Bab 5

Romance Completed 24095

Bab 5

Maka seminggu pun berlalu, aku tertanya jika temu janji aku dengan dia ni menjadi atau tidak. Aku sedang baring terfikir jadi atau tidak. Sedang aku baring, telefon bimbit aku berbunyi tanda seseorang menghantar mesej melalui website itu.

“Dah siap belum?”

Aku terus bangun, kelam kabut ambil blouse. Dah lah tak iron apa lagi. Aku balas mesej dia
“Belum. Awak dah sampai ke?”

“Haha, belum. Sangkut dekat jem..”

Fuh. Aku tengok jam tangan, baru 5 suku.

Harusnya aku bersiap awal. Dah siap-siap, aku cepat-cepat pergi ke pagar universiti. Lagipun, kolej aku memang dekat dengan pagar utama. Aku menghantar mesej padanya
“Saya tunggu di pagar utama..”

Pukul 6 suku. Aku perhati je semua kereta yang lalu lalang. Dah mana satu kereta dia. Katanya dia memandu kereta Saga warna merah. Berpinar mata aku tengok berlambak kereta Saga bewarna merah, dan tak tahu berapa kali aku tersalah lambai ingatkan orang yang dinanti yang sedang memandu. Mujur aku pandai cover line. Dah 6.45 petang. Aku dah berpeluh ni oi. Dah lah nervous. Dia mesej aku
“Awak, saya dah dekat bahagian kolej F ni.. Sesat. Haha..” Aku dah, sabar je lah dengan mamat ni. Nasib baik aku sayang dia. Peluh dah ni,habis cair BB cream aku.

“Awak pusing balik, jumpa dekat pagar utama”

“Pagar utama yang mana satu?”

“Yang mula-mula awak masuk tadi…”

“Ouhhhh, okay-okay..” Elok-elok aku nervous gila, dah makin hilang nervous sebab letih tunggu dia. Nak lebih setengah jam okay aku tunggu dia. Dah lah internet aku slow dekat pagar ni. Nak call dia, aku mana ada nombor phone dia. Tengah tunggu, dia mesej lagi

“Awak pakai baju apa? Haha…”

“Saya pakai blouse purple. Awak dah dekat mana?”

“Saya dekat roundabout…ke nak jumpa lepas maghrib? Kita solat maghrib dulu..”

Eh eh mamat ni, terbakar juga lah aku ni. Tak cukup panas dekat luar ni, dalam hati pun panas juga. Memang aku tunggu lama macam tugu dekat pagar ni dari pukul 6 tadi, sebab nak kita jumpa lepas maghrib pun. Aku ni, hati pot pet pot pet, tapi aku balas

“Ok”

Memandangkan ketika ini aku uzur, maka aku memberitahu Amirul bahawa aku pergi ke kedai berdekatan dengan masjid. Senang, tak ada lah dia sesat lagi. Jadi, dengan penuh rasa sabar dan berdebar, aku tunggu dekat bakery yang dekat dengan masjid. Tengah termenung entah ke laut china selatan mungkin, dia mesej aku.

“Dekat mana?”

“Bakery..”

“Bakery mana?”

“Okay, awak tunggu dekat depan pintu masjid, saya pergi sana” Aku bangun dengan penuh berwibawa, lalu aku melangkah menuju ke depan masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience