Bab 2

Romance Completed 24095

Bab 2

Enam tahun yang lalu

Di restoran sushi, mata aku berkerlipan melihat sushi, rasa indahnya dunia!! Aku pergi makan sushi ni dengan kawan baik aku. Nama dia Hidayah. Memandangkan ini final semester aku, jadi Hidayah belanja aku sushi sebab dia tahu, aku ni peminat tegar sushi.

Lepas order air dan bento, aku termenung sekejap dengan Hidayah.

Duduk sunyi krik krik, Hidayah tegur aku.

“Mamat yang kau kenal dekat Internet tu apa cerita? ”

“Ouh, minggu lepas dia kata dia nak balik Malaysia. Lepas tu, dah tak contact dah, senyap je”

“Ouh, dia duduk Jepun kan. Eh, dia tak reply mesej kau ke? Eh dia handsome tak?” soal Dayah dengan agak serius.

“Haah dia tak reply. Aku pun tak ada idea nak mesej apa. Aku balas Haha, dah tu je..Erm, not bad..” aku balas dengan wajah lagi serius.

“Nak tengok muka dia!” Aku pun hulur lah phone aku ke Dayah. Dayah pun terus tergamam lepas tu duk gedik ke aku.

“Wah, handsome weh. Patut lah kau approach dia. Kau bagi la dia ke aku. Hahaha. Eh kejap, kau tak letak gambar kau dekat sini? Macam mana dia nak tahu muka kau macam manaaaaa” Dayah complain, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lepas tu, air teh hijau sampai ke meja. Aku sambung borak apa dia entah dengan Dayah, tiba-tiba masuk topik Hidayah kata dia nak pergi Indonesia. Aku terus bagitahu Dayah…

“Aku rasa, orang Indonesia ni, tak suka orang Malaysia la”
“Eh asal?”

“Dua tahun lepas, aku pergi sana, aku tengok satu Show ni. MC show tu duduk tanya lah, siapa tourist dekat situ. Part orang Jerman ke, orang Arab ke, orang Indonesia tu sorak je. Part family aku, terus dia orang senyap je, tak ada pun nak sorak ke kita. Terasa aku tahu tak? Terasa”

“Erm, weh, tapi kan, aku rasa…orang sebelah kita ni orang Indonesia” Aku jeling orang sebelah. Dia tengah tunduk sambil menjamu selera. Aku terus buat muka malu. Aku tanya Dayah dengan nada yang perlahan.
“Macam mana kau tahu dia orang sana??”

“Sebab tadi aku dengar dia borak dekat phone dengan mak dia…” Aku dah…..nak sorok muka dekat mana entah. Jadi aku dengan Dayah sambung borak untuk tutup aku punya rasa malu. Tak lama lepas tu, Dayah dapat mesej dari kawan dia, Dayah kata nak keluar kejap jumpa kawan dia ambil barang. Aku pun relax je lah sambil tunggu bento aku. Tiba-tiba aku bau something. Aku toleh sebelah. Orang sebelah aku ni rakus betul makan bento dia. Amboi, dah tak makan dua bulan ke apa.

Dia tunduk je dari tadi, lepas tu dia dongak sikit then tekan butang dekat meja nak panggil waiter. Nak order apa lagi mamat ni.

Waiter pun datang. Dia order bento lain pula. Tu dia, berapa besar kapasiti perut dia ni. Dia perasan aku tengok dia.

Aku terus toleh tempat lain. Aku dapat rasa dia pandang aku lama. Dahi aku dah berkerut seribu dah ni. Apa aku nak buat. Apa aku nak buat. Ha! Sebelum dia marah aku, baik aku marah dia!

“Excuse me…kalau awak nak makan sushi and cicah wasabi, jangan makan sebelah saya?” Lepas aku tanya tu, aku terkedu kejap. Ni bukan ke mamat internet tu? Ni Amirul!

“Erm?”

“…..” Oh God, patut tak aku cakap aku kenal dia? Ke buat-buat tak kenal?

“Awak suruh ke awak tanya ni?” soal dia.

“Suruh kot?”

“Awak baru kutuk Indonesia depan saya, lepas tu awak suruh saya jangan makan wasabi sebelah awak? Kalau saya kata, orang Malaysia memang tak reti hormat orang, awak marah ke?” Dah kenapa mamat ni. Aku tegur pasal wasabi je kot. Dia nak deep deep sangat ni apahal entah.

“Kenapa awak nak kutuk orang Malaysia pula? Awak tak boleh stereotype macam tu. Hanya kerana saya sorang buat silap, awak nak salahkan satu Malaysia. Wah, main kasar”

“Ha, macam tu juga la apa yang saya rasa. Hanya kerana beberapa orang Indonesia buat awak terasa hati, tak bermakna, satu Indonesia itu perlu awak generalize kan…”

Ha, dia dah macam nak gaduh je ni. Baik aku terus mengaku yang aku ni perempuan yang dia kenal dekat internet beberapa minggu lepas.

“Amirul, awak ni gaya cakap macam orang Malaysia, tapi macam Indonesia juga. By the way, saya Maira. Website ”

Eh tak, tak, tak. Semua ni angan-angan je. Semuanya dalam kepala ni. Sebenarnya aku tak tegur apa-apa pun lepas dia pandang aku tu. Lepas Dayah pergi, aku dengan mamat sebelah ni tak cakap apa-apa. Kitorang krik krik je. Aku berangan kalau-kalau rupanya mamat sebelah aku ni Amirul. Ya lah, mana lah tahu kalau memang Amirul.

Aku beranikan diri aku. Aku pandang mamat tu. Fuh! Nasib baik bukan Amirul. Hahahaha! Dia pandang aku lepas tu dia jeling. Huwaa, mesti dia dengar aku terkutuk negara dia tadi. Rasa bersalahnya. Sorry dong, aku bukan stereotype. Orang Indonesia ramai yang bagus-bagus!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience