2

Romance Series 13454

"No! No, papa no!" Suara nyaring Luna kuat bergema di ruang meja makan itu. 

Adrian dan pembantu-pembantu rumah yang lain yang turut menjamu selera bersama di meja makan itu diam memerhati perbalahan dua beranak tersebut. Inilah keistimewaan bagi pekerja-pekerja di Villa Oracle ini. Semua pembantu rumah tidak kiralah tukang kebun ke, driver ke pasti akan turut menjamu selera di meja yang sama bersama Tuan Hariz dan Luna. Semuanya di atas keizinan Tuan Hariz sendiri. Bak kata Tuan Hariz, biarlah nampak seperti satu keluarga.

"Kenapa pula? Ian kan bodyguard Luna. Apa salahnya dia ikut Luna pergi majlis tu nanti?" sangkal Tuan Hariz. Dia menyisip perlahan air jus oren sambil anak matanya tunak memandang si anak.

"Sebab majlis tu majlis penting. Semua orang yang datang malam tu orang ternama je. Ian tu orang kampung, mana boleh datang sama," 

"Tak kisah ke orang kampung ke orang planet pluto sekali pun, Ian tu tetap orang kan Luna. Lainlah kalau Ian tu alien sampai kamu tak nak bawa dia," Punya baik ayat Tuan Hariz kali ini sampai mengundang gelak halus penghuni meja itu.

Adrian juga turut tergelak perlahan. Mulutnya yang comot dek kerana lauk makan malam dilap dengan tisu. Dia berdehem beberapa sekali sebelum menyampuk perbualan dua beranak itu.

"Betullah Cik Puteri. Saya ni pun orang juga. Bukannya ultraman taro. Jauh sekali alien macam yang Tuan Hariz kata tadi. Jadi, apa salahnya saya ikut?" Adrian menaikkan sebelah keningnya.

Luna mengetap bibirnya kuat. Bukannya dia tidak mahu Adrian ikut sama, tetapi tadi dia dan kawan-kawannya baru sahaja berpakat mahu singgah ke kelab malam selepas habis majlis itu nanti. Kalau Adrian ada, alamatnya tak dapatlah dia pergi. Mamat ni dahlah bajet alim. Nak singgah setapak dekat kelab tu memang tak lepaslah jawabnya! Sudahlah dah dekat 5 bulan dia tak menjejakkan kaki ke sana. Rindu mahu melepaskan riang di atas dance floor dengan yang lain.

"Tapi Luna kan dah besar, papa! Luna pun nak private life Luna sendiri. Mana aci macam ni," bentak Luna tak puas hati.

"Habistu apa guna papa upah bodyguard untuk jaga dan tengokkan kamu? Takkan nak biar dia tak bekerja pula?" balas Tuan Hariz pula.

"Luna tak pernah minta pun nak ada bodyguard! Papa yang beria,"

"Cause you're my only child. I want the best for you," 

"But this is not the best. Papa kongkong Luna. Luna nak life Luna sendiri,"

"Life Luna yang liar tak bertempat tu? Yang keluar masuk kelab, pergi berjimba-jimba sana sini macam orang takde pedoman hidup?" 

Zapppp! Terdiam terus Luna daripada membuka mulut. Liurnya ditelan kelat. Jagat wajahnya juga jelas sudah masam mencuka dengan ayat Tuan Hariz.

Adrian yang menjadi pemerhati setia menahan gelaknya. Suka dia bila tengok wajah Luna yang sudah bertukar riak. Terciduklah tu. Rasakan … 

"Dah, kamu tak payah nak bangkang lagi. Ian akan ikut Luna pergi sana nanti. Muktamad," sambung Tuan Hariz sekaligus memberikan kata putus.

"Papa!" Luna menjerit geram. Tidak sangka papanya itu sanggup menyebelahi Adrian daripada anak kandungnya sendiri.

Malas mahu berdebat lagi dengan anak gadisnya itu, Tuan Hariz terus angkat punggung pergi daripada ruang makan. Luna terkulat-kulat sendiri. Terherot-berot bibir mungil itu mencebik. Geram punya pasal.

Adrian yang khusyuk merenung tindakan Luna menjelirkan lidah mengejek, sengaja nak mengapi-apikan Luna yang sememangnya sudah panas.

"Saya dapat pergi. Muktamad," Adrian mengajuk semula gaya percakapan Tuan Hariz.

Luna mengecilkan matanya. Kecil besar kecil besar je dia tengok Adrian sekarang ini. Sukalah tu papa menangkan dia!

Lantas garpu yang berada di atas meja diambil, ditalakan ke leher dengan gaya kena sembelih kepada Adrian. Penuh psiko yang membawa maksud, matilah kau lepas ni!

Adrian membalasnya dengan membuat gaya orang acah-acah menggelupur.

"Uuuu tatutnya tite …" bonus dengan pelatnya sekali Adrian mengejek. 

Luna hentak meja makan kuat. Nafasnya direngus tak puas hati. Anak matanya menjeling tajam ke arah Adrian. Bercakap dengan seorang Adrian Iskandar ini memang mencabar kesabaran seorang manusia! Mulut mamat ni kalau sekali tak menjawab memang tak sahlah dia. Ada je akal nak mengejek Luna balik.

Sampai kadang-kadang Luna terfikir, kat manalah agaknya papa kutip mamat ni buat jadi bodyguard? Bawah jambatan ke apa? Memang ngak ada akhlak!

"I hate you!" Tanpa tunggu lama Luna terus menapak keluar daripada ruang makan tersebut. Tak kuasa lagi mahu menghadap Adrian si mamat loyar buruk tu.

Adrian yang melihat meletuskan tawa kemenangannya memandang Luna pergi. Bukan apa, cuma dia suka bila Luna terkena macam ini. Baru majikannya tahu semua benda bukan di bawah telunjuknya sahaja. Padan muka!

TUBUHNYA yang langsing dihempaskan ke atas katil bersaiz king itu. Tangan mengagau mencapai Iphone 12 miliknya di atas meja kecil tepi katil. Telefon pintarnya yang sudah off itu dihidupkan semula. Sejurus itu, berdesup-desup bunyi notifikasi masuk ke dalam telefon Luna. Berdeting-deting bunyinya.

TING!

Eisya : Weyh Luna, jadi tak malam lusa nanti?

TING!

Vanessa : Aku dah book semua siap-siap.

TING!

Harlin : Excited gila aku, Luna! Dah lama tak nampak kau dekat club! *emoji mata bintang

Mesej-mesej yang dibaca sekilas lalu itu mengundang helaan nafas berat daripada bibir Luna. Haih … berkecai segala perancangannya. Jikalau tidak, pasti dia yang paling happy sekarang ini. Kalau tak disebabkan Adrian, tidak perlu dia membatalkan semuanya.

Jari terus meleret masuk ke dalam aplikasi Whatsapp. Mesej rakan-rakannya itu dibalas satu-persatu. Emoticon muka monyok siap ditambah di hujung ayat. 

Luna : Sorry, aku tak dapat pergilah. Bodyguard aku sibuk nyelit ikut sama.

SEND!

Usai menghantar pesanan, Luna meletakkan telefon pintarnya ke tepi. Hilang berterbangan semua moodnya. Tiada mood mahu scroll ig, tiada mood mahu stalk fac. Akhir-akhir, dia bangun daripada perbaringannya pergi ke almari baju.

Bajunya ditukar ke baju tidur. Selepas itu, tapak kakinya terus diatur menuju ke pintu gelangsar. Pintu tersebut diselak sampai habis membiarkan udara segar masuk ke dalam ruang bilik. Luna keluar berdiri di dinding balkoni untuk menghirup udara angin malam.

Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa bercampur dingin yang begitu menyamankan sekali. Rasa sejuknya benar-benar terasa sehingga ke tulang sumsum. Lega. Terasa hilang semua rasa amarahnya. Mata Luna dipejamkan, mahu menikmati nikmatnya keindahan alam dengan lebih feel.

"Assalamualaikum saudari di atas tu!" 

Erk! Mati terus rasa indah Luna tadi tatkala cuping telinganya menangkap satu suara garau menegurnya daripada bawah.

Suara siapa? Suara Adrianlah siapa lagi!

Okay Luna! Pejam je mata kau! Tak payah bukak-bukak. Jangan bazirkan masa indah kau dengan melayan mamat fius otak putus tu. Luna berkata sendiri.

Teguran Adrian tadi tidak dinyahut. Luna masih kekal berdiri dengan matanya yang dipejam. Telinganya buat-buat pekak. Kau dah buat aku tadi kan. Tak kuasa aku nak layan kau. Cepatlah kau pergi jauh-jauh. Shuhh shuhhh.

Adrian di bawah melaung lagi nama Luna dengan lebih kuat. Masuk kali ketiga dia mendecit. Pekak badak betul perempuan ni. Badak pun kalah dengan dia punya pekak tu. 

"Cik Puteri! Yuhuuuuu! Cik Puteri buchuk-buchuk macem intan payung bachinn!" Adrian melaung lagi, namun posisi Luna masih kekal statik di tempatnya berdiri. Langsung tidak bergerak walau seinci dengan mata terpejamnya. Macam tidur berdiri pun ada.

Ke … Dia sengaja buat-buat tak layan aku? Hati Adrian berdesis.

Serentak dengan itu, hujung bibir Adrian naik mengulum sengih sumbing. Tin milo yang kemas berada di pegangannya dibawa ke bibir. Diminum sampai habis. 

Jaga kau … Nak main-main dengan aku eh ...

Tin milo dikemekkan ganas.

Serentak dengan itu, tangannya terus naik tinggi ke langit. Tin tersebut dibaling laju ke atas balkoni tempat di mana Luna berada. Dalam hati macam-macam jampi serapah dah Adrian baca. Wahai tin miloku, jangan kau nak menderhaka! Pergi serang perempuan tu! Aku percayakan kau!

PAP!

Yes! Adrian melompat gembira apabila tin milonya tepat mengenai sasaran. Tepat lagikan tepat!

Secara refleks itu jugalah Luna membuka anak matanya luas. Tangan laju naik memegang dahi sendiri. Tin air milo yang sudah selamat jatuh terjelopok ke atas lantai balkoni dikerling dengan hujung mata. Dadanya terus berombak laju.

Mamat ni … Mamat ni ... Mamat ni baru baling tin milo dekat aku ke tadi? 

"Woi! Kau buat apa ni?" teriak Luna kuat menggempakan villa.

Adrian tayang wajah selamba blurnya. Bahunya diangkat bersama dengan gelengan kepala.

"Tak tahu, tak tahu," 

" Apa tak tahu? Ish, kau ni sehari tak sakitkan hati aku memang tak boleh eh? Suka sangat buat aku geram," ujar Luna bersama rahang yang diketap-ketap.

"Eh saya pula yang salah. Cik yang pekak mengalah badak sumatera, saya panggil tak sahut-sahut. Memang tulah makan dia,"

"Tak boleh nak panggil elok-elok ke?"

"Saya dah panggil elok-elok lah tadi. Cik yang tak dengar. Ala lagipun saya baling tin milo je, bukan batu belah batu bertangkup. Cik kan kepala batu. Setakat tin milo tu apalah sangat,"

"Kau ni ada je kan nak menjawab!" 

"Cik tanya saya jawablah," seperti biasa, Adrian dengan selambanya.

Ya Tuhan … Kalaulah kat Malaysia ni tiada larangan membunuh rasanya memang dah arwah dah mamat ni aku kerjakan! Luna pejamkan matanya. Nafas ditarik dalam, hembus. Tarik dan hembus. Cuba bersabar. 

Usai menenangkan diri, matanya dibuka semula. Pandangannya dilemparkan ke arah Adrian yang masih tercegat memandangnya daripada bawah balkoni. Helaan nafas terkeluar juga buat sekelian kali.

Takpe Luna kau kena faham. Mamat ni tak cukup kasih sayang. Kau layankan ajelah dia.

"Kau nak apa sebenarnya?" Itonasi suara Luna sudah bertukar kendur. Letih dia nak berperang mulut dengan Adrian lagi. Tadi dengan papa, sekarang dengan Adrian pula. Kalau lama-lama macam ni silap-silap hari bulan boleh tertanggal mulut.

Adrian tersenyum, menampakkan lekuk di kedua-dua belah pipinya. Aiseyh, tak manis pun okay!

"Tuan Hariz suruh saya ingatkan cik. Esok bangun awal. Nak pergi cari baju buat pakai majlis tu nanti," kata Adrian.

Luna menganggukkan kepalanya. Memang itu pun perancangan yang dia dah buat untuk hari esok. Dia nak buat tawaf satu Pavilion. Misi mencari baju, kasut dan segala jenis benda lagi akan bermula! Aja-aja fighting!

"Dan lagi satu. Semua pembelian barang esok mestilah di bawah harga 100 ribu ringgit. No compromises,"

"Hah?" Mati terus angan-angan Luna tentang semua barang berjenama mahal yang bakal dibelinya esok. Hancur berkecai macam kaca sebelum bertukar menjadi debu. Adrian dipandang meminta kepastian.

"Takde hah hah. Kan dah kata no compromises. Cik kena patuh. Semuanya di atas arahan Tuan Hariz sendiri dan …" Adrian menggantungkan ayatnya. Riak wajah Luna ditilik sekejap.

" … Dan cadangan daripada saya juga sebenarnya. Demi mengelakkan pemborosan. Hehehe," sempat lagi Adrian tertawa halus di hujung ayat. 

Luna mati kata-kata. Automatik rasa marahnya naik semula ke takat paling tinggi! Matanya dah berapi-api.

"Apakah! Adrian! Apa yang kau-" 

"Okaylah Cik Puteri. Saya masuk tidur dulu ye. Selamat malam, sweet dreams. Assalamulaikum," Lepas berkata, Adrian terus mencecet-cecet lari masuk ke dalam rumah, langsung tak tunggu majikannya itu menghabiskan ayat. Ah, daripada tunggu baik aku selamatkan diri dulu! Leklu, esok jelah roger-roger.

"Woi! Ian! Adrian Iskandar! Kau nak pergi mana tu? Kau meh sini!"

Segera Luna mengambil semula tin milo milik Adrian tadi. Dibalingnya ke bawah dengan geram. Dahinya berkerut-kerut dek marah. Patutlah papanya boleh bagi arahan macam tu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Si mangkuk ayun terayun-ayun tu punya cadangan rupanya! Dasar!

"Aku benci kau, Adrian! Eee menyampah! Kau tunggulah nasib kau esok!"  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience