SETELAH seronok dan puas membeli-belah sakan, Luna menarik Rayden untuk menjamu selera pula di kafe Starbucks yang berdekatan. Mereka memesan jenis makanan yang sama iaitu Chicken Meatball dan Iced Caramel Latte sebagai makan malam mereka. Sehati sejiwa gitu!
Selepas itu, masing-masing menuju ke meja paling hujung sekali, jauh daripada semua orang. Sengaja mahukan sedikit privasi.
"Aww, thank you baby sebab belanja I harini. I happy sangat!" luah Luna manja sambil tangan tidak lepas daripada memegang tangan kekar milik Rayden.
Rayden membalasnya dengan satu senyuman manis. Ibu jari mengelus lembut kekura tangan Luna. Dibawa naik ke bibir sebelum dikucupnya penuh cinta dan kasih.
"Anything for you, sweetheart. Lagipun kita dah lama tak dating sama-sama kan? So, apa salahnya I nak belanja kekasih I yang lawa ni," Pipi Luna dicubit geram. Meletus tawa Luna dengan aksi Rayden.
"You ni kan .... Malu i," Luna tundukkan wajah. Sumbing dia menahan senyum malu. Memang kalau dengan Rayden, Luna memang takkan lokek senyum. Senyum dia memang tercipta khas untuk Rayden. Hanya Rayden sahaja yang mampu buat dia senyum sampai tak keruan. Penangan cinta sejati!
Tetapi kalau dengan Adrian? Huh! Mamat tu memang minta kena maki je. Buat bazir masa je nak sedekah senyum dekat dia.
Setelah puas berborak-borak mesra, mereka berdua menjamu selera bersama-sama. Sesekali Rayden suap Luna, sesekali Luna suap Rayden. Walhal makanan yang mereka pesan sama sahaja rasa. Alah takpelah nak manja-manja. Bukan selalu.
Sebab itulah mereka suka duduk jauh daripada semua orang. Tak nak terlampau mengemukakan tingkah laku manis mereka di hadapan yang lain. Biarlah hanya mereka yang nampak dan rasa. Kadang-kadang bahagia tak perlu ditunjuk kan? Yes, true! Dan itulah perasaan yang Rayden dan Luna sama-sama rasa sekarang.
Sedang Luna dan Rayden bermanja-manja, satu detingan mesej masuk ke dalam inbox telefon Luna. Mula-mula Luna tidak melayan, tetapi selepas beberapa detingan yang lain pula masuk, tangan Luna segera mencapai telefonnya, takut-takut kalau ada mesej penting. Sampai berkali-kali bunyinya. Mesti penting kan?
Adrian : Bila nak balik rumah?
Adrian : Dah terlupa jalan balik rumah ke?
Adrian : Nak saya tolong sendkan alamat villa? Mana tahu kot-kot sesat.
Persis seorang suami menyoal si isteri, mesej ringkas daripada Adrian dibaca Luna sekilas. Luna menceberkan bibirnya. Terus telefon diletakkan ke tepi. Mesej tadi dibiarkan bertanda biru, tak kuasa dia nak membalas.
"Siapa mesej you?" Rayden menyoal apabila terperasan akan riak wajah jelek yang dipamerkan oleh Luna.
Luna geleng kepala sekali.
"Entah mamat bangla mana agaknya. Offer jual karpet. Malaslah I nak layan," Luna sengaja mereka alasan. Adrian disamakan dengan bangla? Ah, lantaklah! Apa yang pasti, geram dia dengan Adrian masih lagi belum habis.
Rayden angguk kepala faham, percaya dengan alasan Luna.
"So .... How's your work? Okay? Ada apa-apa problem ke sepanjang I takde?" Rayden menyoal prihatin. Memang begitu sikapnya.
Setiap kali dia terpaksa bekerja ke luar negeri, balik sahaja ke sini pasti dia akan bertanyakan soal Luna. Kerja macam mana, ada masalah atau tidak, penat ke tak. Dia akan tanya tanpa lupa. Macam manalah Luna tak jatuh cinta dengan dia kan? Sudahlah handsome, caring pula tu, memang complete package!
"Okay je. Takde apa pun yang jadi," jawab Luna senada.
"Good. Kalau ada apa-apa, just share with me okay. I'll always be with you. Either hard or easy," ucap Rayden tulus.
Luna mengukir senyum buat Rayden. Terus melayang wajah Adrian yang sempat menjengah ke dalam kotak fikirannya tadi. Kini, hanya ada wajah Rayden yang memenuhi, di dalam kepala dan juga hati.
"You ni, mesti waktu kecil-kecil suka mamah ais kan?" tiba-tiba bibir Luna memaculkan soalan itu.
Rayden menjungkitkan keningnya ke atas.
"What?"
"Ish, I tanya. You waktu kecil suka mamah ais ke? Jawablah," Luna sedikit mendesak.
Rayden tidak faham apa yang cuba dimaksudkan Luna. Tangan memegang cawan plastik Iced Caramel Latte yang dipesannya tadi. Cawan tersebut dibelek seketika.
"Err .... I think so," jawab Rayden polos. Dia masih terkebil-kebil tidak faham.
"Oh, patutlah." Luna sorok senyum.
"Patutlah apa?"
"Patutlah aisee my future with you," pintas Luna laju seraya meletuskan tawanya.
Cia! Cia! Cia!
Wah, jarang-jarang seorang Puteri Eluna mahu berpickupline! Luna terasa malu sendiri. Segera dia bangun daripada duduk lalu berlari keluar daripada kafe tersebut. Dah macam hindustan, heroin lari daripada hero sebab malu!
"W-Wait! Luna! Sekejap, I tak fahamlah!" Rayden yang masih blur-blur menolehkan wajah, namun malang sekali tatkala kelibat Luna sudah hilang daripada pandangannya. Laju betul lari.
Sejenak dia cuba memahami semula ayat Luna tadi.
"Aisee? Aisee future?" Rayden berfikir sekejap. Setelah lima minit berlalu barulah terasa sel-sel otaknya berfungsi. Bibir laju tersenyum apabila faham akan maksud ayat Luna. Laaa, pickupline rupanya! Patutlah lain macam.
"Oh, i see! Haih Luna, Luna. You're so sweet!" Rayden menggelengkan kepalanya. Nakal!
Tak membuang masa, dia juga turut beredar daripada kafe itu. Mencari Luna yang sudah menyorok malu entah ke mana.
'I'm going to stay calm. Just to see where the wind can takes me. And it takes me to you. To confiscated the property that should be mine. Maybe the past is yours, but today i'm the queen.'
Beberapa bait ayat yang terkandung dalam keratan kertas itu dibaca oleh Adrian di dalam hati. Anak mata melilau memandang keliling kawasan villa yang lengang itu. Tuan Hariz tiada di rumah. Begitu juga dengan Luna. Hanya ada dia dan beberapa pekerja yang lain sahaja.
"Pak Mat jumpa kertas tu waktu nak ambil surat dekat peti tadi. Pelik. Itu yang Pak Mat beri kamu," Pak Mat, pengawal keselamatan yang sudah hampir sedekad bekerja di Villa Oracle berkata kepada Adrian.
"Pak Mat takde perasan ke orang-orang yang mencurigakan sejak dua menjak ni?" Adrian bersoal lebih lanjut. Namun, gelengan daripada Pak Mat yang dia dapat sebagai jawapan.
"Tak perasan pula. Setahu Pak Mat, macam tiada. " Pak Mat menjawab.
Adrian terdiam sejenak. Keratan kertas itu direnungnya lama. Tidak semena-mena diri disapa rasa tak sedap hati.
Masuk kali ini, sudah dua kali dia mendapat keratan kertas yang sama. Keratan kertas kecil dengan ayat-ayat tersirat yang dia tidak faham akan maksudnya. Dengan tiada nama pemberi, hanya ada ayat yang tertulis.
Adrian tertanya-tanya. Siapa yang beri surat-surat ini? Apa motif? Adakah si pemberi mempunyai dendam dengan Luna? Ataupun .....
Adrian gertak rahangnya kuat. Resah. Lantas telefon yang berada di dalam poket seluar ditarik keluar. Pantas mesej yang dia hantarkan kepada Luna tadi dilihat. Sekadar tanda biru sahaja yang ada. Mendecit geram Adrian dibuatnya.
"Time-time macam inilah dia tak nak balas pulak. Haish!" Rasa tidak sedap hati yang menyapa Adrian tadi dicampur pula dengan rasa geram dengan sikap Luna. Tahulah Luna masih marah akan dirinya lagi, tetapi tak bolehkah Luna balas sahaja mesej yang dia hantar. Aiseyh, tak matang betul! Sudahlah sekarang ini sudah malam.
Sekurang-kurangnya balaslah on the way ke, kejap lagi ke. Ini tidak. Sepatah pun dia tidak membalas. Adrian meraup wajahnya.
Tak fikir panjang, nombor Luna didail laju. Telefon dilekapkan ke telinga, menanti panggilan diangkat.
"Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan selepas ini. Tettt."
Adrian merengus kasar. Kepala digeleng-gelengkan. Sudahlah mesej tak balas, call pun tidak angkat. Haih, memang menyusahkan betul perempuan ni! Adrian berdesis dalam hati.
Sambil-sambil itu terbit juga rasa menyesal dalam dirinya. Menyesal bukan sebab apa. Menyesal kerana tidak mengekori Luna dan Rayden daripada belakang sewaktu dua orang insan itu mahu berjanji temu petang tadi. Kalau diikutkan bukan dia tidak mahu ikut, tetapi Luna sendiri yang menghalangnya terlebih dahulu sebelum gadis itu keluar berjanji temu dengan kekasihnya tadi. Siap ada bonus pakej ugutan lagi diberi.
"Kali ni aku tak nak kau ikut aku keluar dengan Rayden. Stay je rumah, tak payah nak follow-follow bagai. Aku boleh jaga diri sendiri. Tak payah nak risau sangat. Kalau tidak, aku merayu dekat papa biar dia potong gaji kau," Itu yang diarahkan oleh Luna.
Disebabkan Adrian pun penat mahu bertelingkah dengan majikannya nan satu itu,dia ikutkanlah sahaja. Tetapi dia tidak sangka pula petang ini dia akan dapat lagi surat misteri seperti kelmarin. Membuatkan hatinya yang tenang tadi disapa gundah gulana dan tidak sedap.
Adrian pegang dadanya sendiri. Entah kenapa dapat dia rasakan jantungnya berdegup laju tidak sekata. Seakan-akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku membuatkan dia tidak betah lagi untuk duduk diam.
"Pak Mat. Pak Mat tahu tak Cik Puteri tadi pergi ke mana? Dia ada cakap apa-apa ke?" Tak berfikir panjang, Adrian terus menyoal warga emas itu. Dengan harapan Pak Mat tahulah ke mana Luna keluar bersama Rayden.
"Entahlah. Kalau tak silap Pak Mat Encik Rayden kata dia nak pergi lion, pabellion? Hah apa benda tah nama tempat tu. Pak Mat pun tak tahulah nak menyebutnya," terbelit-belit lidah, Pak Mat menjawab.
Adrian berfikir sejenak sebelum akalnya menangkap nama tempat itu. Lion? Pebellion?Okay, Pavillion! Dia memetik jarinya. Okay, I got it!
Setelah berterima kasih kepada Pak Mat, langkah Adrian terus sahaja diatur ke arah kereta Mercedes Benz yang baru sahaja lepas dicucinya tadi.
Enjin kereta dihidupkan pantas seraya segera kenderaan pacuan empat roda itu dipandu laju menuju ke lokasi Luna berada sekarang. Tangan kemas memegang stereng kereta. Kemas bersama keratan surat misteri tadi masih setia di genggamannya.
LUNA menghentikan larian marathon yang dilakukannya setelah dia sampai ke ruangan parking lot di luar Pavillion. Dia menoleh ke belakang mencari kelibat Rayden tetapi ternyata susuk lelaki itu tiada di belakangnya.
"Tak dapat kejarlah tu ....." gumamnya perlahan. Selepas sahaja kes pickupline tadi memang dia terus berlari ke sini tanpa toleh ke belakang lagi. Malu rasanya nak berdepan Rayden. Maklumlah, sepanjang mereka menjalinkan hubungan dia memang tidak pernah berpickupline. Selalu Rayden sahaja yang akan shweet-shweet. Dan Luna hanya bermanja sahaja. Cringe!
Tanpa menunggu Rayden, Luna terus menuju ke arah kereta milik lelaki itu yang terletak tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Dia tunggu Rayden di kereta sajalah. Malas nak berdiri di depan pintu itu.
Sambil itu dia memeriksa telefonnya yang tersimpan kemas di dalam handbag. Terdapat 3 kali miss call daripada Adrian. Luna terkebil-kebil sesaat.
"Mak aii ..... Dah kenapa banyak kali call aku?" gerutu Luna sendiri. Langkahnya juga turut terhenti.
Lantas punat call ditekan, menelefon Adrian semula. Se-menyampah-nyampah Luna dengan Adrian pun, kadang kala dia beralah juga. Nampak tak kebaikan Luna di situ? Hihi.
Tak sampai seminit dia menunggu, panggilan tersebut terus diangkat. Terus gegendang telinganya disapa dengan bebelan panjang daripada Adrian. Zzzuuupp!
"Kenapa tak balas mesej saya? Saya call pun tak angkat kenapa? Dah tak reti nak guna telefon ke? Kalau tak reti baik buang aje telefon tu dalam sungai," bertubi-tubi Adrian menyembur daripada hujung talian.
Luna menjauhkan sedikit telefon daripada telinganya. Bingit.
"Alahai sorrylah. Biasalah orang tengah dating, buat apa nak spend time dengan telefon." Luna menjawab memberikan alasan.
Adrian mendengus. Geram.
"Saya tengah on the way pergi Pavillion sekarang ni. Cik stay dekat tempat cik. Cik balik rumah dengan saya kejap lagi,"
Kata-kata Adrian melentingkan pembuluh darah Luna.
"Eh kenapa pula? Biarlah aku nak balik dengan boyfriend aku. Lagipun kan aku dah kata dengan kau harini kau duduk dekat rumah je. Kau dah lupa ke?" Luna membidas.
"Saya tak kesahlah cik kata apa pun. Yang penting balik ni Cik Puteri naik dengan saya. Jangan nak degil," sengaja Adrian keraskan suara. Mahu tunjukkan kepada Luna yang dia benar-benar serius kali ini.
"No! Aku tak nak!" Luna membentak.
"Cik Puteri boleh tak dengar cakap saya sekali ni je? Balik nanti Cik Puteri dengan saya. Muktamad!"
"Taknak! Aku balik dengan Rayden. Aku majikan kau tau. You must hear my order!" Nafas Luna turun naik. Tidak setuju sama sekali dengan apa yang diperkatakan oleh Adrian. Sudahlah dia sudah lama tidak keluar bersama dengan Rayden, jadi apa salahnya dia mahu meluangkan masa dengan kekasihnya itu sehari suntuk hari ini. Kenapa si Adrian ni mesti nak menyibuk?
"Tak saya tak nak dengar. Saya yang akan bawa Cik Puteri balik. Tak kira,"
Tak menunggu Adrian menyambung ayat seterusnya, talian telefon terus dimatikan oleh Luna.
Skrin telefon pintarnya itu dipandang tajam. Tercabar sungguh tahap kesabarannya dengan Adrian. Tak dengar kata betul! Dia tidak tahulah apa yang dia lakukan sampai dia harus dikongkong sebegini rupa. Kenapa papa mahupun Adrian tidak boleh percaya padanya yang dia boleh jaga diri sendiri? Dia sudah besar! Penat sangat hidup tidak bebas sebegini.
Dengan hati yang terasa sesak, dia membuka semula langkah menuju ke kereta Rayden. Diusir jauh-jauh wajah Adrian daripada kotak fikiran. Tetapi baru sahaja selangkah dia hayunkan,
PIN! PIN!
Luna terpempan dengan bunyi nyaring hon daripada kenderaan itu. Spontan tubuh terus berpusing menghadap ke depan dan alangkah terkejutnya dia melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda itu sedang menuju laju ke arahnya.
"Argh!!!"
Bum! Tanpa sempat dielak mahupun berlari kebelakang semula, kereta tersebut selamat 'menghentam' tubuh genitnya itu. Terpelanting tubuh Luna daripada tempatnya berdiri.
Si pelanggar langsung tidak keluar menghulurkan bantuan, sebaliknya terus berdesup beredar daripada tempat kejadian. Hilang di sebalik kegelapan malam yang hening.
Dan kini, tubuh Luna sudah terkulai layu di atas jalan tar. Seluruh tubuhnya disengat rasa sakit yang teramat. Mata terbeliak memandang langit malam yang kelam. Kesakitan menjalar ke satu-satu anggota badannya.
Uhuk!
Darah tersembur keluar daripada mulutnya. Terasa kerongkongnya dipenuhi darah semata. Cecair merah pekat mula memenuhi jalan tar tempat dia terbaring sekarang. Kepala terasa berat dan berpinar. Pandangannya berbalam-balam. Rasa sakit menusuk-nusuk hebat. Tiada kekuatan yang masih tersisa. Tiada lagi apa yang boleh dilakukan.
Tidak dapat bertahan lebih lama,mata Luna terpejam rapat. Rapat serapat-rapatnya. Tubuhnya sudah kaku tidak bergerak. Kejung tanpa sebarang respons.
Dan tikala itu, telefon pintar yang berada tidak jauh daripada tangannya berbunyi nyaring. Hanya dia bertemankan panggilan itu. Dia yang sudah kaku bersama dengan malam dan panggilan daripada dia.
'Adrian'
Sorry sangat-sangat sbb lewattt betul update. Dah hampir sebulan lebih. Insya-Allah esok alia up bab baru dan bab-bab seterusnya. Maaf atas segala kekurangan.
Share this novel