Bab 7

Romance Completed 24095

Bab 7

Sepanjang berjalan tu, ada la dalam dua tiga orang kawan aku yang nampak aku dengan Amirul. Ada yang mengusik dari jauh. Amirul tanya relax je.

“Tu kawan awak ke?” Aku cuma angguk dan senyum. Jadi, aku belanja Amirul ni kebab daging special. Aku harap kebab tu sedap lah.

Masa pun cemburu. Sudah tiba untuk dia pulang ke rumah. Di depan masjid sebelum dia masuk ke kereta, dia mengucapkan terima kasih kerana kebab daging yang tak seberapa aku belanja tu. Dia tanya aku, aku balik ke kolej macam mana.

“Saya balik jalan kaki je. Dekat je..”

Dia angguk. Dia pun kata “Kita jumpa lusa..”

“Lusa?”

“Haah, lusa sebab ada klien kerja area sini…” Jadi, hati aku tahu, aku dan dia akan jumpa lagi.

Malam itu aku pun berlalu pergi tanpa toleh belakang. Namun hati aku betul-betul berat. Perlu ke aku toleh belakang? Kalau toleh, nanti jelas lah yang aku suka padanya. Perlu kah aku toleh?
Ah! Toleh saja lah!

Sebelum dia pergi, aku lihat dia mengangkat tangannya pada ku, lalu aku kembali melambai tanganku. Dengan harapan hari esok pantas berlalu, dan dapat jumpa dia semula untuk lusa.

Aku pun berjalan pulang ke kolej aku. Ketika sudah hampir dengan kolej aku, aku dapat lihat keretanya menuju ke pagar utama. Sebaik saja aku tiba di bilik, aku segera mendapatkan Hidayah dan bercerita semua perkara!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience