"Encik Rayden?" Pintu pagar yang dikunci menggunakan mangga lantas dibuka oleh Adrian. Anak matanya pula masih tidak lepas daripada merenung sepasang anak matu kelabu yang indah itu.
Rayden melorekkan senyum. Kepalanya dijengul sedikit ke dalam villa, mencari kelibat si kekasih hati yang sudah lama dia tidak temui. Rindu di dalam dada semakin menggebu-gebu.
"Luna mana, Ian?" Soalan itu terus diajukan kepada Adrian. Dia cukup kenal dengan Adrian. Bodyguard yang sering dibebelkan oleh Luna setiap kali mereka keluar temu janji.
Adrian itulah, Adrian inilah. Ada saja sikap Adrian yang akan diadu domba oleh Luna kepada Rayden. Dan setiap kali itulah, Rayden hanya tergelak. Hahahaha!
Adrian membalas senyum pemuda itu. Pintu pagar dibuka memberi ruang untuk Rayden membolos masuk. Setelah itu, ditutup rapat semula.
"Cik Puteri ada dekat dalam bilik. Dia tak sihat," jawab Adrian lembut.
Berubah terus jagat wajah Rayden mendengar jawapan daripada lelaki itu. Adrian dipandang dengan riak wajah cemas. Rasa nak luruh jantung Rayden tatkala mengetahui khabar kekasihnya tersebut.
"What? Tak sihat? Dia... Dia okay aje kan? Teruk ke?" Bertalu-talu soalan dituju. Gelabah.
Adrian tergelak perlahan. Kepalanya digeleng-gelengkan. Geli hati tengok muka tampan Rayden bila gelabah. Risau sangat dengan kekasih hati dia tu.
"Okay sajalah. Demam terkejut biasa je. Encik nak jumpa dia ke? Kalau nak saya boleh tolong panggilkan," kata Adrian.
Rayden menggangukkan kepalanya. Lantas itu Adrian terus menapak masuk ke dalam rumah semula. Anak tangga didaki menuju ke bilik Luna yang terletak di tingkat dua Villa Oracle.
TOK! TOK! TOK!
"Cik Puteri! Bangun! Tidur lagi ke?" panggilnya daripada luar bilik.
Hampir 5 minit dia menunggu sahutan daripada Luna, namun semua itu hanyalah angan-angan taik ayam. Memang takdenya perempuan itu menyahut. Sepi saja tanpa balasan.
"Cik Puteri! Dah nazak sangat ke dekat dalam bilik tu sampai tak menyahut?" sembur Adrian tanpa berlapik. Apabila mulut pedas Adrian mula bekerja, dijamin laungannya itu akan disahut dalam masa 3 saat sahaja. Tengoklah nanti.
"Eee kau nak apa?"
See? Kan dah kata. Nak kena guna ayat pedas baru dia nak menyahut. Apa punya perangailah.
"Bangun. Ada orang nak jumpa cik dekat bawah,"
Sunyi 5 minit. Adrian menarik nafasnya dalam, hembus perlahan. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Tak nak jumpa takpe. Saya suruh dia balik. Jangan menyesal tak sudah nanti," Adrian bermain tarik tali.
"Ish, siapa? Kan aku tengah demam ni. Tak faham bahasa ke yang aku tak nak diganggu?" rengus Luna.
Dia di dalam bilik meraup wajahnya yang pucat lesi. Hilang sudah jelita. Kokleanya menunggu jawapan daripada Adrian. Panas hati gara-gara tidurnya diganggu sekali lagi.
"Boyfriend kesayangan Cik Puteri, Encik Rayden Imran. Tak nak jumpa ke?"
Setelah menyebutkan sebaris nama itu, halwa telinga Adrian berdesup dapat mendengar bunyi pintu bilik air terbuka. Kemudian terdengar pula bunyi air pancuran daripada dalam. Kening Adrian terjungkit tinggi.
Aiseyh, bila pakwe datang kemain laju terus pergi mandi! Dasar Cik Puteri! Hak tuihhhh!
SETELAH membersihkan diri, langkah Luna dihayun turun daripada kamar. Badan sudah bau semerbak harum disembur dengan minyak wangi. Muka pula disolek dengan make-up tipis. Bibir mungilnya dicoletkan dengan secalit liptint. Lupa sekejap yang dirinya sedang sakit.
"Wah, mbak Luna! Sudah cantik-cantik begini. Bukan tadi mbaknya sakitkah?" Bibik Ati yang terserempak dengan majikannya itu menegur. Mata tidak lepas menilik majikannya atas bawah. Dah tak lembik dah macam tadi.
"Eh you jangan sibuk urusan I boleh? Suka hati I lah nak pakai cantik-cantik pun. None of your business," balas Luna kasar.
Bibik Ati mencebirkan bibirnya. Laluan terus diberi kepada Luna. Majikannya itu berlalu pergi ke luar halaman rumah dan dia hanya memandang melalui kerlingan hujung mata.
"Hah tu Cik Puteri dah sampai. Saya pergi dululah eh," Adrian yang sedang rancak berborak bersama Rayden di taman bunga itu pamit diri mahu beredar.
Sempat lagi Luna menghadiahkan sebuah jelingan tajam buat bodyguardnya tatkala lelaki itu melintas di tepinya manakala Adrian pula menjuih-juihkan bibir, mengejek.
"Eee!" Luna angkat tangan mahu mendebik sekali namun Adrian terlebih dahulu memecut masuk ke dalam villa.
"Amboi tangan tu. Nak pukul siapa?" Rayden yang menyaksikan adegan itu menyampuk. Terletus tawa di bibirnya melihat teletah kebudak-budakkan Luna dan Adrian sebentar tadi. Childish!
"Si ian tulah. Ish," Tanpa membuang masa punggung Luna terus dilabuhkan bertentangan dengan Rayden.
Rayden menopang dagunya. Anak mata redup merenung wajah kekasih hati yang dirinduinya setiap hari. Bibir tidak jemu menguntum senyum manis.
"You bila balik Malaysia? Kenapa tak bagitau?" Luna membuka topik perbualan. Anak matanya juga turut memaku pada kornea mata kelabu milik Rayden. Argh, rasa bergegar tulang rusuk setiap kali mereka berbicara melalui pandangan mata! Indah sungguh rasa.
"Pagi tadi. Saja buat suprise untuk you. Terkejut tak, terkejut tak?"
Luna menghamburkan tawanya. Kepalanya digelengkan. Eee manja betul boypren aku ni! Eceh suprise kononnya. Tak habis-habis dengan kejutan mengejutnya.
"Terkejut sangat tau. Baby, rindu...." Ton suara Luna bertukar mendayu. Tangan Rayden dicapai lantas digenggam erat.
Dan Rayden turut membalas genggaman tersebut.
"I also miss you, sweetheart. You tahu tak, sehari I duduk dekat Perancis tu rasa macam setahun tau. Hari-hari I mengira waktu untuk pulang ke Malaysia and to see you, Luna ...." Jari telunjuk Rayden mencuit pucuk hidung mancung empunya Luna. Manis mulutnya meluahkan kata-kata sang pujangga.
Luna gelak terkekek-kekek manja. Suka diperlakukan sebegitu oleh Rayden!
"You ni kan ... Sehari tak sweet memang tak boleh eh," ujar Luna masih dengan sengih.
Rayden tergelak halus. Tubuhnya dibawa angkat sedikit, kedua-dua belah tangan memegang bucu meja. Wajahnya dan wajah Luna didekatkan sehinggalah ruang yang memisahkan mereka berdua tinggal seinci sahaja. Desahan nafas mereka menampar halus wajah masing-masing.
Luna langsung tidak kekok mahupun terkejut. Lagi romantik Rayden, lagi dia suka! Lagi membuatkan dia teruja.
"My sweet is only for you. The one and only woman that I love pureness from the bottom of my heart. I'm yours, sweetheart ...." Penuh syahdu dan mendayu suara husky milik Rayden berbisik.
Luna mengulum senyumnya. Manis bagaikan madu. Sejenak mereka tenggelam dengan tatapan mata masing-masing. Masa dirasakan seakan berhenti bergulir. Bumi seolah-olah berhenti berputar pada paksinya.
Ya, hanya mereka berdua.
Di dalam mata Rayden hanya ada Luna. Dan di dalam mata Luna, hanya ada Rayden. Tanpa ada orang lain disitu.
"Ya Allah, maksiat!"
Jeritan nyaring seseorang itu memusnahkan dunia fantasi diantara Luna dan Rayden. Segera Rayden kembali ke tempat duduknya semula. Dia berdehem-dehem beberapa kali, tutup malu.
Luna mendecit tak suka. Kepalanya terus ditolehkan ke tepi, mahu mencari si empunya suara yang mematikan saat-saat romantis dia dan Rayden sebentar tadi.
"Astaghfirullah, mbak Luna .... Terkejut saya, mbak. Apa yang mbak buat ini astaghfirullah," Bibik Ati yang telah menonton detik-detik indah Rayden dan Luna secara tidak sengaja tadi beristighfar panjang. Diri masih lagi dalam fasa terkejut yang amat. Dada diurut-urut.
"Eee you ni potong stim betul tau! Kacau je. I baru nak manja-manja dengan boyfriend I," tempelak Luna.
"Waduh, manja apa dong! Itu namanya maksiat, mbak Luna. Berdua-duaan dengan yang bukan muhrim langsung buat aksi sebegitu tadi haram! Mbak Luna ngak boleh!" Nasihat bibik Ati mengundang jelingan menyampah daripada Luna.
Cis, ingatkan Adrian sahaja yang bajet-bajet ustaz dekat dalam villa ini! Rupa-rupanya si Bibik Ati ini pun sama.
"Dah you tak payah sibuk-sibuk dekat sini. Pergi buat kerja you," halau Luna.
"Tapi mbak Luna .... Apa yang mbak buat tadi ngak-"
"I tahulah! Haram, haram, haram. Sekarang you pergi dari sini. I want some privacy. Go!" Jari Luna dituding masuk ke dalam villa.
Bibik Ati mengunci bibirnya daripada membidas lagi. Kepalanya ditundukkan menekur rumput.
"Iya saya cuma nasihatin aja dong," gumamnya perlahan tetapi cukup jelas untuk Luna menangkapnya.
"Jangan banyak cakap lagilah. I said what? Go, so please go right now," sinis lagi pedas Luna menghalau Bibik Ati pergi.
Wanita berumur 30-an itu akhirnya akur berlalu masuk ke dalam Villa Oracle semula. Dah orang tak nak dengar nasihat dia nak buat macam mana lagi kan? Ah, lantaklah!
Setelah memastikan kelibat Bibik Ati sudahpun lenyap, Luna pusing menghadap Rayden kembali. Rambutnya diselitkan ke belakang telinga. Panas hati.
"Wow! Garangnya sweetheart I ni," kata Rayden.
Luna mencemik.
"Yelah, sibuk je kacau sweet moment orang." omel bibir Luna.
Rayden tergelak. Tangan mencubit bibir Luna perlahan menyebabkan gadis itu mengadu kesakitan. Jam tangan Casio yang terlilit di pergelangan tangannya dikerling sekilas lalu.
"Erm, dah pukul 2 dah ni. You demam eh tadi?" soal Rayden tatkala teringatkan kembali perbualan Adrian dan dia sewaktu di depan pagar tadi.
"Hmm. Haah. Demam terkejut," Luna mengeyakan saja. Tangan sengaja menggosok-gosok hidung. Berlakon konon demamnya teruk. Harap dapat bermanja dengan Rayden lagi.
"Oh, kalau macam tu tak dapatlah I nak ajak you keluar dating. I ingat nak ajak you keluar. Tapi you demam. Nanti you dah sihat ajelah kita dating eh,"
Ayat Rayden itu membuatkan mata Luna automatik bersinar terang. Hilang terus mata kuyu acah sakit teruknya. Apa? Dating? Dalam kepala sudah membayangkan segala macam pakaian dan aksesori berjenama yang akan dibelanja oleh Rayden untuknya. Rindu dia mahu menjamu mata. Rindu juga mahu membeli-belah sakan dan menghabiskan duit kekasih sendiri.
"Errr.... Apa you kata tadi? Dating?" Luna menyoal semula meminta kepastian.
"Yelah, dating. Kan dah lama kita tak dating. Tu I nak ajak. Tapi macam I cakap tadi. You demam, so nan-"
"Okay, jom!" Belum habis Rayden bercakap, Luna sudah berdiri tegak bangun daripada duduk.
Bibir sudah mekar dengan senyum excited. Dahi Rayden bergumpal-gumpal berkerut memandang Luna yang ditengoknya macam sihat walafiat sudah.
"Aik? Bukan tadi you kata you demam ke?"
"Demam I dah kebah lepas tengok you harini. Ala jomlah! Kata nak dating. I rindu nak spend time dengan you," Luna memuncungkan bibirnya dengan mata sengaja dikelip-kelipkan berulang kali. Acah comel dan memohon simpati.
Rayden gelengkan kepala. Sudah dapat dah diduga. Haih, kalau dah namanya Puteri Eluna kan. Demam-demam pun sanggup ditolaknya ke tepi. Asalkan dapat bershopping. Ceh, selamatlah dia sayang!
Lantas Rayden turut angkat punggung. Tangan Luna dan tangannya ditautkan bersama.
"Amboi dia. Yelah, yelah. Jom,"
"Yes! Okay you tunggu sekejap. I nak ambil beg dekat atas,"
Bagaikan kilat yang memancar, Luna terus berlari masuk ke dalam Villa.
Rayden tergelak. Tangan berpeluk tubuh menanti Luna di taman bunga. Hadeh, Luna sayang!
Share this novel