pun, berdualah.
HUJUNG mata pen marker berwarna merah itu membentuk bulat besar pada wajah salah seorang manusia yang berada di dalam gambar. Hujung bibir meletuskan tawa penuh sinis. Gambar yang dibulatkan itu dipangkahkan sebesar-besarnya. Penuh kepuasan!
"Arrogance is a camflauge of a insecurities. Truth. But that doesn't means that … The camflauge can't get their karma. Am i right, Puteri Eluna?" Bilik yang tadinya sepi kini dipenuhi dengan gelak tawa daripada dia.
Gambar itu dikoyakkan kasar menjadi serpihan-serpihan kecil. Dengan bayangan seperti dia mengoyak-ngoyakkan Luna sendiri. Kalaulah betul, dia sungguh puas! Tak sabar dia mahu menanti detik itu. Detik di mana jatuhnya Luna daripada dunia sombong bongkaknya. Detik di mana Luna akan jatuh, dan dia akan ke atas! Membuka mata Luna yang selama ini terlampau mendongak langit dan akhirnya jatuh mencium tanah.
Sungguh, dia tidak sabar menunggu detik itu berlaku!
"Hahahahaha …" sisa tawa yang masih tersisa berjaya mengalirkan air matanya. Bukan air mata kesedihan, tetapi kepuasan.
Jari runcing miliknya menyeka cecair tersebut. Serpihan-serpihan gambar yang sudah selamat mencium lantai bilik tadi dikerlingnya menggunakan hujung mata. Senyum sinis terukir lagi.
"Saat kejatuhan kau makin hampir. Sikit je lagi. Semoga kau hargai detik-detik sementara bahagia yang masih kau ada sekarang. Sebelum aku ragut semuanya," Penuh makna yang mendalam di dalam setiap butir bicaranya.
Dia bangun turun daripada katil. Serpihan gambar Luna yang dia perasan menangkap lensa matanya.
PAP!
Kaki terus diangkat, dipijak gambar itu dengan kuat. Ditenyeh-tenyeh dengan hujung kaki. Gelak tawa terletus lagi. Seperti orang yang tiada akal. Rasa geram dan sakit hati yang selama ini ditahan dan didiamkan seakan-akan menjalar ke segenap urat sarafnya. Kenikmatan.
"Huh … Bye-bye Puteri Eluna …" bibirnya berbisik halus.
TUBUHNYA dibawa bersandar pada badan kereta Mercedes Benz itu. Tangannya membelek-belek surat itu tanpa jemu. Isi kandungan surat itu dibaca lagi berulang kali di dalam hati. Wajah ingin tahu mendominasi seluruh jagat.
'Jangan terlampau takbur, takut nanti engkau yang jatuh tersungkur.'
Adrian mengerutkan dahinya, berlapis-lapis. Surat itu dijumpainya diselitkan di antara wiper kereta tatkala dia sampai ke tempat parking tadi. Pelik. Tiada langsung disertakan dengan nama pemberinya. Hanya sekadar dua baris ayat yang Adrian tidak pasti apa makna tersirat. Creepy.
Surat itu dibelek sekali lagi, takut jikalau dia ada terlepas pandang. Kali pertama dia mendapat surat sebegini rupa. Sebelum ini takde pun. Apakah surat ini ditujukan buat Luna... Ataupun dia? Adrian ragu-ragu.
"Hoi!" laungan suara lunak itu membuatkan Adrian cepat-cepat memasukkan surat itu ke dalam kocek seluar. Kepalanya terus ditolehkan ke arah Luna yang sedang berjalan menghampirinya. Dia berdiri tegak semula.
"Hah Cik Puteri. Baru ingat nak balik?" Sebaik sahaja Luna tiba di hadapannya, Adrian terus memerli.
Luna tayang muka double jerk. Tangannya naik berpeluk tubuh.
"Haah baru ingat nak balik. Amboi kau. Kemain eh tadi duk berjoget sakan dekat atas pentas tu," Luna membuka kisah tadi.
Tersunggil sengih kerang busuk Adrian di hujung bibir.
"Dah dia yang tarik saya naik atas. Takkan saya nak kejung macam patung pulak dekat situ. Saya menari ajelah," balas Adrian.
Luna menjungkitkan bibirnya. Matanya menjeling tajam ke arah Adrian. Whatever!
Pintu kereta bahagian penumpang terus dibuka.
"Jomlah balik. Aku dah penat dah ni," kata Luna seraya membolos masuk ke dalam perut kereta.
Adrian juga turut melakukan hal yang sama. Kunci terus dicucuk masuk lantas enjin kereta dihidupkan. Seatbealt kereta ditarik lalu dipakai.
"Tau pun penat. Kalau saya tak ikut Cik Puteri hari ni rasanya penat-penat macam ini pun cik gigih lagi nak menari dekat kelab tu. Tak kira penat dah. Kan?"
Ayat yang tiba-tiba terpacul daripada mulut Adrian membuatkan Luna tersentak. Wajah Adrian di sebelah terus dikerling bersama dengan mata yang terkebil-kebil. Kelu sekejap lidah.
"Kau... Kau tahu?" Luna merenung dalam wajah Adrian. Tidak sangka Adrian tahu akan perancangannya nan satu itu.
Adrian menoleh ke arah Luna. Bibir melorek senyum manis menampakkan kedua-dua lekuk di pipinya membuatkan Luna terkedu sejenak.
"Peel Cik Puteri ni saya dah hafal semua dah. Setakat pasal rancangan cik tu senang jelah saya nak tau. Celah ketiak saya je," jawab Adrian dalam lelucon.
Ceh! Luna membuat mulut mengajuk ayat Adrian. Dia terus bersandar kasar pada seat. Mata terus ditalakan ke depan.
"Jalanlah cepat! Menyampah aku. Semua benda kau tau," gumam Luna.
Adrian meletuskan tawanya. Kepalanya digeleng-gelengkan. Tangan memegang kemas stereng kereta. Dengan lafaz basmalah, kereta Mercedes Benz itu dipandu pulang ke Villa Oracle.
Sepanjang dalam perjalanan, masing-masing mengunci bibir daripada menuturkan sebarang bicara. Hening suasana ditemani dengan jalan yang gelap menyelusuri jalan raya. Lengang memandangkan tengah malam sudah pun menjelma.
Tetapi di dalam kepala Adrian, bait-bait ayat di dalam surat misteri tadi masih lagi terlayar. Takbur? Tersungkur? Argh! Tak faham betul dia. Apa motif tujuan si pemberi? Ke hari ini hari bagi surat-menyurat sedunia. Sudah, makin jauh si Adrian ini memikirkan.
"Kau ni dah kenapa?" Luna yang ralit memerhatikan Adrian yang tampak gundah daripada tadi menegur.
Adrian tersentak daripada lamunan. Bibir ukir sengih sumbing bagi menutup rasa tak sedap hati.
"Err … Takde apalah, Cik Puteri. Ada masalah sikit je," luahnya.
"Masalah apa?" Luna masuk jarum ingin tahu lebih lanjut.
Tangan Adrian mengusap belakang tengkuk sendiri. Menimbang tara. Patut ke dia beritahu Luna tentang surat itu? Tetapi takut pula jikalau surat itu sekadar gurauan semata. Manalah tau cara orang kaya-kaya bergurau sebegitu kan. Kira logikkah? Hatinya berbelah bahagi.
Sedang dia berfikir dalam, tanpa perasan dek lensa mata sesuatu benda besar melintas di hadapan kereta mereka. Luna terkejut. Refleks menepuk Adrian di sebelah.
"Ian!" Tumpuan Adrian yang tadinya terganggu kini tertumpu semula ke arah jalan raya. Matanya terbuntang. Tangan segera menarik handbreak kereta. Tayar kereta dan jalan tar bergeser kuat. Nyaring bergema di kawasan sunyi itu.
Luna memejamkan matanya rapat. Adrian masih paku memandang ke depan. Jantung masing-masing berdegup kencang mengepam darah ke jantung. Allahuakhbar!
SKREEEEEETTTTTTT!
Share this novel