5

Romance Series 13454

HARI ini. Saat ini. Detik ini. Ye, malam yang ditunggu dan dinanti oleh Luna kini tiba!

Dua susuk tubuh manusia itu menerobos masuk ke dalam dewan besar di mana majlis pada hari itu diadakan. Adrian tampak tampan dan bergaya dengan mengenakan sepasang tuksedo berwarna hitam bersama tie manakala Luna pula seperti biasa tampak anggun dengan baju yang dipilih oleh Adrian di butik tempoh hari.

Mereka berdua berjalan melepasi kerumunan ramai manusia yakni tetamu yang turut hadir pada malam itu.

"Aku nak jumpa dengan kawan-kawan aku. Kau pergilah saja mana-mana. Buat apa yang kau suka," ujar Luna seraya memusingkan tubuhnya menghadap tubuh tinggi lampai milik Adrian.

"Habistu, Cik Puteri nak tinggalkan saya dekat sini?" Adrian memandang Luna bersama dengan halkum yang berputar menelan liurnya kelat. Bukan apa, dia cuma tidak biasa berada pada majlis besar didatangi ramai tetamu sebegini.

Biasa majlis paling besar yang dia pernah pergi pun majlis perkahwinan. Itu pun tiadalah kekok memandangkan ramai kenalan rapat yang dia kenal semasa di majlis itu. Tetapi di majlis ini, semua orang adalah orang asing baginya. Mahu mati kutu dia.

"Yelah. Aku tak nak kau ikut aku 24 jam. Kau dah dapat ikut aku pergi majlis ni cukup baik. Takkan dekat dalam majlis ini pun kau nak menempel ikut aku sepanjang masa?"

"Eh tapi itulah tu-"

"Itulah tugas dan tanggungjawab saya atas arahan Tuan Hariz. Saya harus awasi Cik Puteri setiap detik dan saat tanpa henti," Luna memotong percakapan Adrian dengan ayat ajukan. Ayat yang biasa dituturkan oleh Adrian setiap kali dia minta lelaki itu pergi jauh-jauh daripada dia. Nampak tak? Sampai ayat lelaki itu pun dia dah hafal. Lali berbuih telinga dia dengar!

"Tapi-"

"Ala pleaselah, Ian! Kau tu bodyguard aku tau. Dengarlah jugak cakap aku. Bukannya cakap papa je," bentak Luna.

"Tapi yang bayar gaji saya papa Cik Puteri. Bukannya cik," jawab Adrian pintar.

Luna merengus kuat. Giginya diketap geram. Kau mencabar aku ye?

Lantas tangan Luna terus menarik kuat tali leher Adrian menyebabkan tubuh lelaki itu terdorong ke arahnya. Tubuh Adrian ditolak kuat ke dinding. Kakinya dijengketkan separas wajah Adrian yang tertunduk gara-gara tali leher yang ditarik kasar. Wajah mendekat.

"Baik kau dengar cakap aku. Sebelum aku cekik kau dekat sini!" ugut Luna keras sudah serupa Ah Long kawasan.

Nafas panas daripada rongga hidungnya berjaya menampar lembut ke wajah Adrian. Berbundel-bundel air liur turun melalui oesophagus Adrian melihat kedudukan mereka sekarang.

Uuu mak ai. Lain macam cara perempuan ini mengugut. Kalau dahulu main tuding-tuding jari sahaja. Sekarang dah berani main tolak-tolak ke dinding, dekat-dekat muka macam Romeo and Juliet pula? Memang lain maciamm!

"Err ... Ini bukan dikiranya mengugut ni Cik Puteri. Ini menggoda ni," Straight to the point Adrian berkata.

Luna tersenyum sinis.

"Memang. Kalau dengan cara ugut pun kau tak nak dengar cakap aku, jadi apa salahnya... " hujung ayat Luna berubah itonasi. Ayatnya diberhentikan bersama dengan bibir yang sengaja didekatkan ke cuping telinga milik Adrian.

Adrian sudah gelisah sendiri.

"... Aku goda pula?" bergemersik suara Luna menyambung.

Aiseyh, memang lain maciam minah ni malam ni!

BUK!

Segera Adrian terus menolak tubuh Luna menjauh dari dirinya. Tuksedonya ditepuk-tepuk seolah-olah mahu menghilangkan debu-debu dosa kulit Luna yang berjaya mendarat di situ. Uish, haram-haram! Balik rumah ni sila buat solat sunat taubat, Ian! Desis hati kecilnya.

Luna tergelak kemenangan. Tangannya naik memeluk tubuh. Keningnya terangkat tinggi merenung Adrian yang nampak serba-serbi tak keruan kini.

"So?"

"Eee yelah-yelah! Saya duduk sini. Lepak-lepak minum air. Cik Puteri pergilah have fun dengan kawan-kawan cik tu," Adrian mengaku kalah. Sebelum perkara yang lebih tak senonoh terjadi ada baiknya dia terlebih dahulu mengangkat bendera putih. Mujur sahaja tempat ini tak ramai orang yang lalu. Jikalau tidak, mahu esok viral dekat muka depan majalah.

PUTERI ELUNA, SALAH SEORANG MODEL TERPOPULAR DI MALAYSIA DITANGKAP SEDANG MENGGODA BODYGUARDNYA DI HUJUNG DEWAN MAJLIS ATAS ALASAN MENGUGUT CARA TREND TERKINI.

Allahuakhbar. Minta simpang! Habis tercalar maruah aku. Adrian gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Tak dapat dibayangkan. Memang setahun dia tak keluar rumah. Atau silap-silap, dia tanam kepala dalam tanah seminggu akibat malu.

"Okay, good. Senang saja rupanya nak buat kau dengar cakap," Luna tersenyum puas.

Adrian mencebikkan bibirnya.

"Tapi lagi sekali Cik Puteri buat macam tu saya lempang cik," Adrian berkata selamba.

Terbuntang bulat bebola mata Luna mendengarkan ayat itu. Wow! Nak lempang aku? Memang kau berani sungguh, Ian.

"Cis. Dahlah. Aku nak pergi dulu. Kau buat ajelah apa-apa ye. Dan lagi satu. Kau jangan nak buat perkara yang bukan-bukan yang boleh menjatuhkan imej aku. Kalau tidak, mati kau aku kerjakan," ugut Luna lagi.

"Ish, iya-iya. Saya tahulah nak buat apa. Dah-dah shuh," Halau Adrian. Menyampah pula dia dengar ugutan daripada Luna daripada tadi.

Luna membuat rolling eyes. Tanpa membuang masa tapak kakinya terus diatur pergi daripada situ, meninggalkan Adrian seorang diri.

"So tonight tak jadilah?" Vanessa menyoal sambil menyisip air jus oren miliknya.

Luna sekadar mengangguk lemah. Mereka berempat kini sudah duduk di salah satu meja bulat yang disediakan di situ. Dia, Eisya, Vanessa dan Harlin. Hashtag, best friends forever!

"Alaa ... Aku rindu tau nak tengok kau dance kat kelab Luna. Spend time dengan kau macam dulu-dulu," Harlin meluahkan rasa rindunya.

Luna mengangkat bahu.

"Dah nak buat macam mana. Kalau aku pergi kang bodyguard aku tu mesti report dekat papa aku. Lepas report aku pulak yang kena bebel. Korang mesti tahu kan papa aku tu kalau berbebel kalah mama-mama korang. Sakit telinga aku," Luna menjawab.

Harlin dan Eisya anggukkan saja. Masing-masing terdiam sekejap menikmat air yang mereka ambil. Luna turut menyisip perlahan air jus blueberrynya. Termenung sekejap.

"Hah Luna. Aku dengar cerita kau dapat kan job untuk KL World Fashion Show tu. Powerlah! Event besar tu kot!" Harlin kembali membuka topik perbualan.

Terus bibir merah bak delima milik Luna melorek senyum bangga. Rambutnya yang sedikit terjuntai menutupi dahi diselitkan ke belakang telinga. Badannya disandar dengan senyuman tak lekang di wajah.

"Well ... Nak buat macam mana. Aku terlampau berbakat kan. Of courselah diorang nak ambil aku jadi model," Luna membangga diri.

Vanessa dan Harlin turut tumpang gembira. Meskipun mereka berempat menceburi bidang yang sama, namun ternyata bakat Luna lebih terserlah daripada mereka. Tengok sahajalah wajah, memang sesuai dipampangkan di mana-mana muka majalah wanita.

"Aku pun dapat jugak join fashion show tu. Korang takde pun wish congrats dekat aku," Eisya yang sedari tadi asyik mendiamkan diri bersuara seakan berjauh hati.

Terus ketiga-tiga pasang mata itu tertumpu ke arahnya.

"Ceh, kau tu model spare je. Tak payah kot say congrats," jawab Vanessa selamba sekaligus mencetuskan tawa di bibir Luna dan Harlin.

Eisya membuat muka menyampah. Dah biasa dah menjadi bahan perli di dalam kumpulan sahabatnya ini. Menyirap sahaja dia tengok.

Sedang-sedang mereka ketawa sakan, tiba-tiba bunyi suara seseorang daripada mikrofon di atas pentas mematikan gelak tawa mereka bertiga. Kornea mata mereka semua kini tertumpu penuh ke arah pentas berkenaan.

"Hai you alls! Ready for the show tonight?" seorang gadis muda rambut bertocang dua di kepala bersuara daripada pentas itu.

"Yes! Yes! Yes!" Para tetamu bersorak suka. Semua tak sabar mahu menyaksikan persembahan pada malam itu setelah agak lama majlis dijalankan.

"Alright, we'll go through our first performance! I'll be gladly represent to you. Enjoy!" setelah habis berbicara gadis itu terus turun daripada pentas.

Serentak dengan itu, suasana dewan yang pada asalnya terang-benderang bertukar gelap-gelita sekelip mata. Keadaan riuh sedikit dengan bunyi-bunyi daripada para tetamu yang hadir.

"Omg excitednya aku!" Harlin seperti biasa yang paling teruja antara semua. Eisya menghabiskan air di dalam gelasnya. Luna dan Vanessa pula hanya menunggu persembahan berlangsung.

BUM, BUM, BUM, BUM, BUM, BUM, BUM

Tiba-tiba bunyi dram bergema menghiasi suasana.

Yeah, yeah, yeah
BLACKPINK IN YOUR AREA!
Yeah, yeah, yeah

Semua para tetamu sudah teruja habis mendengar permulaan lagu itu. Wah, lagu daripada kumpulan K-Pop terkenal Blackpink!

Atas pentas mula didatangi dengan 4 orang gadis kecil molek berpakaian yang tak usah nak dikatalah. Memang menjolok mata habis! Dengan sprinkle-sprinkle dipenuhi di atas baju lagi. Memang stunning.

Cheonsa gateun Hi kkeuten akma gateun bye
Maebeon michildeushan High dwien baeteoya haneun Price
Igeon dabi eopsneun Test maebeon sokdeorado Yes
Ttakhan gamjeongui noye
Eoreo jugeul saranghae

Here I come kick in the door
Gajang dokhan geollo jwo
Ppeonhadi ppeonhan geu love
Deo naenwabwa give me some more
Araseo maedallyeo byeorang kkeute
Hanmadimyeon tto like hebeolle hae
Geu ttatteushan tteollimi saeppalgan seollemi
Machi heaven gatgessjiman
You might not get in it

Harlin sudah bergoyang sakan. Maklumlah, Harlin memang seorang K-Popers sejati. Pantang saja dengar lagu korea dialah yang paling jakun sekali. Vanessa pula sekadar goyang-goyang bahu mengikut rentak. Eisya dan Luna pula ralit menumpukan perhatian mereka ke atas pentas.

Look at me, look at you nuga deo apeulkka?
You smart nuga? You are
Du nune pinunmul heureuge doendamyeon
So sorry nuga? You are
Na eotteokhae nayakhan nal gyeondil su eopseo
Aesseo du nuneul garin chae

Salah seorang gadis penari di atas pentas nampaknya turun ke bawah menarik salah seorang nenek tua. Nenek tua tersebut ditarik merapati mereka berempat di atas pentas. Para tetamu sudah semakin teruja.

Sarangui sumtongeul kkeunheoyagesseo

Let's kill this love!
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum
Let's kill this love!
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum

Apa yang lebih wow ialah apabila nenek tua itu turut berjoget sama mengikut rentak lagu. Terus dicampaknya tongkat ke tepi. Luna terpegun. Speechless. Kemahennn kau.

Feelin' like a sinner
It's so fire with him I go boo hoo
He said you look crazy
Thank you baby
I owe it all to you
Got me all messed up
This love is my favourite
But you plus me sadly can be dangerous

Lucky me, lucky you
Gyeolgugen geojismal we lie
So what so what
Manyage naega neol jiuge
Doendamyeon so sorry
I'm not sorry

Kali ini gadis lain pula yang turun daripada atas pentas. Nampak ada beberapa tetamu yang menghulur-hulurkan tangan mereka kepada gadis itu mohon terpilih. Namun ternyata gadis itu terus berlalu pergi ke salah seorang lelaki di tempat minuman. Lelaki itu ditarik laju ke atas pentas. Mendapat sorakan daripada para tetamu.

Na eotteokhae nayakhan nal gyeondil su eopseo
Aesseo nunmureul gamchun chae
Sarangui sumtongeul kkeunheoyagesseo

Let's kill this love!

Burrrr!

Tersembur terus air yang diminum oleh Luna tatkala lelaki bertuksedo hitam itu berpusing ke menghadap ke arah tetamu sekaligus memulakan tariannya. Terjatuh rahang dia menilik wajah lelaki itu tanpa berkedip.

Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum
Let's kill this love!
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum

Luna menggosok-gosok matanya berulang kali. Matanya masih tertumpu ke arah lelaki tadi. Dia terkejut beruk tahap kingkong. Itu ... Itu Adrian Iskandarkah?

We all commit to love
That makes you cry
We're all making love
That kills you inside
Yeah!

We must kill this love
Yeah, it's sad but true
Gotta kill this love
Before it kills you too

Di atas pentas, berbagai-bagai cara Adrian menari. Terkepak-kepak dia di situ. Dahlah tak tahu apa-apa, tiba-tiba dia kena tarik ke atas. Ah, lantaklah gaya kepak ayam ke kepak angsa ke janji dia menari!

Kill this love
Yeah, it's sad but true
Gotta kill this love, gotta kill
Let's kill this love!

Mereka mengakhiri persembahan itu dengan penuh bergaya sekali. Nenek tua tadi juga turut dapat menari dengan menakjubkan. Lupa terus diri dah tua agaknya.

Para tetamu memberikan tepukan yang amat gemuruh buat mereka. 4 orang gadis tadi menundukkan kepala mereka sebagai tanda terima kasih diikuti dengan nenek tua dan Adrian. Walaupun masih blur-blur, Adrian tundukkan sajalah. Nak buat macam mana.

Usai itu, mereka terus turun daripada pentas bersama dengan sorakan yang masih hangat walaupun kelibat mereka sudahpun semakin hilang di sebalik belakang.

Harlin dan Vanessalah antaranya yang paling kuat menepuk.

"Gosh, hebat gila! I'm amazed! Yahoo!" ucap Harlin.

"Ye weyh! Best gila! Inilah baru namanya performance," sokong Vanessa.

Luna pula masih lagi terkedu seribu bahasa. Otaknya blank. Wajah lelaki di atas pentas tadi diulang tayang di dalam minda.

Dia memang tak silap. Memang Adrianlah yang menari tadi! Apakah! Like seriously?

Kalau nak lagi feel rasanya awak boleh kot dengar lagu Kill This Love sambil baca. Hehe, maaf atas segala kekurangan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience